Tertekan dan terdesak dalam kewangan. Bagus!

Memang tidak dapat dinafikan, antara kita ada yang kurang bernasib baik dalam perihal kewangan. Mungkin diberhentikan kerja, syarikat down sizing, menganggur, melakukan kerja di luar bidang, atau sebagainya.

Simpanan pula cukup-cukup makan sahaja dan adakalanya pendapatan habis pada perbelanjaan dan tiada simpanan dapat dilakukan. Ada juga yang berhutang dan pendapatan hanya digunakan untuk membayar balik hutang sedia ada.

Namun inilah hakikatnya. Keadaan sering tertekan dan terdesak dalam kewangan adalah perkara yang biasa terjadi.

Walaupun ini sering dilihat sebagai sesuatu yang negatif, dalam perniagaan dan pembangunan diri, ianya perlu dilihat pada sudut yang lebih positif.

Teringat saya hampir 20 tahun lalu ketika saya tidak mempunyai wang, saya bekerja sebagai seorang tukang cuci dengan gaji minima. Apa yang terjadi ketika itu, minda saya menjai lebih kreatif dan inovatif untuk mencari peluang-peluang menjana pendapatan.

Keadaan ini dikenali sebagai “survival instict”. Apabila tertekan dan terdesak, kita akan mencari peluang untuk survive. Pernah kah anda dalam keadaan ini?

Keadaan tertekan dan terdesak seakan-akan memberi semangat yang baru kepada anda untuk menjadi lebih baik dan hebat!

Sebab itulah kita sering dengar kisah kejayaan perniagaan pada asal usulnya dari mereka yang gagal dan susah. Oleh kerana, keadaan tersebut telah memberi survival instict untuk mereka bangun melawan arus kesusahan tersebut!

Ramai antara kita rasa lemah dan tertewas apabila dilanda tekanan. Perasaan tertewas atas tekanan dan desakan hidup ini akan melemahkan lagi sehingga kita masuk dalam kitaran lemah, dan lagi lemah dan semakin lemah.

Namun, apa yang anda perlu lakukan adalah terima dan ’embrace’ keadaan tertekan dan terdesak ini, dan jadikannya sebagai kekuatan dalam memulakan perniagaan.

Banyak perniagaan yang berjaya hari ini bermula dalam keadaan ekonomi down dan tertekan. Ramai usahawan berjaya kini adalah dari mereka yang memulakan perniagaan oleh kerana keadaan yang ‘memaksa’ mereka mulakan perniagaan.

Termasuk juga saya. Sekiranya 20 tahun lalu kewangan saya stable, pastinya saya tidak akan mulakan perniagaan. Sekiranya saya tidak gagal dalam tahun pertama saya menjalankan perniagaan, pastinya saya tidak akan berusaha dan mendalami ilmu perniagaan internet dengan lebih mendalam. Sekiranya perjalanan hidup saya mudah sahaja sejak dulu hingga kini, pastinya saya tidak akan menjadi lebih kreatif dan inovatif hingga berjaya kembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa (*semalam mendapat panggilan menjemput saya ke Moscow, Russia pula!)

Percaya saya, sekiranya anda dalam keadaan tertekan dan terdesak, ianya adalah satu rahmat yang tersembunyi.

Jangan fikirkan negatif, tetapi fikirkan positif. Cari peluang dan jalan serta banyakkan berfikir cara dan strategi. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk anda mulakan perniagaan dan jadikan survival instict sebagai pembimbing anda.

Sepertimana yang saya lakukan 20 tahun lalu hingga kini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.