will.jpgTip kali ini adalah untuk menonton filem “The Pursuit of Happyness”. Kisah benar bagaimana Chris Gardner (di lakonkan oleh Will Smith) daripada seorang yang homeless & broke bersama anaknya mengejar kebahagiaan hingga menjadi jutawan multi-millionaire!

Seronok dapat menonton filem sebegini kerana memberi pelbagai kesan motivasi dan inspirasi. Kalau belum tengok, cepat-cepat tengok :) Banyak yang boleh dipelajari terutama ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan. Tak rugi kalau menonton. Boleh memberi inspirasi!

Siapa yang pernah tengok, cuba senaraikan apa ciri-ciri yang ditunjukkan dalam kisah tersebut… antaranya:

  • mempunyai sebab dan motivasi yang kukuh untuk berjaya (inginkan anak hidup bahagia)
  • tidak putus asa (walaupun terpaksa bermalam dalam tandas)
  • skill komunikasi (bagaimana kebolehan komunikasi Chris membawanya disenangi oleh orang-orang penting)

ps: di akhir filem ini, ada babak terakhir di mana Will Smith bersama anaknya melintasi jalan. Di situ, berselisih dengan seorang berkulit hitam. Orang tersebut adalah Chris Gardner yang sebenar, membuat penampilan khas :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts