kslogo.gifSabtu lepas di Nescafe-KickStart, TV3 saya ada memberi komen kepada salah seorang peserta “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try”

Merujuk kepada tip hari ini. Sekiranya anda bukan seorang pakar, jangan mengaku pakar. Tidak salah sekiranya anda tidak mengaku pakar dalam sesuatu bidang sekiranya kepakaran anda bukan dalam bidang tersebut.

Sekiranya ada yang tanya mengenai sesuatu diluar bidang atau kepakaran anda, katakan saja ianya bukan kepakaran anda- dan rujuk mereka kepada seorang yang pakar. Ini sebenarnya menambahkan kredibiliti anda.

Bak kata mat salleh, don’t be jack of all trades and master of none!

Juga menjadi masalah apabila kita bukan pakar, dan memberi nasihat atau maklumat yang salah kepada orang lain :) . Tu yang saya sebut “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try”- Nasihat untuk semua!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Perniagaan Internet -bersaing dengan syarikat besar
  • Pakar belajar dari pakar
  • Workshop Jutawan Internet International, why not!?