Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi. Diri saya sendiri juga begitu :) Tahun ini, 2 perancangan perniagaan saya yang pernah sebut di Tip Satu Minit tidak menjadi. Iaitu…

  1. Strategy X (klik di sini)
    Dokumentari perniagaan di mana 40% di rakam di UK. Strategy X adalah sesuatu yang penting, tetapi, sehingga kini, timing untuk keluarkannya masih belum tepat. Pasaran masih belum bersedia :(
  2. E-commerce Academy (klik di sini)
    Perancangan yang agak besar juga ni antara salah satu azam saya tahun ini. Tetapi, makin banyak yang dilakukan untuk memulakan academy ini, makin sukar dan banyak halangan. Tidak seperti yang saya sangka- panjang cerita! :(

Kedua projek ini saya batalkan buat masa ini… modal dan usaha yang dikeluarkan pun burn. :)

Seperti kita semua ketahui, gagal sekali dua, bukan bermakna selamanya… walaupun 2 perancangan besar saya tidak menjadi untuk tahun ini, bermacam-macam lagi peracangan yang menjadi pada tahun ini :)

Pengajaran? Lakukan banyak perkara! Mat salleh kata, don’t put all eggs in one basket. Cuba bina aliran pendapatan berganda dari berbagai-bagai arah.

Sekiranya satu idea tidak menjadi, anda mempunyai 10 lagi idea lain. Sekiranya 1 perniagaan gagal, anda mempunyai 5 lagi perniagaan yang berjaya.

Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yang terus berjaya & mereka yang terus gagalan adalah…

Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha! ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat menyambut Ramadhan yang mulia
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Takut pesaing dalam perniagaan!
  • Selamat menyambut bulan Ramadhan 2009