Ini adalah antara strategi utama saya mencapai jutawan pada usia muda… syukur alhamdlillah…

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat.

Amalkan kebolehan ini. Sekiranya anda pelajari sesuatu yang anda fikir boleh mengubahkan hidup anda, amalkannya secepat mungkin- jangan membuang masa atau tunggu waktu yang sesuai oleh kerana waktu tersebut tidak akan muncul!

Sekiranya anda pelajari sesuatu dari Tip Satu Minit ini, cepat-cepat amalkannya. Sebagai contoh, selepas membaca tip logo, sekiranya anda mempunyai perniagaan dan tidak mempunyai logo, cepat-cepat lakukan sesuatu untuk mendapatkan logo. Sekiranya anda membaca tip mengenai merancang hari esok anda, cepat-cepat lakukannya dan rancang hari esok anda.

Kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar (tidak semestinya dari Tip Satu Minit) secepat mungkin akan mengubahkan hidup anda dengan lebih pantas! Jangan tunggu lama-lama… nanti lama-lama… (siapa boleh sambung?) :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perkhidmatan yang pantas!
  • Innovative = Ubah 10% sahaja
  • Perniagaan dan motivasi yang pantas
  • Kitar hidup produk 2 tahun