Wed 3 Sep 2008
Sekiranya anda sudah bekerja keras, dan mencapai matlamat-matlamat anda (tak kira kecil atau besar), berhenti sebentar dan upah diri sendiri- reward yourself!
Sering kali apabila kita terlalu kerja keras dalam mengejar cita-cita, kita tidak berkesempatan untuk mengupah diri sendiri for a job well done. Kita terus kerja, dan kerja… ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga kerana bekerja untuk kebahagiaan keluarga… tanpa memikirkan keadaan diri sendiri.
Dengan tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!
Bayangkan sekiranya sukan Olympic, para atlit tidak diberi pingat atau sebarang ganjaran. Agaknya mereka akan terus bersaing atau tidak?
Jadi ingat… jangan terus kerja / usaha sahaja… berhenti & pat yourself on the back. Hadiahkan sesuatu kepada diri!
ps: Bila upahkan diri sendiri perlu berpada-pada juga… jangan capai matlamat mengumpul RM10,000, terus pergi beli home cinema RM8,000 pulak!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

September 4th, 2008 at 1:02 am
Bagi saya kalau saya hendak tengok TV atau melayari internet. Saya akan pastikan bahawa saya menghabiskan kerja saya terlebih dahulu. Ini membuatkan saya bermotivasi untuk menyelesaikannya. Ianya banyak membantu.
Ganjaran lebih berkesan daripada hukuman.
September 4th, 2008 at 2:53 am
True Sifu!!
Rewarding yourselves for our victorious ni to me same thing like if I do stress remedies.
I’m an island boy…beaches so, I would go to a beach kalau dah asyik kerja aje. Definately berbeza when you comeback from off days camtu.
At least pergi tengok wayang laaa… Hidup kita ni terlalu singkat untuk terus berkerja dan berduka sahaja, fikir tentang kekecewaan dalam cinta, dsbnya… bergembiralah beb!
“Kegembiraan boleh membawa kejayaan”
September 4th, 2008 at 4:43 am
betul tu IK..
rewards really motivate us.. but.. berpada2 lah..
September 4th, 2008 at 6:59 am
Memetik kata-kata drInspirasi > “Ganjaran lebih berkesan daripada hukuman
”
Teringat teknik kalau kita nak ajak orang/anak-anak sembahyang, kita ceritakan dulu apa kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi oleh orang yang bersembahyang.
InsyaAllah, cara ini lebih berkesan daripada kita menakut-nakutkan dengan azab siksaan di akhirat kelak.
September 4th, 2008 at 7:29 am
salam ramadhan..
betul tu… kadang2 kita buat kerja sekerja kerjanya… sampai terlupa perkara2 lain…
kena berhenti sejenak… hadiahkan diri dengan sesuatu yang baik..tak semestinya beli barang… cuti dan rehat pun okes…
jangan lupa orang yang tersayang… mereka juga telah berkorban… “memberikan anda masa”… ahaks…
September 4th, 2008 at 7:51 am
Hadiah atau upah paling bermakna untuk diri sendiri adalah kejayaan. Kadangkala kita lupa untuk mengupah diri sendiri kerana leka mengejar matlamat…..ARB Dagang
September 4th, 2008 at 9:27 am
yup..u r rite IK..menghargai diri sendiri itu sngt penting supya kita akan terus maju mencipta lagi kejayaan2 yg lain..and ini( memberi hadiah utk diri sendiri) salah satu cara kita hargai usaha kita kan?! sy baru di sini n begitu suka cara penulisan IK yg membuatkan sy begitu bersemangat kembali mengejar cita2 yg masih tak tercapai..thanks IK…
September 4th, 2008 at 9:38 am
That true!
I’m practice in my life to imaging the reward. From that we trying to push ourself to archive our target.Lastly we can buy everthing when we get the result.
September 4th, 2008 at 9:41 am
Salam Kawan2.
Satu tips yang sangat baik. Bila IK cakap pasal beri upah pada diri sendiri, saya terus teringat cerita Mr.Bean kat TV. Dia makan kat kedai makan, sambil memesan makanan, dia tulis kad birthday untuk dirinya sendiri. Walau pun ceritanya lawak, tapi rupanya ada rahsia yang tersirat iaitu mengembirakan diri sendiri dan secara tak lansung akan memberikan motivasi untuk masa-masa hadapan.
Abang Taib.
September 4th, 2008 at 10:39 am
saya setuju…
kadang saya membelanjakan diri saya dengan bershopping sakan untuk mengupah diri ini
:P
noor
www.anggunjelita.com
September 4th, 2008 at 10:50 am
Saya setuju..dgn memberi hadiah untuk diri sendiri ia dapat menaikkan semangat kita untuk maju dan terus maju!
Moga rezeki dadih ni dpt buat modal untuk hadiri WORKSHOP JUTAWAN INTERNET
Untuk pengetahuan IK saya berniaga bazaar bln ramadan ni,slps office hour saya terus tlg mak saya..alhamdulilah rezeki bertambah..saya hanya menjual dadih sahaja..colourful dadih saya
September 4th, 2008 at 12:27 pm
tahniah….betul tu….hoho
maaf laluan…
saya cadangkan anugerah Tan sri diberikan kepada anda ik…..dari ngo atau mana2
tkasih bebanyak atas segala usaha anda ..salam kenalan
September 4th, 2008 at 1:14 pm
Nampaknya tip kali ni lagi menarik kalau saya kongsi dengan hubby! ;P
Sebab kadang2 masing2 sibuk dgn kerja(org Kedah kata Pulun) sampai lupa masa nak bercinta dengan suami atau isteri
Salam,
NNJ
http://www.perekaweb.com
September 4th, 2008 at 2:08 pm
Saya setuju… baru-baru ni pun saya beli satu handbag untuk saya setelah berpenat lelah dapat untung dalam bisnes kecantikan …memang betul IK kata…memang memberi kesan motivasi untuk teruskan kerja…memang la iya cari rezeki untuk keluarga… tapi untuk diri sendiri juga kena fikir-fikirkan…
September 4th, 2008 at 2:49 pm
bab menghadiahkan diri, semua suka!
siap nak shopping lagi tu…
-ik
September 4th, 2008 at 6:53 pm
Selamat berpuasa…hari ni hari yg ke 4 umat islam berpuasa. Kemenangan berpuasa hari ni saya reward kan diri dgn dengan solat tarawih…pastu moreh..heheheheheh
Pastu yg bestnya kalau pekena teh tarik ngan geng2, sure best punya.
www.asasteguh.com
www.biosprayantipenuaan.blogspot.com
Biospray memberi tenaga yang superb sempena bulan puasa ni…hehehehe…itupun satu reward kpd diri sendiri, sihat dan bertenaga barulah bersemangat nak bertarawih….
September 4th, 2008 at 7:03 pm
Salam IK ^_^
Igt x sy lagi? Paparazzi dlm PRTM. Sy sbnrnya ada hati nk IK dgr lagu2 group sy. So boleh x kiranya IK emailkan pada sy alamat yg boleh sy poskan CD Infinatez tu? Semuanya ada 4 lagu kitorg. Anggaplah ini ganjaran IK byk buat kerja menolong orang selama ni so IK dpt CD free ^_^
defoosoul@gmail.com
Alvin MY
BBKK team/Infinatez
defucious.blogspot.com
September 4th, 2008 at 7:17 pm
Assalamualaikum…
Perihal menghadiahkan diri sendiri ni, dahulunya saya tidak terfikir langsung. Biasanya sibuk memikir memenuhi keperluan rumah dan lebihnya untuk anak-anak. Namun kebelakangan ni semakin sedar jika ada orang yang paling arif dalam menghargai diri kita, itu sebenarnya adalah diri kita sendiri. Ini kerana kita lebih kenal hati, diri, budi mahu pun perasaan kita sendiri.
Hadiah untuk diri ini pelbagai bentuk. Biasanya yang berbentuk material dapat menaikkan rasa bangga, puas hati, setanding dan rasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang sekeliling. Tidaklah rasa ketinggalan. Saya pun suka yang ini.
Hadiah untuk rohani pula dapat mendatangkan ketenangan, rasa damai, rasa cukup, rasa syukur, dan seterusnya rasa berbahagia. Yang ni tak dapat disukat dengan apa-apa unit metrik.
Jika dapat hadiahkan diri dengan kedua-dua diatas, itu pemangkin terbaik untuk melangkah lebih ke hadapan.
Salam dari Adilla.
September 4th, 2008 at 7:41 pm
Huhu. Selalunya masa menghadiahkan diri dengan hadiah… saya terlajak sikit. Katakan saya nak pergi makan Chicken Chop, bukan beli chicken chop jerk, pergi beli lagi apa2 yg boleh ditambah dengan chicken chop tu + makanan-makanan lain yang tak berkaitan.
Aduih… I really need to control myself or else my financial situation could get worse.
September 4th, 2008 at 8:41 pm
Alvin > nak kasi saya cd infinatez free? wah… cakap pasal hadiah, saya lak dapat hadiah
cd free punya pasal, here’s my address surat menyurat:
Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Suite #322
MBE Desa Sri Hartamas
No. 30 Ground Floor
Jalan 25/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
didahulukan dengan TQ!
alang-alang saya tulis alamat tu, sesiapa nak hantar ole-ole ke… kad raya ke… dipersilakan. he he he… (muka welfare mintak hadiah lagi)
-ik
September 4th, 2008 at 9:21 pm
wah…cakap pasal reward, semua pun berminat ni… termasuklah saya sendiri.
setelah bekerja keras & mencapai certain target, ada baiknya kita berehat. rehatkan minda (kereta pun kena servis sampai satu tahap kan?).
Ya, apa salahnya sekali-sekala plan untuk short ataupun brief vacation? if not dgn beloved family, boleh plan untuk 2 org ja. Lagi romantik kan? Sambil bercuti, boleh jugak mendapat inspirasi untuk kebaikan keluarga ataupun saling meneguhkan ikatan sesama suami isteri
setuju tak?
sekarang MAS dan Air Asia ada banyak offer murah. Why not try to visit your nearest tourist destinations sambil menyahut seruan kerajaan “Pergilah Melancong..” sama jugak effect nya.
Cuti-cuti Malaysia…
September 4th, 2008 at 11:54 pm
As a full time mom, I’m putting my most effort in raising and taking care of my kids.. 3 of them so far
So, bila rasa penat sangat tu, saya mintak la husband tolong picit belakang.. jaga anak yg still baby (7 months old), mmg lenguh satu badan dibuatnya! No kidding..
And, setiap hari, klu berkesempatan I’ll reward myself dengan duduk di my garden di halaman rumah, dengan secawan nescafe
Bagi saya reward tak semestinya dgn perkara2 yg besar dan costly… simple things yg boleh melegakan dan meggembirakan kita pun dah cukup..
Dr Fadzillah Khamsah ada cakap, kalau rasa stress, find your own G-spot i.e apa yg kita suka buat. Contohnya, minum kopi, makan coklat, berenang etc.
September 5th, 2008 at 4:05 am
hehe..saya selalu gak berasa down..semangat kurang..tp selalu teringat kat barang2 idaman..semangat jadi tinggi semula..hehe
September 5th, 2008 at 5:40 am
sir, im supposed to hand u sumting for baby Strawberry during ur last workshop.
unfortunately my son had an injury and need special attn.
i might be sending the item via courier svc.
hope its not too late to wish her selamat hari lahir yg ke 1st month.
terima kasih
September 5th, 2008 at 8:10 am
“Sering kali apabila kita terlalu kerja keras dalam mengejar cita-cita, kita tidak berkesempatan untuk mengupah diri sendiri for a job well done. Kita terus kerja, dan kerja… ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga kerana bekerja untuk kebahagiaan keluarga… tanpa memikirkan keadaan diri sendiri.”
Memanglah, kesian kat suami. So, bila dia dapat hasil kerja kerasnya, saya beri dia buat keputusan sendiri apa yang dia impikan selama ni. Tapi, malangnya semua keputusannya bukan untuk diri sendiri. Sebaliknya isterinya jugak yang dapat. Ha! raya ni dapat Gen-2 lagi.Ni yang sy kena keja lebih kuat lagi dlm business online & offline.
IK, masa workshop 23/8/08 hari tu saya le yang IK kata tak bleh jadi reporter. Memang pun bukan reporter.. Ha,ha..
September 5th, 2008 at 8:37 am
Impian saya ialah untuk bercuti ditepi pantai sambil lihat matahari terbenam… tapi tunggu biz dah berjaya dulu lah baru boleh reward diri sendiri. Thanks for a good tips IK
Fazidah
www.bengkungmoden.com
September 5th, 2008 at 8:58 am
nak hadiahkan diri sendiri camna eh…bisnes pon tak jalan lagi nih…ahaks…
September 5th, 2008 at 9:02 am
puan mazny, u r very rite!
September 5th, 2008 at 11:02 am
So IK, kalau saya hantar ole-ole sampel biskut raya nak jugak ke? hehehe…
bizkutraya
www.bizkutraya.com
September 5th, 2008 at 11:17 am
hi IK n semua..
sbnrnya nak tnya pndpt anda semua esp to IK..sbnrnya sy bkerja mkn gaji secara kontrak..bulan 12 ni kontrak sy akan tamat..sy dah lama punya perancangan utk buat bisnes sndiri..sy nak buat kek n roti kecil2an dari rumah sblm sy kembangkan perniagaan sy..tp masalahnya sy dpt halangan parents coz sy ada degree..parents sy brpendpat spatutnya sy boley bekerja secara selesa di ofis bukanya duduk rumah buat bisnes kecik2..masalah sy pulak, sy selesa utk bekerja sendri dari kerja makan gaji..so pls giv any suggestion..samada sy perlu sambung kontrak sy or sy mulakan bisnes sy??
September 5th, 2008 at 11:40 am
Bila sebut hadiah / ganjaran..saper tak happy,kan? Semua happy..mata bersinar-sinar..sampai boleh nampak kat sini
Kak Mazny > Tak boleh la nak bersantai sambil minum nescafe di bulan puasa ni ye..karang kena tangkap plak
Sapiah > Untung awak..boleh share ganjaran sama2. Macam mana pula org yg suka beli buku sbg ganjaran utk diri (mcm saya ni). Tak ke tensen pasangan, baca buku bukan boleh dibuat berdua-duaan.
Jadi utk melegakan keadaan tu, lepas baca buku, saya suka share&brainstorm dgn suami. Baru ganjaran tu dapat dirasai bersama..
p/s: Beli buku..ganjaran / tekanan?
September 5th, 2008 at 12:36 pm
Betul la. Reward utk org kerja makan gaji macam saya ni, duit lebih sikit pergi bercuti la jawabnya. Coming soon kalau internet biz saya berjaya nak bercuti ke overseas la pulak…respect IK. You are my idola to be a milionaire.
September 5th, 2008 at 12:40 pm
Seri > thanks in advance. hope all is well with your son.
nak hantar gift to strawberry, jangan lupa papa strawberry sama… ha ha
Bizkut Raya > nama pun ole-ole… takkan nak demand kut
September 5th, 2008 at 1:44 pm
u r most welcome!
gift utk papa & ma’am insya Allah kalu saya sempat shop ye,
byebye
September 5th, 2008 at 2:35 pm
Baru-baru ni saya telah selamat berkonvokesyen. Bekerja, Berkeluarga dan Belajar, 3 in 1… rasanya ramai rakan2 blog yang berstatus begini. Sebagai ganjaran dan hadiah untuk diri sendiri, saya tambah potongan ASB tiap-tiap bulan. Sebab gaji pun baru bertambah… ALHAMDULILLAH. Seronok tengok pelaburan bertambah…
September 6th, 2008 at 12:22 am
hhmm… nampaknya hangat komen kita kali nie..,dan nampaknya juga saya dah kelewatan untuk join.. maklumlah saya bercuti, balik kg, tu dah kira reward ler sebab dah asyik sibuk kerja,so bagi saya balik kg jumpa mak satu reward yang paling besar buat saya.. :p
Sebenarnya kes reward memang saya amalkan sejak dulu sebab dah terbiasa dgn arwah abah,bila dah selesai target kerja dia, so dia pun bawak kami jenjalan.. n yang pasti nya masa abah tgh kerja memang kami tak berani nak kacau sbb itu bukan masa kami..hhhmmm…memang berkesan cara nie.. saya dah implementasikan skrg, memang berkesan..balik dari vacation, memang otak kita fresh.. mcm dah kosong..baru boleh wat kerja balik..tambahan kalau kerja yang lebih memerlukan kekuatan otak..
so.. saya cadangkan kepada sesiapa yang belum try teknik ni.. pls give it try..wlw apa saya halangan, cuba elakkn, pergi jugak vacation, tak semestinya jauh..sometime saya hanya check in hotel di k.l shj..Hanya Rm 98 semalam.. itu pun dah cukup…rehat . p swimming..
aida6907.blogspot.com
September 6th, 2008 at 7:23 am
erm……
sy plak bile dah settle keje pi jalan2 di shopping complex……..
bg otak ni rest n rase tenang je…….
pas tu mesti singgah kedai buku…….
mencari buku2 baru yg best utk dibaca…….
hehehehehehe…………..
September 6th, 2008 at 9:58 am
IK….
ole-ole sample bizkutraya kalau pos pecah….saya hantar by hand je….ok?
bizkutraya
www.bizkutraya.com
September 6th, 2008 at 2:26 pm
Bagus gak idea IK ni…saya kena terus buat utk bg motivasi kat diri supaya lebih buat lagi terbaik…thanks IK…
September 8th, 2008 at 12:23 pm
Pokok pangkalnya….kita kena slalu beringat. Fikirkan diri kita tidak akan hidup pada esok hari. Jadi kita perlu buat sehabis baik pada hari tersebut. baik untuk diri mahupun kerjaya kita. Kedua-duanya perlu seimbang.
Bisnes TDTone
http://www.bisnestdtone.com
September 9th, 2008 at 4:58 pm
salam,
bagi saya reward yang paling sesuai ialah melancong, saya teringin sangat untuk melancong tapi seringkali tidak berkesempatan untuk itu..Jadi saya rasa saya nak melancong..ada sesiapa yang nak join??..hubungi saya ye..penginapan,pengangkutan dan makanan disediakan..tinggal baya je
==========================================
Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
kanak-kanak untuk belajar di :
http://www.kamusgambar.com/
==========================================