Wed 6 Aug 2008
Sering saya ditanya…
Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?
Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?
T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:
Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?
Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.
Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja
Lepas ni, kalau saya terima soalan yang sama, boleh saya jawap seperti T Harv Eker…
Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?
Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 6th, 2008 at 9:50 am
yer sy setuju
kenapa perlu pilih salah satu…dalam soal apa sekalipun berusahalah untuk memilih kedua-duanya sekali
August 6th, 2008 at 10:35 am
Assalamulaikum..
Persoalan ini selalu juga dibincangkan dalam kehidupan seharian kita..saya rasa kedua-duanya amatlah berkait rapat. jadi, saya rasa pilihan wang dan kebahagiaan adalah pilihan yang tepat. Saya juga rasa jika seseorang tak nak wang, saya rasa diaorg tak akan layari website IK kan?..
August 6th, 2008 at 11:03 am
Eh Sifu?…hampir sama pulak entri kita kali ni. Bro lak tulis “LOVE OR MONEY?” at my blog.
Mainly bro cerita tentang you laa Sifu, my personal thought of you setelah sekian lama kenal and “how irfan khairi balance money & kebahagiaan”…
Eh kalau kawan-kawan semua nak tahu lebih lanjut kisah IK & hidup & Cinta, through my perspektif…
go here >> www.razzirahman.com/blog
August 6th, 2008 at 11:21 am
mmg dalam islam pun diajar bagaimana nak wasatiah.. wasatiah ni bukan sahaja sederhana dalam pelbagai hal tetapi ia lebih kepada keseimbangan hidup.. mcm kesihatan kene jaga baik walau muda maupun tua.. masa senang jgn lupa di masa susah, atau masa tinggi jgn lupa di bawah… konsep wasatiah ni yg spttnya kita fahaminya, diberi bahagia, kekayaan dan lain2 anugerah kenelah mensyukurinya.. then Allah akan lipatgandakan apa jua nikmat jk bersyukur… mmg betul kita boleh pilih apa jua yg terbaik dalam hidup.. yg penting kene bersikap positif..
August 6th, 2008 at 11:25 am
Wow! Hebat jawapan tu. Memang orang yang selalu bertanya soalan begitu kekurangan salah satu daripadanya.
August 6th, 2008 at 11:49 am
Wang, kebahagiaan, kesihatan dan kegembiraan tidak boleh di pisahkan. Semuanya berkait rapat antara satu sama lain.
www.asasteguh.com
August 6th, 2008 at 12:05 pm
Saya perlu kedua-duanya kerana kedua-duanya saling berkaitan. Yang penting adalah keseimbangan…….ARB Dagang
August 6th, 2008 at 12:17 pm
Ada yang kata “money cant’ buy happiness”. Tapi wang boleh menolong kita menuju kebahagiaan, yelah kalau duit takde, camne nak makan, nak bagi anak-anak sekolah dan lain-lain lagi.Tengok pulak sekarang ni krisi minyak yang tak tentu, walaupun wang bukanlah segalanya, tapi kita tetap perlukan wang.Jadi kedu-duanya tetap penting dalam hidup kita,barule ada “balancing’, macam kereta…
August 6th, 2008 at 1:59 pm
jawapan yang bagus!
brilliant
August 6th, 2008 at 2:13 pm
Fuh…
Betul la erk.. Napa nak pilih satu ja ..
Tapi dalam hidup kekadang perkara-2 yang memerlukan kita memilih.
Tapi bila kita buat pilihan 2-2.. Pilihan yang bijak..
“Saya mesti PILIH!!!” bank rakyat punya slogan..
August 6th, 2008 at 2:58 pm
saya nak komen pasal kata T Harv Eker, macam kelakar pulak bunyinya.
Kalaulah saya disoal macam ni,
“Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?”
Jawablah taknak dua-dua!
Kalau saya disoal macam ni pulak,
“Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?”
Jawablah nak dua-dua!
Dalam Islam, kita mesti sentiasa sederhana dalam semua perkara termasuk wang dan kebahagiaan.
August 6th, 2008 at 2:59 pm
Assalamualaikum ik…
lama sangat2 tak hantar comment n baca blog ik ni…
class dh start, so busy sangat2…
ari ni baru ah de masa….
bestnya topic ari ni….
pilihan….
kebahagian…
wang….
kenapa mesti ada pilihan…
ambik jer dua2…
kan senang…
siapa yg tak nak wang…
siapa yg tak nak bahagia…
gila cakap kalau tak nak dedua tu…
so, usaha sampai boleh dapat dedua tu…
cakap senang…nak buat memang payah…
hehehehehe
k..
Assalamualaikum….
August 6th, 2008 at 3:41 pm
Kita tukar kepada jawapan ketiga.
Potong tangan atau kaki?
Saya memilih untuk memotong rambut.
Isunya bukannya memilih salh satu, tetapi isu prioriti.
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com
August 6th, 2008 at 4:08 pm
Assalamualaikum….
Ada quote juga menyebut “Money cannot do everything but without money we cannot do anything” jadi fikir2 kan lah..pape pun pndai2 lah balance kan…ekekk
August 6th, 2008 at 4:51 pm
Ada org mungkin bahagia walaupun tak berwang.. dan ada org tak rasa bahagia walaupun memiliki kekayaan dan segala harta benda yg diidamkan dlm hidup ni… Ada pasangan bergaduh sbb tak cukup wang, ada jugak yg bergaduh sebab tak cukup kasih sayang… walau dari segi material dia langsung tak kekurangan.
Pokok pangkalnya adalah kesederhanaan, keseimbangan, dan keutamaan macam yg lain2 dah cakapkan tadi.
Bagi saya dua2 pun penting. Ada wang.. kita boleh menuju ke arah kebahagiaan. Mmg money can’y buy happiness/love.. tapi dgn adanya duit, kita dapat memastikan org sekeliling kita mendapat yg terbaik dalam hidup mereka… Be it education, investment, insurance, etc.
Takde duit pun, kita masih boleh bahagia. Tapi bak kata Irfan dan Dr Fadzilah Kamsah, buat apa kita tak pilih untuk jadi org yg berduit? Tak salah berusaha untuk lebih berjaya dalam hidup dan naik ke satu tahap lagi dlm hidup kita. So, pilihlah kedua2nya….
August 6th, 2008 at 5:08 pm
both! of course
August 6th, 2008 at 6:51 pm
JAWAPAN YANG BERNAS!!!
August 6th, 2008 at 9:48 pm
Saya akan pilih kedua-duanya…Seperti IK
..Kedua-duanya membuat sy lebih positif untuk menjalani hidup dgn selesa..Syukur..
August 6th, 2008 at 11:33 pm
yup kenapa nak pilih satu kalo boleh pilih dua. saya pun dah penah dengar Mr T Harve Ekar masa seminar dia kat malaysia.
August 7th, 2008 at 11:46 am
Assalamualaikum..
Kah!kah!kah!! Brother Zamri lawak tu menjadilah!. Kalau potong rambut tak sakitkan. Malah makin segak dan kemas penampilan seseorang.
Wang atau bahagia? Lihat saja kisah Rasulullah. Asal dari keturunan baik-baik, datuknya pembesar (dah tentu banyak wang bukan?) dan dihormati. Kemudian dia diduga dgn pemergian satu demi satu ahli keluarganya yang disayangi. Pasti kebahagiaan menurun waktu tu, malah sedih dan kehilangan. Penghormatan pun makin berkurang. Itu persediaan mental yang diberi padanya sabagai salah satu persiapan menjadi Rasul.
Setelah melepasi itu, beliau dikurniakan Allah dgn kehadiran Siti Khadijah. Ini compensation pada ketabahan Rasulullah. Wanita tercantik dan ahli perniagaan terkaya waktu tu. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi Islam dan Rasulnya. Logiknya kenapa? Kerana nak menegakkan agama pun perlu pada material. Nak beli kuda atau unta nak berperang dgn musuh Islam mesti dengan wang. Material perlu pada wang.
Kesimpulannya wang adalah alat. Kebahagiaan adalah matalamat. guna alat nak capai matalamat. Jangan leka sangat dengan alat, sampai matalamat kabur dan berkubur. Tu yang jadi mak bapa kerja siang malam, anak terabai dan memacam lagi. Sedangkan matalamat awal kerja nak memenuhi keperluan rumahtangga dan anak-anak.
Allah lebih tahu!
Salam dari Adilla.
August 7th, 2008 at 2:08 pm
Saya juga akan pilih kedua-duanya. Tak ada wang, susah nak dapat kebahagiaan yang diidam2kan.
August 7th, 2008 at 2:28 pm
Assalamualaikum Semua,harap sihat..!
Thanks to Abg Irfan..
Duit boleh kita cari dan sentiasa ada..
Tp kita kena ingat,duit juga boleh habis..!
Kebahagian penting untuk kita semua, kita hidup nie sementara jerr..
Pastikan kita mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.
Topik yang di bincangkan nie,bukan satu pilihan.Tp itu adalah yang perlu kita miliki.
Selamat Menyambut Ramadhan
August 7th, 2008 at 5:28 pm
setuju ngan master hater, kebahagian itu untuk selamanya..bukan hanya didunia shj..
wang itu penting tapi tidak sepenting mencari kebahagian yang kekal abadi..
August 7th, 2008 at 5:29 pm
Money isn’t everything but its important.
August 7th, 2008 at 11:59 pm
Anyway..wang dan kebahagiaan amat penting dan ia saling memerlukan antara satu sama lain dalam zaman millenium ni..lain lah zaman tengku kudin dulu. Itu sebab saya masih bergelar mariners.
August 8th, 2008 at 10:04 pm
kalau boleh, jangan memilih. Bagi aku, bila kita memilih atau disuruh untuk membuat pilihan, itu bermaksud, kita akan kekurangan sesuatu.
August 10th, 2008 at 11:58 am
ye saya sokong brother love kite ni (Razzi Rahman). Bagi saya MONEY or LOVE ? saya akan jawab MONEYLOVE..Kebahagiaan adalah segala-galanya. Ibu Bapa, Isteri, Anak dan keluarga adalah segala-galanya. Duit pula bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit. Jadi jawapan saya ialah MONEYLOVE..
==========================================
Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
kanak-kanak untuk belajar :
http://www.kamusgambar.com/
==========================================
August 12th, 2008 at 2:51 pm
haha…memang pun. Skang nie segala-galanya prlukan dwet. Keadaan ekonomi, politik xmenentu. So….xke xnak, skang nie kita kena create our own skill to generate money.
Stuju x???
Bisnes TDTone
August 12th, 2008 at 9:46 pm
Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?
Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!
dicadangkan, maksudnya LEBIH SUBJEKTIF JIKA DISOAL:
OLEH PEROMPAK YANG SEDANG MEMEGANG KAPAK DITANGANNYA DAN SEDANG BENGANG DENGAN ANDA KERANA TIDAK BEKERJASAMA :
saya beri anda pilihan, SAMAADA NAK KEKALKAN kedua belah tangan sahaja ATAU KEKALKAN kedua belah kaki sahaja … yang mana satu yang awak nak?
Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja walaupun dalam keadaan tertekan? Dalam hati mesti kita mahu miliki kedua-dua sekali DAN akan cuba sedaya upaya untuk memujuk perompak itu agar tidak meneruskan niat jahatnya. Begitulah juga dalam penghidupan, walaupun panorama penghidupan kita kelihatan agak rakus dan kejam, kita haruslah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kedua-duanya. ataupun lebih senang lagi dikatakan “the survival of the fittest” , hanya yang kuat dari pelbagai perspektif(daya tahan mental,kreatif,danpenghidupan kini yang lebih mencabar. lain lain) akan mendapat kesemuanya (wang, kebahgiaan, penghidupan sempurna) dalam zaman kini. - adios - mariam akmar 15 tahun, methodist school ACS
August 14th, 2008 at 4:21 pm
MENGAPA HARUS MEMILIH,SEDANGKAN KITA BERHAK UNTUK MEMILIKI KEDUA-DUANYA SEKALI…
-renung-renungkan,selamat beramal-