3 strategi perniagaan Steve Jobs

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…

  1. Fikir berbeza
    Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.

    Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

    Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

  2. Komunikasi dalam perniagaan
    Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.

    Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

    Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

  3. Keep it simple
    Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ‘simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!

    Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan – jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ‘simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

    Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “3 strategi perniagaan Steve Jobs

  1. Inilah kali pertama saya jumpa blog yang banyak mengandungi artikel-artikel yang penuh dengan tips serta teknik untuk membuat duit dari rumah! Terima kasih Tuan Irfan Khairi! Artikel ini memang menarik dan padat dengan ilmu terbaekk!

  2. Saya perlu amalkan
    1)Cara berfikir dan dari sudut tidak seperti kebiasaan adalah satu bonus

    Saya yakin ada keluarbiasaan dalam otak saya.Begitu juga anda yang lain.

    Yakinlah dan suburkanlah

  3. Salam IK,

    Terima kasih kerana berkongsi 3 strategi perniagaan Steve Jobs.

    Saya tertarik dengan strategi ketiga (‘Keep it Simple’) kerana ia boleh dikaitkan dengan salah satu prinsip beliau iaitu dengan mengatakan ‘tidak’ pada 1000 macam perkara (‘saying no to 1000 things’). Beliau berbangga dengan apa yang Apple memilih untuk tidak lakukan setaraf dengan apa yang Apple memilih untuk lakukan.

    Ia bertentangan dengan pemikiran umum yang lagi banyak lagi baik. Kita cenderung untuk menambah-nambahkan sesuatu dalam perniagaan supaya nampak hebat dan bagus tetapi hakikatnya itu akan menjadikan ia bertambah kompleks dan rumit.

    Kejayaan Apple bersandarkan konsep ‘less is more’ ini begitu berkesan. Pesaing-pesaing mereka sibuk mengeluarkan berjenis-jenis model telefon bimbit, Apple hanya ada satu sahaja iaitu iPhone. Mereka fokus pada satu model tetapi impaknya tinggi daripada pelbagai model yang tiada impak dalam pasaran.

    Semoga strategi Steve Jobs ini boleh dijadikan amalan dalam perniagaan kita semua.

    Sekadar berkongsi.

    Aaron Imran / CapaiMatlamat.com

  4. steve jobs seorang yang dikagumi.Strategi perniagaan beliau amat berkesan dan merupakan orang yang menghasilkan produk yang mengubah persepsi manusia mengenai teknologi

  5. Yang saya suka dan kagum dengan beliau adalah fokus tajam dan minat mendalam beliau tentang sesuatu perkara. Apabila beliau sedang membuat sesuatu, perkara lain tidak penting !

Leave a Reply

Your email address will not be published.