pelanggan setia

4 Cara Bina Kesetiaan Pelanggan

Pelanggan yang setia akan memberi pulangan berkali-kali gandanya. Untuk kejayaan perniagaan, fikirkan jangka masa panjang dan cara memupuk kesetiaan pelanggan dan bukan hanya untuk mendapat satu jualan sahaja.

pelanggansetia

Berikut adalah 4 cara untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan…

1. Perkhidmatan pantas

Masyarakat kini inginkan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang memerlukan penghantaran, hantar dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memulangkan barangan rosak untuk diperbaiki, perbaiki dalam masa beberapa hari sahaja. Apabila anda menerima email pelanggan, balas dalam masa 24 jam.

Sekiranya pelanggan memesan sesuatu dari kedai anda, berlari sedikit untuk mendapatkan barang tersebut dari rak. Sekiranya mendapat pesanan melalui online, lakukan penghantaran hari ini juga!

2. Perkhidmatan berkualiti

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kualiti produk dan perkhidmatan anda sentiasa diperbaiki.

3. Selalu hubungi

Selalu hubungi prospek dan pelanggan anda dengan informasi terkini, perkembangan anda, dan apa sahaja yang dapat membantu mereka. Jangan lupa juga hubungi dan ucapan musim-musim perayaan atau hari istimewa untuk pelanggan seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan, dan sebagainya.

Ingat bahawa pesaingan amat sengit kini dan usahawan pesaing akan melakukan pelbagai teknik dan strategi dalam menarik pelanggan anda kepada mereka.

Sentiasa mengingatkan prospek dan pelanggan anda bahawa anda masih wujud dan bersedia membantu mereka pada bila-bila masa sahaja.

4. Xtra kepada pelanggan setia

Berikan sedikit xtra atau tambahan istimewa kepada prospek dan bekas pelanggan. Diskaun kepada pelanggan lepas akan dapat membina kesetiaan. Bekas pelanggan adalah sasaran yang paling baik untuk perniagaan anda oleh kerana:

  1. Apabila pernah membeli dari anda, kepercayaan dan kredibiliti anda telah dibina. Ini memudahkan lagi mereka melakukan belian seterusnya, tambahan dengan pemberian diskaun khas untuk mereka.
  2. Apabila pernah membeli dari anda, pelanggan sudah tahu kualiti, dan kepantasan anda berniaga. Tidak lupa, oleh kerana anda sentiasa mengemaskini maklumat terkini kepada bekas-bekas pelanggan anda, jenama perniagaan anda juga telah dibina untuk memudahkan belian.

Dalam dunia perniagaan yang bersaing sengit kini, kesetiaan pelanggan perlu dibina. Bukan sahaja pelanggan akan terus membeli dari anda, tetapi juga mereka akan sentiasa mengesyorkan (recommend) perniagaan anda kepada kenalan-kenalan mereka- promosi percuma kepada perniagaan anda!

* Diatas adalah 4 Cara membina kesetiaan pelanggan yang akan menjadikan perniagaan anda lebih berjaya di pasaran anda. Namun, terdapat terlalu banyak lagi teknik, strategi, tips yang dikongsikan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Bantuan dan bimbingan setiap langkah juga diberikan kepada usahawan-usahawan Internet yang baru ingin bermula dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet mereka, membuatkan program-program kami sebagai pilihan #1 sejak tahun 2005 lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan bagaimana kami dapat membantu anda menjana pendapatan melalui perniagaan dari rumah.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.