Mon 16 Jan 2012
5 Kesilapan utama perniagaan Internet
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan InternetJumaat lepas, di Radio24, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dalam perniagaan Internet. Jangan lupa ikuti saya setiap Jumaat jam 5.30 petang di Radio24 93.9 fm atau ikuti secara streaming di http://www.radio24.com.my

Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…
- TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.
Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.
Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang!
- TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.
Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!
- TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.
Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda!
- HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.
Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.
Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!
- MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.
Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!
Sekiranya anda ingin mempelajari lebih mendalam cara terbaik menjalankan perniagaan Internet, dijemput untuk hadiri Workshop Jutawan Internet yang saya kendalikan di Signature Class, Mutiara Damansara. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


January 16th, 2012 at 12:21 pm
Terima kasih IK satu info yg cukupbagus bgi orang seperti saya yg baru menceburi bidang ini. Terima kasih jazakallah
January 16th, 2012 at 12:42 pm
Info yang sangat berguna.
Thanks to IK for sharing.
January 16th, 2012 at 4:45 pm
Saya telah membacanya pada 16 Januari 2012 Jam 1011 pagi. Terima kasih tuan.
January 19th, 2012 at 4:02 pm
Terima kasih IK kerana berkongsi maklumat berguna untuk sekelian pembaca setia blog ini
January 19th, 2012 at 4:11 pm
Tips yang sangat berguna. Kurang promosi menyebabkan beberapa laman web saya tidak menepati apa yang diharapkan. InsyaAllah akan berusaha lebih keras lagi .. Terima kasih
January 23rd, 2012 at 4:41 pm
ilmu kesilapan internet marketing yang tepat dr Irfan khairi
January 27th, 2012 at 10:28 pm
Setuju betul dgn tips En Irfan. Perniagaan di Internet banyak persamaan dgn promosi perniagaan runcit.. Promosi selalu, susunan yg kemas & menarik, menonjolkan barangan yg terbaharu/trendy..
February 12th, 2012 at 2:19 pm
Ir. Kamal Ibrahim Qnet Networkers.
Salaam saudara Irfan Khairi.
- saya menyokong 100% kata2 saudara dan perniagaan saya telah menigkat setelah melakukan promosi..Alhamdulillah..
February 16th, 2012 at 11:33 pm
Saya amat bersetuju dengan pandangan IK. Walaupun kami di my1stopdotmy telah menyediakan kemudahan sistem katalog, sistem order, online payment, delivery dan marketing, kalau masih tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, macamana peniaga2 online nak dapat sales. Jangan harap letak barang dan tinggal sahaja, serupa dengan peniaga yg meletakkan produk mereka di kaki lima dan terus beredar tanpa membuat promosi. Cuba gunakan sistem yg betul dan buat promosi tanpa henti… Insyaallah akan berjaya