5 tip motivasi *tahun baru* dari facebook saya

5 tIp motivasi sempena tahun baru beberapa hari je lagi…

Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

Ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas 😉

SEMUA orang mempunyai perasaan ‘takut’ kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan ‘takut gagal’- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan ‘takut gagal’, tetapi tetap lakukan juga

Fikir kan waktu2 yang pernah kita “in the zone”, mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita “in the zone”!

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

Semoga membantu anda! Jangan lupa sertai saya di Facebook sekiranya belum http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

6 thoughts on “5 tip motivasi *tahun baru* dari facebook saya

  1. tip2 yang ik berikan memang ringkas tapi mempunyai impak besar kalau kita ambil perhatian dan bertindak. dengan tip begini, kalau kita dapat manfaat dengan sebaik mungkin seolah-olah kita telah menghadiri seminar yang berharga.

    thanks ik, keep it on…

  2. AlhamdulilLah.. saya suka entri ni..

    Minta izin saya paste dalam blog saya.. Terima kasih..

    Semoga dimurahkan rezeki yang halal selalu..

    p/s: dah abis cuti di Tokyo.. ?? Hehehhehe.. ole-ole ada..?

  3. saya suka tip yang ke-2. setiap tahun kita fikirkan tentang azam baru. kita tetapkan azam baru kita, tapi malangnya kita selalu tetapkan satu azam dan satu kategori je. kita jarang sekali fikirkan tentang kategori-kategori lain. itu kesilapan yang kita sering lakukan. terima kasih untuk tip tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.