7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 1)

Ingin jadi popular di Internet? Anda mungkin ada tujuan dan matlamat tersendiri untuk jadi popular, sama ada kerana minat, impian ataupun untuk bisnes. Tidak kira apa jenis tujuannya, yang penting anda harus melakukannya dengan cara yang betul dan terancang. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian ataupun krisis yang tidak diundang.

Apabila kita berbicara mengenai menjadi popular di Internet, ia bermaksud hanya di Internet. Peminat-peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti diri anda hanya secara online. Namun tidak dinafikan, ia mungkin akan berterusan di dunia ‘offline’ juga di mana anda mungkin dijemput oleh pihak media, mengadakan program tertentu, disapa oleh peminat dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan usaha-usaha untuk menjadi popular, anda harus jelas dengan matlamat anda dan merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kepopularan anda itu nanti. Jika tidak, anda hanya sekadar popular, tetapi anda tidak menghasilkan apa-apa manfaat untuk jangka masa yang lama.

Selain daripada itu, anda juga harus merancang tindakan yang anda harus lakukan secara konsisten agar anda tidak mudah tenggelam kerana selain daripada anda, berjuta lagi manusia lain juga berusaha untuk popular seperti anda.

Terdapat banyak cara untuk kita menjadi terkenal di Internet. Berikut adalah 7 Tip dan ACTIONS’ yang boleh anda lakukan.

TIP 1. Miliki sebuah blog

Ini adalah langkah pertama yang wajib. Anda boleh menggunakan sistem blog yang percuma seperti Blogger.com dan WordPress.com. Namun jika anda benar-benar serius, anda boleh hasilkan sebuah blog dot com anda sendiri yang terus menggunakan nama anda seperti mana yang dilakukan oleh jutawan Internet Irfan Khairi melalui blognya, iaitu www.IrfanKhairi.com.

Sebaiknya anda menggunakan nama anda untuk nama blog kerana matlamat anda sekarang adalah untuk mempopularkan diri anda. Pada blog anda itu, letakkan sedikit biodata diri anda dan juga gambar anda (jika mahu).

Setelah anda mempunyai sebuah blog, anda boleh mula menulis. Anda boleh menulis apa sahaja perkara yang umum ataupun anda boleh memfokus kepada topik-topik yang spesifik sahaja. Sebagai contoh, Irfan Khairi menulis mengenai bisnes, perniagaan Internet dan motivasi. Bermaksud, beliau akan terkenal dalam kalangan orang yang meminati topik-topik tersebut.

Jika anda menulis pelbagai topik tanpa fokus, anda mungkin akan dikenali oleh sesiapa sahaja sebagai seorang yang popular di Internet.Tidak kisah apa saja topik, anda tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.\

blog dan facebook

TIP 2. Facebook

Mungkin anda sudah mempunyai akaun Facebook, iaitu sebuah profile sendiri. Jika anda ingin popular di Internet, menggunakan profile Facebook adalah tidak sesuai, sebaliknya anda perlu menggunakan Facebook Page. Dengan menggunakan Facebook Page, lebih ramai orang dapat mengikuti perkembangan anda dan ia lebih meluas.

Sama seperti blog, anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pengikut anda di Facebook. Pelbagaikan bentuk gaya penyampaian seperti serius, kelakar, santai dan sebagainya agar pengikut anda tidak bosan. Gunakan juga imej dan juga video selain sekadar menulis teks sahaja.

Setelah anda membina Page anda sendiri, promosikan ia di blog anda agar lebih ramai orang yang akan menyertai Page anda tersebut. Kelebihan menggunakan Facebook Page adalah, pengikut dan peminat anda dapat promosikan Page itu kepada orang lain dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.

[Bersambung di “7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 2)”]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.