8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online

Tanpa membuang masa, berikut adalah 8 sebab mengapa anda perlu memulakan perniagaan online:

1. Pendapatan tambahan.

Bagi ramai, sebab utama memulakan perniagaan online adalah untuk menjana pendapatan tambahan. Perniagaan online adalah satu pilihan yang baik oleh kerana ianya boleh dilakukan secara sambilan.

Salah satu maanfaat perniagaan online adalah, ianya mudah dan pantas untuk mulakan. Dan untuk mendapat pulangan juga pantas, tidak seperti memulakan perniagaan yang mempunyai premis atau kedai.

2. Ianya fleksible.

Dengan hanya smartphone, perniagaan online boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Kini, terdapat pelbagai perisian dan app yang membolehkan anda menjalankan perniagaan seperti promosi, menjawab soalan pelanggan, memeriksa pesanan, dan banyak lagi dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

3. Kos rendah

Memulakan perniagaan yang mempunyai premis dan kedai fizikal pastinya memakan kos yang tinggi. Sewa, renovation, membayar bil dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit.

Memulakan perniagaan online? Dengan hanya beberapa ratus ringgit sahaja anda dapat membeli dot com anda sendiri (.com). Facebook percuma. Instagram percuma. You Tube juga percuma. Apa yang anda perlukan tidak semestinya modal yang besar, tetapi anda perlukan ilmu berniaga di internet!

4. Mudah untuk dimulakan

Ramai antara kira mengamalkan internet sebagai sebahagian besar gaya hidup kita. Kita sering mendapat berita di Facebook, ramai yang menggunakan instagram, kita sering menonton YouTube, mencari maklumat pula menggunakan Google.

Mengapa tidak gunakan platfom yang kita sedia tahu dan fahami untuk menjana pendapatan pula? Oleh kerana kita sudah sedia menggunakan internet setiap hari, mempelajari cara menjana pendapatan di internet melalui perniagaan adalah lebih mudah berbanding dengan membuka kedai, yang mungkin kita langsung tiada pengalaman.

5. Kebebasan membuat pilihan

Adakah ianya terlewat sekiranya kita ingin mulakan perniagaan? Jawapannya tentulah tidak. Menurut Wall Street Journal, mereka yang memulakan perniagaan berumur 39 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian berjaya dalam perniagaan 5 kali ganda lebih berbanding dengan mereka di bawah umur 30-an.

Ramai antara kita mempunyai matlamat dan niat untuk mulakan perniagaan tetapi, merasakan ianya terlewat oleh kerana umur. Perniagaan internet membolehkan anda bebas membuat pilihan. Anda boleh memulakan perniagaan yang anda idamkan pada bila-bila masa sahaja. Pilihannya di tangan anda. Sama ada anda mahu ataupun tidak.

6. Pantas mendapat keuntungan

Dibandingkan dengan mempunyai kedai, ianya lebih pantas menjana keuntungan melalui perniagaan internet. Oleh kerana kos memulakan perniagaan internet adalah rendah, tambahan kos overhead perniagaan Internet juga rendah, untuk menjana keuntungan, ianya lebih mudah dan pantas.

Bandingkan sekiranya kos memulakan perniagaan adalah RM30,000 berbanding dengan kos memulakan perniagaan online yang boleh bermula pada RM300. Yang mana satu anda dapat cover cost anda dengan lebih pantas?

7. Tidak perlu berjumpa pelanggan

Bagi saya, satu ketika dulu, ini adalah satu kebaikan. Sebabnya adalah, saya seorang yang sangat pemalu. Malu untuk menjual, malu untuk berjumpa pelanggan, sehingga malu nak sebut harga barang yang dijual pun ada!

Sekiranya anda seperti saya satu ketika dulu, maka perniagaan internet adalah terbaik untuk anda!

8. Kebebasan masa

Tidak seperti 20 tahun lalu, matlamat saya ketika muda adalah ingin menjadi seorang jutawan. Alhamdulillah, ianya tercapai ketika berumur 25 tahun.

Namun, kini berkeluarga dan 4 orang anak yang kian membesar, matlamat bukan lagi dari segi material. Tetapi ingin lebih masa bersama keluarga. Tidak terikat dengan kerja 9 pagi hingga 5 petang. Boleh bersama mereka pada bila-bila masa sahaja, dan kebebasan kewangan membolehkan melakukan apa yang ingin dilakukan bersama keluarga.

Perniagaan internet memberi pulangan yang tidak dapat dijual beli, iaitu kebebasan masa bersama mereka yang tercinta!

Sekiranya antara 8 sebab ini dapat mengerakkan anda untuk mencuba sesuatu yang baru, apa kata inilah masanya anda pula cuba memulakan perniagaan internet anda!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.