Thu 7 Jun 2007
Ada banyak! Nama adalah langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat
Membina jenama adalah antara strategi perniagaan yang penting. Langkah pertama dalam membina jenama adalah memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan sebaiknya mempunyai antara ciri-ciri tersebut dalam membina jenama yang kuat:
- Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
- Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas & Burger King
- Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
- Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota
Sekiranya mengandungi keempat-empat ciri tersebut- lagi baik!
Ianya dikatakan bahawa menggunakan nama sendiri adalah strategi yang baik oleh kerana menepati keempat-empat ciri-ciri diatas, contoh: Dell Computers, Aminah Hassan & Irfan Khairi!
Namun, perlu juga menggunakan strategi meningkatkan nama jenama untuk memastikan nama jenama kita terus dikenali.
ps: Worshop Jutawan Internet akan diadakan di KL pada 16hb Jun dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July. Tempat kedua-duanya semakin terhad.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

June 8th, 2007 at 9:44 am
Jenama dalam suatu perniagaan memang penting. Tanpa jenama agak sukar untuk mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan kita.
Penjenamaan nama jenama perniagaan sendiri mungkin mengambil masa tetapi berbaloi jika ramai pelanggan telah sinonim dengan jenama kita.
Hisham;
“P2..DotCom - Promosi Dan Pemasaran Serentak”
June 8th, 2007 at 9:48 am
Nama itu penting untuk anda dikenali !
Ianya juga membezakan di antara satu sama lain !
Dan semestinya ianya unik dan boleh memberi makna sebaik orang melihat dan membacanya seperti…Thinkerich,
…..Think Rich To Get Rich
June 8th, 2007 at 12:05 pm
Salam, & Kawan
Setuju dengan pendapat dan P2..DotCom -Jenama atau ‘Branding’ dalam bahasa orang putih akan memainkan peranan penting untuk sesuatu perniagaan bagi jangkamasa yang panjang. Sebagai contoh kedai 7 Eleven ,kalau kita translatekan dalam bahasa melayu akan jadi “7 sebelas”. Tapi kita dah sinonim dengan dengan nama 7 Eleven, setelah di publisiti dengan sekian lama. Sampai hari ini kalau pelanggan masuk kedai 7 Eleven, mereka akan membeli benda-benda yang ringan seperti roti, ais-krim, suratkhbar dan paling terkenal adalah minuman “Slupee” yang menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Brand “URL” dan content pada sesuatu laman web juga merupakan ‘jenama perniagaan’ for the future years. Bagaimana pun, banyak juga jenama perniagaan yang terkenal pada masa dahulu yang telah tenggelam oleh sebab banyak faktor dan perubahan zaman.
Betulkah pendapat saya ?
June 8th, 2007 at 12:13 pm
asmkm Irfan, apa khabar?
wow, kini workshop Irfan dah ada di Sabah! tapi, malangnya saya masih kekurangan bajet untuk ke sana.. Sutera Harbour dekat aja ngan rumah saya, boleh jalan kaki.. saya selalu berenang di sana.
Dalam tahun ni, saya plan jenamakan nama saya, shueqry, kalau pakai Mohd Shukri Abdullah nanti orang ingat Shukri Abdullah..nama sama..
very useful tips
- shueqry -
June 8th, 2007 at 12:46 pm
tidak boleh di nafikan..jenama itu penting…
tapi nak menaik atau menjulang jenama itu ke pasaran memerlukan pengorbanan yang besar..
sama-sama lah kita meningkatkan jenama ke persada dunia
June 8th, 2007 at 2:37 pm
salam…
alhamdulillah topik nie di bincangkan, setiap sebutan yang di panggil adalah sebuah doa yang penuh dengan seribu makna … bukan sekadar nama syarikat tetapi nama panggilan. hatta orang itu sendiri mempunyai nama panggilan manjanya sendiri tetapi kan lebih elok dan manis di sebut nama penuhnya dan ada makna..
macam co. saya sendiri di ambil dari nama penuh saya MOhamad FAzwan Nordin so jadinya MOFAN dan di tambahkan AD (Advertising).
kepada semua pembaca dan pengunjung setia RAHSIAINTERNET.COM bolehlah datang ke kedai saya… biznes kecil2an … kalo ingin tahu lebih lanjut berkenaan kedai saya add kan Yahoo Messeger saya : mofan210.
terima kasih
June 8th, 2007 at 3:53 pm
Jenama memang memainkan peranan penting juga dalam perniagaan. kini saya sedang menonjolkan nama Noorizam Azran dengan mempraktikkan penggunaan blog.
Kalau cari nama noorizam shah di carian enjin yahoo atau google, hari ini sudah bersepah..
so, banyak episod jejak kasih apabila saya menonjolkan nama saya di internet.
June 8th, 2007 at 4:18 pm
Nama melambangkan kita dan produk kita dan itulah yang saya sedang usahakan.Mungkin bila saya sudah ada produk sendiri nanti saya akan mula membina jenama saya sendiri
.
Berapa lama agaknya untuk kita membina ‘nama’ ni sebab ianya memakan masa yang lama..tambah pula jenama atau nama yang baru ?
June 8th, 2007 at 5:59 pm
Berapa lama agaknya untuk membina jenama? Jawapannya, terpulang kepada “pembina jenama” tersebut. kebiasaannya antaran 6 bulan hingga 1 tahun sekiranya betul caranya.
nak tahu cara-caranya? nanti saya beri tp-tip membina jenama lagi
June 8th, 2007 at 6:02 pm
Ketika saya menghasilkan novel pertama sewaktu berumur 16 tahun, saya nak gunakan nama samaran. Tapi akhirnya tak jadi dan saya decide nak guna nama sendiri - Mazneera Zainal
Nama dah OK camni, boleh la guna untuk dikomersilkan… Thanks for my parents for creating such a lovely name for me…
Sekarang ni saya akan terus menggunakan nama ni sebagai nama pena bagi semua buku yang saya tulis… (2 books coming soon with PTS, insyaAllah)dan juga di dalam perniagaan internet saya. Bak kata Noorizam Azran, akan ramai la yg terjejak kasih bila nampak nama yg familiar di internet. Bukan semua org namanya akan muncul bila taip di Google/Yahoo!
June 8th, 2007 at 11:21 pm
hm bernas betul lah idea & tip2 yang doktor berikan. saya baru sahaja menemui web ini isnin lepas dan memebaca hampir semua tip yang d berikan. alhamdulillah saya dh pun dapat idea utk memulakan internet bisnes saya. tp he he he kn tunggu material & bujet cukup dulu lah.
trima kasih doktor, sekarang saya dah tahu apa itu perniagaan internet.
June 9th, 2007 at 12:56 am
Banyak lagi kena blaja pasal branding ni. Cant wait!
June 9th, 2007 at 2:37 am
Yeah, remember this name SAZKUL because it’s unique and weird ;P. Pemasaran penting untuk penjenamaan biarpun untuk nama seperti ‘budin’ sekalipun.
June 9th, 2007 at 10:48 am
nama memang penting sebagai pengenalan kepada perniagaan kita, nama juga boleh diibaratkan sebagai papan tanda perniagaan. Tanpa nama bagaimana orang boleh mengenali kita.
Nama juga boleh berfungsi sebagai iklan produk dan perkhidmatan kita…lebih kurang macam tu lah..betulke??
Tapi jangan selalu tukar nama…he he
June 9th, 2007 at 12:58 pm
satu perbincangan menarik menyentuh tentang branding.
lepas ni mungkin Irfan buleh ulas pula tentang Re-Branding.Kenapa wujudnya re-branding.Kenapa syarikat-syarikat besar melakukan re-banding?Apa kelebihannya?
June 9th, 2007 at 8:40 pm
adakah jenama yang dibina perlu dipatenkan dan didaftarkan? Jika ya, adakah bayaran yg dikenakan? dengan pihak mana kita mendaftarnya..
June 9th, 2007 at 11:52 pm
Banyak lagi yang perlu saya belajar!! untuk pengetahuan saudara Irfan, saya adalah murid sekolah.. dan saya telah mula membuat website sejak umur 14 tahun lagi,… sekarang saya berumur 17 tahun,. (mmg tak tipu). Cita-cita saya besar, umur saya 19 nak jadi jutawan internet.. Dengan tips tadi, saya banyak belajar!!
sekarang saya pun dah ada banyakl web perniagaan.. saya juga pembeli buku kamu, saudara banyak membantu..
June 10th, 2007 at 11:30 am
I’m proud to see many young Malays and entrepenuers become or becoming millionaire…is a good achievement and a good motivation for those who want to be success…
“Branding”.. is a term used to recognized a product for a long term..consumers will recognized your product by brand name…
i read Irfan articles..and I’m impressed with his success…currently I’m doing my degree studies in Australia in Accoutancy and E-Business…
E-Business is interesting .. if we know how to market the product.. but I’m still lack on knowledge on how to select a product to be marketed in the internet..if Irfan has any tips to share.. I love to hear…
June 10th, 2007 at 11:54 am
Untuk membina jenama perlu sentiasa mencari rangkaian agar nama tidak senyap begitu saja.. Ini bagi mengikat jenama pada minda pengguna.,,,
June 10th, 2007 at 12:03 pm
syukur saya memilih nama saya sendiri untuk membina jenama. niche pun luas.
June 11th, 2007 at 6:55 am
Yer..Branding…satu patah perkataan yang menjadi satu isu dahulu semasa saya makan gaji…berkaitan jugak dengan logo dan cogankata syarikat.
Sepanjang pengalaman saya bekerja dulu,branding memang memainkan peranan yang sangat penting.Contoh:Logo sykt telekomunikasi cap burung.Dulu guna burung jenis lain…bila nak tukar jenis burung pun pun memerlukan belanja yang besar.Warna korporat pun dikira sebagai branding.Re-branding pula memberi maksud bertukarnya hala tuju sesebuah entiti perniagaan dan juga memberikan nafas baru kepada organisasi.Merujuk kepada pemulihan dan kesediaan utk.lebih bersaing.Ada jugak sykt yang tidak gemar kepada re-branding.Untuk pemahaman lebih jelas ialah seperti bertukar no.handphone.Tentu sukar nak beritahu kawan2,business partner dan sedara mara nombor h/phone yang baru.Tapi,skng dah ada teknologi sms yang boleh broadcast no.baru kita kepada kenalan dalam phone-book.Nampak mcm takder masalah.Bila bertukar nombor,pasti ada hal.Mungkin tukar kepada package yg lebih murah & jimat.Begitu juga bisnes.Pasti ada nilai yang positif yang memaksa re-branding dilakukan.Pengukuhan Jenama memerlukan belanja atau usaha yang besar dan berterusan.Kalau tidak masakan kita tetap menyebut MAGGI utk beli jenama mee segera CINTAN.Pastinya MAGGI sudah melabur banyak wang dan usaha untuk mengukuhkan jenama sejak zaman berzaman.Rasanya MAGGI tak pernah re-branding(kalau tak silap).So,sekarang dah jimat sikit belanja advertising(Sekadar melihat jenama lain yg.berhempas pulas berbelanja utk branding)Boleh tumpukan wang dan usaha utk menambah kualiti produk dan mengekalkan kesedaran pasaran.
Kadangkala,yang pertama wujud juga mempengaruhi kekuatan branding berbanding pesaing.Contohnya:Minuman berkarbonat diterajui oleh COKE yang memulakan dan mengawal pasaran berbanding PEPSI.Tapi,ia menjadi sebaliknya bila CELCOM yang memulakan budaya telefon dalam poket di negara ini berjaya dipintas oleh MAXIS yang berjaya membuktikan si-pemula belum tentu akan jadi se-pemenang.
Walaubagaimanapun,Nama atau jenama sangat penting dalam memberi simbolik atau impak kepada kepada sesebuah perniagaan.Ia merujuk kepada kredibiliti,kemasyhuran dan “goodwill”sesebuah perniagaan.Kalau tidak,tak perlu susah payah penaja-penaja meletakkan jenama mereka di jersi pemain bola sepak(la..bola sepaklah pulak..hidup MyTeam2..)
P/S:Tidak ada kena mengena dengan subjek yang hidup atau yang telah mati.Sekadar teks untuk pelajaran sahaja.Tidak sah untuk tuntutan di mahkamah
June 11th, 2007 at 10:40 am
Branding memudahkan para pelanggan mengingati sesutu produk. Sebut sahaja Aminah Hassan, mesti teringat kicap! Walaupun Aminah Hassan dan kicap tidak ada kaitan dari segi nama, namun bila teknik memperkenalkan jenama nama, secara tak langsung org akan ingat produk tersebut!
June 13th, 2007 at 7:20 am
jenama menunjukkan nama, sebut aje ubat gigi org selalu ingat colgate. sampai nak suruh beli ubat gigi brand lain pun sebut”pegi beli colgate cap halagel” hehe
February 20th, 2009 at 11:08 pm
saya nak tulis nama baru dapat ada apa pada nama
July 15th, 2009 at 11:56 am
ok…saya nk th kt mana saya boleh join kursus ni ye?
March 6th, 2010 at 8:39 pm
tolong bagi cadangkan satu nama(brang)untuk product minuman saya.