Thu 10 May 2007
Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut.
Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan…
Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal!
Sebenarnya, idea yang hebat tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Kebanyakan idea-idea hebat dipasaran pada hari ini dimulakan bukan menggunakan modal sendiri.
Idea yang hebat sudah pasti akan berjaya menarik dana dari pihak-pihak tertentu seperti:
- sponsor
- institusi kewangan
- kerajaan
- orang ramai.
Microsoft di mulakan tanpa menggunakan wang Bill Gates. Pada asalnya, Microsoft mendapat sponsor & funding oleh kerana ia adalah idea yang hebat.
Irfan Khairi Sdn Bhd di mulakan tanpa modal sendiri. Bermula dengan penulisan buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar (tidak menggunakan modal, hanya ilmu) dua tahun lalu, dan diterbitkan oleh syarikat lain. Keuntungan royalty digunakan untuk mengembangkan Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga hari ini.
Betul… saya tidak gunakan pun wang simpanan saya- hanya menggunakan wang pusingan :)
Jadi, sekiranya anda mempunyai idea hebat, bukakan minda anda bahawa, idea yang hebat tidak memerlukan modal. Idea yang hebat, dapat MENARIK MODAL dengan sendiri!
Mulai hari ini, jangan jadikan modal sebagai alasan tidak mengimplementasikan idea kita. Lihat disekeliling dan bukakan fikiran bagamana untuk meneruskan idea anda.
ps: Kalau ada idea hebat tetapi, tidak berjaya menarik modal? Mungkin idea tersebut tidak hebat… takut-takut kita yang syok sendiri
Tip Satu Minit yang berkaitan:
May 10th, 2007 at 10:13 am
Hmm.. betul juga apa yg Irfan sharekan di sini. Jgn jadikan modal sebagai alasan untuk tidak memulakan perniagaan
May 10th, 2007 at 10:30 am
yaa…saya percaya modal bukanlah masalah besar untuk memulakan perniagaan atau idea yang hebat.Otak yang bergeliga lah yang penting….
www.cetakbaju.com - jom buat tshirt…
May 10th, 2007 at 10:38 am
sy setuju sesangat dengan tip hari nih… ramai kalangan rakan sy yg telah menggunakan idea nih… cuma sy je yg x buat lg mungkin disebabkan sy menjalankan perniagaan mlm.. tp dlm tak sedar sy pun gunakan modal yang di beri oleh upline sy..
ada idea dan kebolehan, org pun senang nak percaya kat kita…
May 10th, 2007 at 10:47 am
Idea yang hebat adalah idea yang tidak memerlukan modal untuk diimplementasikan. Jika anda ada idea tetapi memerlukan modal untuk dilaksanakan, itu bukanlah idea yang ’sangat hebat’
Irfan said: “Kalau ada idea hebat tetapi, tidak berjaya menarik modal? Mungkin idea tersebut tidak hebat… takut-takut kita yang syok sendiri”
Hisham said;
“Kalau kail panjang sejengkal, cubalah juga memancing ikan”
May 10th, 2007 at 12:32 pm
Jika memikirkan semua faktor untuk mulakan perniagaan memang tak mula lah, kerana mesti ada sahaja halangan. Modal biasanya memang halangan besar. Tapi banyak penyelesaiannya. Cuba usaha cari penyelesaian. Jika belum mula dah menyerah kalah, sampai bila-bila pun tak berjaya.
www.mybengkung.com
www.nonaku.com
May 10th, 2007 at 12:32 pm
Yup.. saya amat setuju dengan post kali ini.. dan saya juga mengimplementasi idea yang saya ada untuk menarik modal.
Modal yang saya gunakan saya kembangkan kepada beberapa lagi idea perniagaan sehingga menghasilkan beberapa bentuk pendapatan..
Hasilnya.. alhamdullilah..
May 10th, 2007 at 1:08 pm
Anda boleh berniaga dengan modal yang sedikit. Misalnya jadi agent insurans, direct selling, agen hartanah, cikgu tuisyen, penulis, kartunis, consultant dan lain-lain. Bidang sebegini tidak perlu modal yang banyak.
Anda perlu cuba, cuba dan terus mencuba. Ini kerana anda tidak tahu “tuah” anda di bidang mana
Kenalan saya, beliau bermula sebagai kontraktor, penternak lembu kambing, niaga makan dan niaga pasar malam. Semua usaha beliau sia-sia dan gagal. Tetapi sekarang ini beliau berjaya menjadi agent takaful yang disegani
May 10th, 2007 at 1:28 pm
Ada Idea Tetapi Tiada Modal ? Sebenarnya idea anda juga boleh dijadikan modal….fikir2kan
http://thinkerich.blogspot.com
May 10th, 2007 at 1:47 pm
yerp…. tepat sekali
Hisham said;
“Kalau kail panjang sejengkal, cubalah juga memancing ikan”
nice quote awak.. sy nak tambah sket..”kail panjang sejengkal, jgn tak duga lautan dalam tu…guna je pukat” .. hehehehe
org lain berjaya kerana gagal beri alasan…jadi salah seorg dari mereka pun cukup bertuah dah
May 10th, 2007 at 1:57 pm
Perlu pandai bezakan antara idea yang perlu modal dengan idea yg bole dilakukan tanpa modal.
May 10th, 2007 at 3:00 pm
sebenarnya, idea adalah modal yg lebih penting dlm mana2 perniagaan. dan mengambil tindakan terhadap idea yg tercetus adalah permulaan kejayaan. that’s what I believe.
May 10th, 2007 at 3:27 pm
Betul tu Irfan. Saya juga menggunakan wang hasil daripada keuntungan untuk mengembangkan perniagaan saya. Pada saya, ia tak akan menjejaskan sedikit pun simpanan saya kerana wang yang diperolehi akan saya rolling semula…
May 10th, 2007 at 3:35 pm
asmkm Irfan..pekaba?
kalau begitu, kita perlu cari idea yang hebat dan benar-benar mendatangkan hasil..satu idea funding idea yang lain, lalu mewujudkan multiple source of income untuk diri kita.
A very inspiring info.. thanks
shueqry
http://shueqry.blogspot.com
May 10th, 2007 at 7:51 pm
Kalau idea yg kita ada tak cukup hebat… salah satu cara yg boleh dilakukan utk merealisasikannya adalah melalui perniagaan internet. Modal rendah, coverage yg meluas. Mungkin hanya slps anda berjaya melalui bisnes internet, barulah orang akan mengiktiraf idea anda itu sbg satu idea yg hebat…. (sebenarnya)
May 10th, 2007 at 10:00 pm
Menarik ni… boleh la dikatakan modal bukan penghalang untuk menjadikan idea satu kenyataan.
May 10th, 2007 at 10:34 pm
Assalamualaikum…
Saya seorang yang suka untuk meminimakan kos dalam segala hal.Perniagaan yang saya mulakan tidak bermula dengan modal yang terlalu besar seperti dalam bidang jualan borong yang saya pernah buat masa saya belajar dahulu dan saya tidak suka untuk berniaga dengan meminjam terlebih dahulu.Kita mula dengan secara kecil-kecilan dan berkembang tetapi nafsu kena dikecilkan dan sentiasa bersabar dalam banyak hal.Sekarang saya dalam proses untuk bangunkan satu kilang bakery dan pastry dengan gaji saya yang kecil dari kilang kayu serta saya cuba untuk terus bekerja sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum saya menumpukan pada Bakery sepenuh masa.Berdikit-dikit dan bertatih-tatih untuk berjaya tanpa pinjaman dan bantuan. Hati tenang berniaga tanpa hutang yang menyebabkan tak tidur dengan tenang.
Wassalamualaikum dan doakan saya berjaya.
May 11th, 2007 at 12:35 am
Betul tu
Idea yang hebat pasti tiada masalah..Setiap idea mesti ada masalah untuk direalisasikan..
Dan Idea yang hebat dapat mengatasi masalah tersebut.
Rakan Suksess Anda,
Fakhrul
http://usana4all.com/?ref=mybiz
May 11th, 2007 at 8:26 am
Hi,
Ingat lagi tak konsep Buruh,Tanah,Modal dan Usahawan..masa belajar ekonomi asas masa kat sekolah dulu…
Itu antara faktor penting untuk menjalankan bisnes.Bagi saya pernigaan konvensional tidak dapat lari dari konsep tersebut.Tapi,untuk pernigaan di internet mungkin ada seseorang yg boleh hasilkan konsep baru.Walau macammana pun,bagi saya faktor modal memang sangat penting.Ianya memang wujud dan saya lihat kita disini lebih berat membincangkan bagaimana faktor modal itu cuba dipermudahkan supaya tidak menjadi satu masalah besar dalam mejalankan perniagaan.Modal memang perlu cuma bagaimana kita memperolehi modal,samada dari simpanan sendiri atau dibiayai oleh pihak lain.
www.yuzafi.blogspot.com
May 11th, 2007 at 9:53 am
Salam sahabat semua…
Selalunya, saya akan syorkan pada rakan2 agar berniaga bila mereka mengadu masalah kewangan mereka & kebanyakkan mereka ‘makan gaji’. Bila disyorkan, soalan balas biasanya adalah “aku takda modal” atau “mana nak cari modal?”.
Saya sendiri memulakan perniagaan dengan sebuah komputer bernilai kurang RM2k. Hari ini modal sebanyak ini boleh didapati dari simpanan sendiri atau boleh je kutip dari adik beradik,mak ayah sikit sorang.
Pengalaman saya, modal yang paling utama ialah 1. Minda yang positif. 2. Tenaga kerja (diri sendiri) 3. Ilmu pengurusan (saya belajar dikedai kopi je dgn belanja rakan2 saya yang berjawatan pengurus) dan barulah modal..
Alhamdulillah, rasanya saya dah berjaya mengembangkan RM2k itu pada nilai aset yang jauh lebih besar.Mempunyai staf seramai 8 orang, memiliki premis dan mesin percetakan sendiri adalah kejayaan yang amat saya banggakan dan akan terus mendaki tangga kejayaan berkat 3 modal utama saya tadi.
Moga bermanfaat..
ps: Nanti nak belanja kat Satey Samuri Kajang pun, nak belajar ‘rahsia dalam rahsia’ kejayaan jugak..hehehe..MBA di kedai kopi aje!
May 11th, 2007 at 10:40 am
Hakimi,seronok mendengar kesungguhan Hakimi..satu semangat yang saya kagumi..saya doakan kejayaan plan hakimi..do not forget share with us about your journey!
May 11th, 2007 at 10:47 am
Hakimi dan rakan2 blogger ..
salah satu konsep cost yang penting adalah ABC iaitu Activities Based Costing…
Konsep yang en Hakimi amalkan sekarang adalah konsep ini…dan kalau betul plan en hakimi seperti yang diciterkan..(xnak berhutang dan berdikit2)..InsyaALLAH kejayaan akan menjelma jua…
May 11th, 2007 at 11:19 am
idea yang bukan-bukan…
ada idea tapi takder modal? idea yang bernilai dah tentu akan menarik modal yang berbondong-bondong.
May 11th, 2007 at 12:07 pm
Salam sejahtera.
Memang tepat dengan apa yang bagi tahu tu. Jika kita ada idea yang hebat ia akan menjana modal sendiri. Malah idea itu adalah modal anda juga. Pada kebiasaan kita ingat modal hanyalah wang ringgit. Mungkin dengan barang terbuang pun boleh jadi modal gak.
Sekian, wassalam..
May 11th, 2007 at 12:32 pm
Salam sejahtera…
Betul ke semua perniagaan memerlukan modal? Idea yang bagus akan cuba untuk tidak menggunakan modal atau modal yang paling minimum. Dalam bidang kraftangan saya pernah lihat mereka menggunakan kulit kerang atau siput yang dijadikan cenderamata. Itu menunjukkan mereka ada idea yang hebat dan modal???
Sekian, wassalam..
May 11th, 2007 at 1:55 pm
Askum Hj Hayat..
Menarik juga citer en Hj..boleh citer detail lg..atau en Hj ada blog sendiri?
May 11th, 2007 at 2:20 pm
Betul apa yang katakan tu.Tapi idea tu mestilah yang bernas dan hebat. Tak semua perniagaan perlukan modal.Contoh perniagaan yang melibatkan servis.Kalau ada modal pun, mungkin tidak setinggi mana.
May 11th, 2007 at 3:28 pm
Saya setuju…kebanyakan jutawan bermula dengan zero…idea yg hebat akan menjadi modal untuk mengembangkan bisnes..
May 11th, 2007 at 3:49 pm
saya sangat setuju.. sebab saya pun ada asalnya tiada modal… yang paling penting sama ada kita nak berjaya atau tak dan sama ada kita seorang yang rajin berusaha kearah kejayaan tu ke tidak….
www.mudahnya.com
May 11th, 2007 at 4:10 pm
Ya, saya amat setuju dengan tip hari ini. Modal bukan penghalang kita berniaga. Kekadang terfikir jugak, susah nak berniaga kalau tak dok modal, tapi kita tak terfikir plak, mengapa orang yang ada duit tapi tak berniaga. Betul la, idea bernas itu lebih utama dari modal.
http://jomwebtemplate.com
May 11th, 2007 at 5:09 pm
selalunya memang modal dijadikan alasan untuk “tidak mengembangkan idea”. setuju sangat dengan pendapat Hj. Hayat.
Yang penting diri kita sendiri .. selagi kita berfikiran positif.. modal pasti tak jadi masalah
http://myprepaidsms.com
May 11th, 2007 at 8:46 pm
Mr. April,
Setakat ini, saya belum ada blog sendiri lagi. Agak sibuk menguruskan sykt percetakan saya namun saya malu dan respek pada Irfan yang masih sempat layan blog dan komen sahabat semua walaupun dia lebih sibuk dari saya. Tu yang kena belajar pengurusan masa dari beliau..
Kebetulan, esok saya dijemput menjadi ahli panel untuk forum Kerjaya: Keusahawanan, Prospek & Kerjaya. Namun hanya untuk pelajar2 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sahaja, dulu KUIM.
Ni pertama kali nak bagi ceramah keusahawan depan orang ramai. Tapi berbekalkan tips2 komunikasi efektif dari Abg Nizal yang saya perolehi melalui workshop Nizal Talk dulu..akan saya gunakan esok. Tunggu ‘golden voice’ dari saya..Har har har!
ps: Jangan tak keluar suara sudahhh…
pss: Nak ikut jejak langkah sifu…
May 11th, 2007 at 11:02 pm
salam .
betul tu! idea yg hebat selalu dpat perhatian
erm..paling penting anda betul2 tahu dan pasti, itu yang anda nak lakukan, dan anda mahukan ia jadi sebahagian dalam perjalanan hidup anda..
selamat maju jaya!
dik mal,
Ampang,Selangor
http://norakmal.blogspot.com
May 12th, 2007 at 12:29 am
Ye memang betul ide tak perlu modal. Tapi jika kita tak usahakan @ lambat bertindak @ hangat2 tahi ayam kita akan ketinggalan.
Malah mungkin ide kita dah diambil orang baru gigit jari.
paling utama kikiskan bab ‘modal’ yang menjadi perspektif negatif kita selama ini sbg penghalng untuk berniaga.. kepada keyakinan diri..’AKU PASTI BOLEH!’ tapi jngan lupa di belakang ayat itu mesti ada ‘InsyaAllah”(Dengan Izin Allah)
Semoga berjaya
johor bahru,johor.
May 12th, 2007 at 10:59 am
En Hayat…sukanya saya bila tahu En Hayat dah jadi penceramah..betullah andaian saya semalam yang en hayat antara usahawan yang perlu saya pelajari sesuatu..
Takpa la takda blog tu..sampai masanya nanti jangan lupa bagitau ye..
Moga pengalaman En Hayat dapat memanfaatkan kita semua!
May 12th, 2007 at 11:25 am
Hm… info yang bagus …
dan motivasi yang boleh dijadikan panduan bagi saya yang baru2 nak berjinak ..
mungkin akan cuba cari apa idea yang boleh memberikan peluang besar ..
INSyaalllah
May 12th, 2007 at 6:04 pm
Memang pada permulaan untuk berniaga agak susah. 9/10 rezeki ada pada perniagaan tapi hanya 1/10 dari umat manusia terlibat dalam perniagaan. Walaupun begitu pendapatan 1/10 itu menyamai pendapatan 9/10 manusia.
Irfan juga memerlukan modal untuk bermula. Beliau terpaksa menjadi cleaner untuk mencari ilmu (Kira modal jugak ni).
Dan dengan hasil ilmu beliau dapat memulakan perniagaan.
Rakan Suksess Anda,
Fakhrul
http://usana4all.com/?ref=mybiz
May 13th, 2007 at 12:51 am
…takut-takut syok sendiri..
i love this kind of word, pretty word.
kalau orang kata kita macamtu maknanya kita dah berusaha lebih dari kudrat kita atau kita dah percaya kepada quote ” nothing is impossible”
sebagai contoh, kalau kita “tackle”pempuan sampai orang kata kita ni jenis perasan, maknanya kita dah berusaha nak mendapatkan sesuatu yg lebih daripada yg sepatut atau sesuai dengan kita,ni dinamakan berani… saya pernah sengaja membiarkan orang kata saya perasan,saya berasa puas hati kalau org berkata begitu, kerana bagi saya kalau kita berani membiarkan orang berkata begitu, kita mempunyai kekuatan dalaman……org akan kata berterusan selagi kita tak reveal it to reality.
terima kasih
May 13th, 2007 at 4:54 am
Pernah tak anda dengar orang kata “juallah idea anda” (i.e. “sell your ideas!”). Maksudnya bagaimanapun, bukanlah anda jual idea anda untuk sejumlah wang. Tapi, setiap idea mestilah dipersembahkan kepada orang-orang tertentu, dan Insya Allah, salah seorang yang anda berjaya yakinkan mungkin akan melabur untuk menukarkan idea ada menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan. Begitu juga dengan bank-bank, agensi kerajaan dsbnya. Kalau idea anda hebat, anda boleh “jualkannya” untuk mendapatkan modal permulaan, tanpa anda kehilangan idea tersebut.
Percaya tak anda jika saya beritahu bahawa saya mulakan projek Pajamanation Malaysia dengan modal tak sampai pun seribu ringgit, tapi untuk digemburkan untuk memperoleh pendapatan jutaan ringgit tiga tahun dari kini?
Juga, baru-baru ini, saya sertai Pesta Pulau Pinang sebagai pekedai, dengan modal seribu ringgit, tapi berjaya membuat jualan hampir RM50-ribu dalam masa sebulan.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih…
May 13th, 2007 at 2:27 pm
opss…. am cari jv dengan beberapa orang bloggers lain yang masih belum ada keuarkan produk dorg sdri tapi nampak ada potensi… kadang2 nak ckp brg yang bagus pun tak jugak…
cam digi… keluarkan fuyoo…. tapi siapa yang pakai digi tau lah keadaan sebenarnya….
maybe teaser yang dia buat tu buat orang suka tengok iklan tu… selain tu dia juga tak jelaskan betul2 keseluruhan fuyoo tapi kalau tengok balik rugi gile… baik pakai beyond digi saja…. tapi sebab bahagian marketing dia bagus… trus bole jual…
so persoalannya betul ke anda perlukan barangan yang bagus atau cara marketing yang bagus…?
May 14th, 2007 at 6:20 pm
idea dari R&D pelajar universiti ker? yang itu rasanya memang negara takder modal nak tanggung untuk mengusahakan secara komersial atau pun ia memang tak laku atau tak yakin nak dikomersialkan…
maka terpaksa ler kena patenkan atas nama orang lain.
May 25th, 2007 at 7:10 pm
Slmt sjahtera! Mmg benar tidak semestinya untuk memulakan satu perniagaan memerlukan modal. Contoh, saya ada 2 orang rakan yang memulakan perniagaan yang berjaya tanpa mengeluarkan wang.
June 6th, 2007 at 2:41 pm
“Bagi saya, kejayaan adalah TERJAMIN.. InsyaAllah. jika anda sanggup melakukan perkara berikut :
Strong Desire - keinginan yang kuat utk berjaya
Willing to learn and do - sanggup belajar dan buat segala langkah yang membawa kearah kejayaan.
Never Give Up - selalu bertindak tanpa putus asa
Saya mendoakan kejayaan anda semua.
http://usana4all.com/?ref=hani
June 10th, 2007 at 10:35 am
sy seorang pelajar…selain kekurangan modal,sy juga x phm bgaimana proses penghantaran barang kpd org luar trutm luar negara…tolong jelaskan lebih teliti…dan bagaimana dikatakan perniagaan yg dijlnkn sah di sisi undang2…apa yg diperlukan?
June 13th, 2007 at 2:33 am
sy seorang beautician,dapernah bekerja 2-3 spa di….(negeri)satu negeri kenal saya lah..dari gaji rm400 hingga terakhir sy kerja gaji rm1800.family,employee,client n frendz suh sy buka my own business..xpernah tlintas nk buka sndiri..shingga dgn izin allah 2.30 pg ni sy terbuka web ni..bg sy jln yg sebetulnya..sy tlalu keliru dgn situasi sy skrg ni krna tiada modal..dr sdiri tau binang ni mmlukan modal yg bsarT>Q
June 30th, 2007 at 1:40 am
saya amat bersetuju.Kita tidak sepatutnya menghalang bakat dan kebolehan kita hanya disebabkan oleh wang.di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.insyaallah..
sape nak buat web modal rendah,lawati:
September 17th, 2007 at 1:16 pm
Saya ada banyak idea.Contohnya saya sudah siapkan BAGAIMANA MENJADI INDIVIDU KELANTAN YANG HEBAT DAN BAGAIMANA 115 IDEA MENJADI MESIN MEMBUAT WANG.
Kemudian,saya ada menghantarnya kepada syarikat yang menerbitkan buku tapi lambat rupanya hendak tahu jawapan ya…lagipun saya masih hijau lagi dalam bab-bab ni….
October 3rd, 2007 at 11:13 am
saya ada menerbitkan sebuah bukulah lebih kurang.. tapi tak tau nak terbitkan macam maner. boleh bagi panduan tak.
January 9th, 2008 at 6:00 pm
Tertarik sungguh saya dengan topik ini. Saya telah memulakan biz online sy thn lepas yg menjurus kepada jualan utk baby dan wanita. Saya ingin tahu apakah teknik2 pemasaran yg berkesan?
Terima kasih
www.little-sunshine.com
www.simanjapintar.com
February 2nd, 2008 at 8:43 pm
saya setuju dgn pendapat irfan khairi ini. saya telah memulakan perniagaan enovel saya bulan lepas, Januari 2008. hanya berbekalkan ‘idea kreatif’, maka lahirlah EMERILDA dan 50 IDEA ROMANTIS SUAMI ISTERI. Saya sedang mengikuti 101 langkah yang dijelaskan oleh irfan Khairi di dalam buku beliau, 101 cara pemasaran internet!
TErima kasih irfan khairi.
June 18th, 2008 at 11:35 am
Bagaimana hendak memulakan sesuatu peniagaan.darimana hendak kita mulakan.saya mempunyai minat.tapi saya tidak tahu bagaimana hendak mulakan.saya keliru.lagipun saya perlu sokongan dari sekeliling untuk memulakan peniagaan.
June 26th, 2008 at 12:07 pm
Hai semua..
Ini first time sy masuk this blog.
my question, mcm mn nak publish my product in laman web? memang sy ni buta IT sikit..minta opinion suma!!
July 18th, 2008 at 4:25 pm
Ada pembetulan rasanya, mungkin bukan tiada modal tapi modal yang kecil. Contoh, modal RM100.00 untuk buka akaun streamyx atau RM1000.00 untuk beli komputer kat rumah yang murah2…atau RM30.00 untuk beli domain atau RM30.00 untuk bayar sewa hosting sebulan…
Perkataan tanpa modal bagi saya cuma sekadar kata-kata padahal yang perlu Irfan katakan ialah modal yang kecil…lainla kalau guna domain/hosting percuma dari cara modal lain…
Nak paksa/suruh orang membeli memang perit, sekarang kena guna perkataan pujuk orang beli…
November 19th, 2008 at 9:58 pm
Askum,Tuan..
Saya minat sangat nak buka kedai Menjual Kedai Pancing…
November 23rd, 2008 at 9:52 pm
saya br memulakan perniagaan online menjual cupcake dalam tempoh 4 bulan. Alhamdullillah. rezeki mencurah2.saya seorang jurutera yang baru berkahwin jun 2008 dan keguguran sept 2008. saya inginkan kepuasan lain selain dari kerja di bina pembinaan. niat dihati saya ingin membuka cafe konsep. baru2 ni saya pergi taklimat punb (prosper siswazah). Kata mereka ekonomi gawat-loan perniagaan bakeri KIV- sdih mendengarnya- mungkin takdir tuhan mahu saya kuat dalam perniagaan online sebelum berada di pasaran luar.harap jalan dr bwh ini akan membuatkan saya lebih kuat!!
December 20th, 2008 at 12:47 am
as,kum.sy ingin menjalankan perniagaan jualan pakaian dalam menprosis kan dalam website.tpi kekurangan modal
March 13th, 2009 at 1:36 pm
sy hendak tau ada x sapa2 kat cni dpt mejalnkan perniagaan tanpa modal?hanya idea saje xcukup.jgn main setuju ja.idea jg perlu modal nk diperkembangkan.
March 14th, 2009 at 5:12 am
Ada… Macam saya ada buat kelas Bahasa Arab di sekitar Sg Petani. Tak payah keluarkan modal. Lokasi kawan-kawan yang tentukan. Ada yang buat di rumah depa, ada yang buat di tadika depa… Kalau nak keluarkan modal pun mungkin sekadar nak isi minyak kereta, nak fotostet bahan tapi memang tak banyak lah nak guna duit untuk tujuan tu. Alhamdulillah, saya berjaya buat simpanan RM1000 sebulan untuk menjadi modal kepada restoran nasi kandar di Penang. Yang penting bagi saya tingkatkan ilmu pengetahuan. Dan sekarang saya buat buku latihan Bahasa Arab untuk sekolah-sekolah. Yang ni mungkin la guna modal tapi saya minta sekolah saya bantu untuk terbitkannya. Apa pun… Terima kasih kepada laman web ni. Banyak ilmu baru yang saya dapat.
March 24th, 2009 at 11:05 pm
rasanya semua benda memerlukan modal. tiada apa perniagaan pun yang tak memerlukan modal. semua kos akan diambil kira. kalau ia betul2 tak menggunakan modal pun, mungkin lebih kepada produk digital
May 4th, 2009 at 4:38 pm
sy setuju bisnes mmg memerlukan modal cuma bezanya kecil atau besar. sy pernah register untuk buat bisnes online yg dikatakan free tp rupa-rupanya ada bayaran utk domain dan mcm2. skang da ptus asa nk search bisnes online, cuma memikirkan utk cuba buat bisnes under program usahawan siswazah pulak. tp kna ada proposal yg btol2 mantapla..
June 24th, 2009 at 3:06 pm
salam…
tumpang tnya saya baru nk mula perniagaan tp xde modal arr..
so bank ape mdah nk buat pinjaman???
saya perniaga kdai mkan jew..n umo baru 21thn..
tp saya dah ada perniagaan yg saya nk buat…ada msalh modal ejw nie…
so plss lew tlg sya k..