Adakah “coaching” untuk anda?

Sejak saya umumkan program online coaching, ramai yang telah sertai dan amat berminat- alhamdulillah! Di samping itu juga, ramai yang bertanya, apa manfaatnya dengan menyertai sesuatu coaching program? Apa yang coach lakukan?

Untuk menjawab soalan ini, saya ingin rujuk posting saya 3 tahun lepas! “Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya!” pada May 2006  lama dah tu… 🙂

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi?

Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho dan lain-lain.

Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat diperlukan untuk mencapai kejayaan! :)

Seorang coach akan secara berterusan membantu, menasihat dan memantau seseorang itu hingga tercapainya sesuatu matlamat.

Pernah tak anda mempunyai satu matlamat, tetapi, terasa agak kesunyian kerana tiada sokongan dan bantuan atau tiada kawan untuk bersama mencapai matlamat tersebut?

Itu juga adalah antara fungsi seorang coach- untuk secara berterusan sama-sama membantu memperbaiki diri seseorang itu.

penghargaan.jpg
Nama coach-coach saya 10 tahun lalu dalam buku RJJIT! 🙂

Sedikit “Reality”: Beberapa tahun lalu, saya juga telah menyertai satu “coaching program” untuk memperbaiki diri saya sebagai seorang “trainer”. Ia banyak membantu mencapai matlamat saya sebagai seorang motivator yang berjaya sehingga kini. 10 tahun lalu, ketika saya memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, saya juga mempunyai coach. Kalau hendak tahu siapa coach saya, namanya ada tertera di bahagian “Penghargaan” buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Kalau nak tahu, nama-nama mat salleh tu adalah coach saya 🙂

So, sempena tahun 2009 ini, selepas lebih banyak pengalaman dengan perniagaan Internet global dan juga tempatan, saya dan krew RahsiaInternet.com sudah bersedia untuk menjalankan program coaching ini. Dengan pengalaman saya menjana >RM1juta di perniagaan Internet global, serta krew2 RahsiaInternet yang turut membantu menjana >RM1 juta di pasaran Malaysia sahaja, saya amat yakin program coaching ini dapat memberi manfaat kepada anda juga 🙂

Berikut testimonial pertama peserta Apprentice Online Coaching semalam:

Sessi pertama saya coaching bersama IK memang santai. Walaupun IK menjadi coach, disebabkan komunikasi melalui YM, segala coaching program berjalan dengan lancar sekali macam YM dengan kawan-kawan pulak. Yang istimewanya, apa yang saya tanya akan terus dijawab oleh IK dengan cadangan sekali! Memang puas hati dan semangat semakin membara-bara macam IK ada disebelah kita. Cadangan dan idea yang IK berikan lebih fokus pada tajuk yang kita inginkan. Dipenghujung sessi, tugasan akan diberikan bagi mencapai matlamat kita! Satu jam rasa tidak cukup untuk satu sessi. Jika ada IK Apprentice session 2, pasti saya akan sertai! Saya rasa bertuah menjadi antara peserta terawal dapat sertai program ni!

– Noorizam Sabran

Saya bersyukur sangat dapat sertai online coaching bersama IK. Melalui sessi pertama sahaja, banyak soalan dah terjawab. Mungkin sesetengah orang berpendapat mereka tak perlukan coach kerana ilmu perniagaan Internet boleh diperolehi melalui buku ataupun secara percuma di Internet. Betul juga, tapi ilmu tu semua bersifat umum…sedangkan seorang coach boleh menjawab secara spesifik kepada keperluan perniagaan Internet kita. Malah lebih dari itu, IK membuat penilaian spesifik kepada salah sebuah laman web saya. Di akhir sessi, IK berikan tiga tugasan hasil dari perbincangan bersama.

Memang benarlah kadangkala kita perlukan daya tolak dari seorang coach untuk bertindak lebih agresif. Alhamdulillah, hari ini saya dah pun selesaikan satu tugasan yang dah lama saya nak buat tapi asyik tertangguh kerana kurang pasti. Petang tadi saya email kepada IK & Krew, malam ni dah terima komen dan cadangan. Hebat kan! Esok saya boleh teruskan dengan tugasan seterusnya. Kalau macam ni, insya Allah saya akan dapat menyelesaikan banyak perkara dalam tempoh tiga bulan. Kalau ini yang akan saya capai, RM50 sejam tu memang amat berbaloi…ditambah lagi dengan soal-jawab melalui email.

Terima kasih IK & Krew. 🙂

– Sofia Mohamad (www.BajuRenang.com) 

Harapan saya program coaching ini akan menjadi the best online coaching program di Malaysia sepertimana Workshop Jutawan Internet menjadi the best seminar perniagaan Internet 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Adakah “coaching” untuk anda?

  1. Komen saya pada kali ini “coaching program” adalah latihan terbaik kepada usahawan internet yang baru, sedang atau pun yang telah berjaya. Sebabnya adalah ramai dikalangan jutawan internet lahir drp faktor “coaching program”, baik secara online atau pun offline.

  2. Fuh.. IK aparentice.. Lanjutan dari produk2 keluaran IK… 😀

    Apa pun memang berharap dpt menyertai.. Pasti dan Insyaallah diizinkan akan turut serta..

  3. Salam IK dan rakan-rakan sekelian,
    Huh, saya pon sama jugakla…Saya pernah sertai wokshop anjuran IK. Tak lama kemudian, saya recommend adik perempuan saya plak untuk belajar di seminar yang sama.
    Kini, walau saya dah mempunyai laman web sendiri, saya rasa masih terdapat kekurangan, nasib baik saya dah join program ni. Banyak pengetahuan yang kita tak tahu dan terlepas pandang tetapi berjaya di umpil oleh IK semalam… Ish tak dapat nak citer panjang.
    Apa2 hal pon saya nak cakap, saya semakin bersemangat sekarang sbb, sifu saya terasa dekat dengan saya sekarang ni untuk menegur kesilapan saya dan memberi daya tolak untuk saya lebih berjaya InsyaAllah… 🙂
    Adios…
    http://www.glowglokal.com

  4. memang betul la IK..walau terrer mana pn kita,kita still memerlukan bimbingan dr org lain…maybe org lain ada kaedah yg lagi bagus dr kita..whatever pn,saya anggap IK sebagai idola n sifu saya..dr IK saya kenal peluang2 berniaga di internet…thanks IK

  5. Hi Ijamp! You’re “jump” much higher to reach your dream.. Jeles akak wei!. Yang pertama pulak dapat “sentuhan” Apprentice Online Coaching. Rasanya lepas ni Ijamp jadi coach pulak ye, IK

  6. Salam semua rakan-rakan Tip 1 Minit,

    Tahniah IK kerana adakan program sebegini untuk membantu yang lain mencipta kejayaan..

    Ini kerana,untuk berjaya kita sememangnya memerlukan seseorang untuk sentiasa mendorong kita, tetapi ianya tidak akan membawa sebarang makna jika kita sendiri tidak mampu mendorong diri sendiri!

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  7. â€coaching program” sememangnya untuk kita yang memerlukan panduan untuk berjaya. tahniah untuk Encik IK atas pelancarannya.

  8. Salam IK,

    Tahniah kerana menjana satu program yg relevant dan bermanfaat. Semoga ramai usahawan internet terus mendapat bimbingan seorang pakar!

  9. Im loonking forward jugak to join IK’s workshop.

    Coaching is important but getting a good,reliable,succesful coach is as equally important!

    And coach Irfan Khairi fits the category:)

  10. Salam Semua,
    Memang coaching sesuai untuk akak sebab dah setahun ikuti workshop IK dan cuba buat website sendiri tapi rasa lambat sangat progressnya. Cuba hire orang buatkan tapi macam2 hal timbul.

    Akak rasa lebih baik jadi apprentice IK. Harga value for money, sebab so far IK sungguh2 bantu (ini cakap ikhlas). Ada program2 lain diluar sana yang charge berganda tapi sokongan belum tentu lagi.

    Anyway akak dah email ke info@rahsiainternet.com tentang macamana pembayaran bagi yang tidak menetap di M’sia. Waiting for reply…:)

  11. salam..

    Fuh selama nie saya belum dptkan mana orang untuk ajar saya. tapi ia nampak menarik jer yang IK tawarkan nie .

    InsyaAllah kalau ada rezeki saya pun nak join ..

  12. Salam IK dan semua,

    Ternyata bantuan dan sokongan untuk lebih berjaya tak boleh dipandang ringan. kadang2 org yang dah berjaya pun boleh jatuh semangat dia. sebab tu dia perlukan suntikan semangat dan motivasi berpanjangan

  13. @makam5 – RM650.

    Berguru itu penting sbg panduan dan motivate, lebih personal..

    selama ini ebook dan carian google sbg panduan..ho! Kena cari guru nie.

  14. Program coaching dgn IK ni amat sesuai kepada sesiapa yang perlukan pembakar semangat. IK secara terus berkomunikasi dgn kita, membetulkan apa yang perlu, memberikan cadangan yang sesuai dan yang paling penting IK akan membantu untuk memajukan lagi perniagaan internet anda. Terlalu banyak ilmu yang IK kongsikan dalam sessi pertama yang telah saya ambil. Jika anda memerlukan coach yang santai dan sporting, program ni memang untuk anda. Selama 3 bulan IK akan berkomunikasi terus dgn kita 🙂 .

Leave a Reply

Your email address will not be published.