Anas Bin Malik: Perawi Hadis Rasulullah s.a.w. (Hartawan Yang Zuhud) (Bahagian 1)

Memandangkan kos sara hidup hari ini kian mencabar dengan perbelanjaan rutin yang semakin meningkat, maka usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan dan ekonomi masing-masing bagaikan satu perlumbaan apabila ada segelintirnya menganggap bahawa wang dan harta kekayaan itu sebagai perkara paling penting untuk membina kehidupan yang bahagia dan harmonis.

harta kekayaan

Kebanyakan daripadanya memandang harta kekayaan sebagai satu keistimewaan. Oleh sebab itu, sering kita lihat bahawa sesiapa yang mempunyai harta yang banyak, maka mereka akan dianggap lebih tinggi darjatnya atau paling tidak pun mereka dipandang mulia, berbanding yang lain kerana keberadaannya itu. Namun, jika kita renung kembali kepada konsep zuhud, harta yang berlimpah bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah sebaliknya apabila golongan kaya akan dianggap sebagai materialistik.

Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang untuk mencari harta kekayaan, tetapi amat menggalakkan agar kita terus berusaha gigih selagi tidak mengabaikan suruhan dan larangannya.

Artikel kali ini memaparkan kisah mengenai Anas bin Malik r.a. untuk mengajak para pembaca mengenali dan mengetahui keperibadian tokoh besar ini. Anas bin Malik r.a. merupakan anak didik kesayangan Nabi dan merupakan periwayat Hadis Rasulullah s.a.w. Pada masa yang sama, beliau juga dikatakan salah seorang hartawan yang terkaya di Madinah.

Nasab beliau

Nama sebenar beliau adalah Anas bin Malik bin Nadzor bin Dhomdom bin Zaid bin Harom bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin An Najjar, Abu Hamzah Al Ansori Al Khazraji. Beliau adalah kerabat baginda Rasulullah s.a.w. dari sebelah isterinya, selain daripada murid serta pengikut baginda Rasulullah s.a.w. dan juga merupakan sahabat terakhir yang meninggal dunia.

Anas adalah pambantu Nabi dan seorang yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Ibunya ialah Ummu Sulaim Malikah binti Milhan bin Kholid bin Zaid bin Harom, isteri Abi Tholhah Zaid bin Sahl Al Ansori. Sewaktu Nabi s.a.w. datang ke Madinah, Anas ketika itu baru berusia 10 tahun. Waktu itu juga, ibunya datang menemui Nabi s.a.w. lantas berkata kepadanya : “Ini adalah Anas, anak yang pandai dan akan menjadi pembantumu”. Selepas beberapa tahun bersama Nabi, baginda menggelarkan Anas Abu Hamzah (Singa).

Anas dilahirkan 10 tahun sebelum Hijrah atau bertepatan dengan tahun 612 Masihi. Ketika baginda Rasulullah wafat, Anas baru sahaja berusia 20 tahun dan beliau memeluk Islam sejak daripada kecil lagi.

Keilmuan dan Periwayatan Hadis.

Walaupun beliau seorang hartawan, namun segala peranan beliau dalam kehidupan lebih banyak menjurus kepada perjuangan dan kepentingan Islam. Beliau adalah seorang Mufti, Qari, Muhaddith dan Perawi Islam. Beliau banyak menuntut ilmu dengan Rasulullah s.a.w. secara langsung bersama dengan Abu Bakar, Umar, Usman, Mu’ad, Usaid Al Hudair, Abi Tholhah, Ibunya sendiri Ummu Sulaim putri Milhan dan Bibinya Ummu Haram juga suaminya Ubadah bin Shamit, Abu Dzar, Malik bin Sha’sha’ah, Abi Hurairah, Fatimah dan banyak lagi. Beliau mempelajari ilmu perniagaan secara terus daripada Rasulullah s.a.w.

Anas juga turut mendidik individu penting yang di antaranya adalah Al Hasan, Ibnu Sirin, Asy Sya’bi, Abu Kilabah, Makhul, Umar bin Abdul Aziz, Tsabit Al Banani, Bakar bin Abdillah Al Mazani, Az Zuhri, Qotadah, Ibnul Munkadir, Ishak bin Abdillah bin Abi Tholhah, Abdul Aziz bin Shuhaib, Syuaib bin Al Habhab, Amru bin Amir al Kufi, Sulaiman At Taimi, Hamid At Thowil, Yahya bin Sa’id Al Ansori, Katsir bin Salim, Isa bin Thohman dan Umar bin Syakir.

Setiapkali Anas berbicara mengenai hadis Rasulullah s.a.w. dan apabila telah selesai bicaranya, maka beliau akan berkata : “Sebagaimana yang dikatakan Rasulullah”. Musnad Anas sebanyak 2,286 buah Hadis, yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim sebanyak 180 hadis, dan yang hanya dalam riwayat Bukhari sebanyak 80 hadis dan Muslim 90 hadis.

[Bersambung di “Anas Bin Malik: Perawi Hadis Rasulullah s.a.w. (Hartawan Yang Zuhud) (Bahagian 2)”]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.