Kadang kala, bila kita perlukan sesuatu bantuan dari seseorang atau pihak untuk perniagaan kita, kita hanya perlu MINTA sahaja. Jangan malu/segan, just MINTA. Ada yang takut-takut nak minta sesuatu, kerana segan, atau malu, atau takut “nanti tak dapat!”. Pendapat saya…

  • Kalau tak minta, jawapannya adalah 100% takkan dapat punya.
  • Kalau minta, jawapannya menjadi 50%-50% mungin dapat bantuan tersebut atau mungkin tidak dapat. Tetapi, kebarangkalian dapat sudah bertambah berbanding dengan tak minta langsung :)
  • Kalau minta, disamping memberi sesuatu kembali sebagai manfaat pada orang yang diminta, jawapannya sudah 70% anda akan dapat apa yang anda minta!

So, lain kali perlukan bantuan, jangan malu atau segan untuk meminta bantuan. Hendak lebih hebat dan menambahkan kebarangkalian mereka akan membantu anda, berikan sebab dan manfaat kepada mereka dan bukan hanya mengharap mereka 100% membantu anda sahaja ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Minta tolong lakukan sesuatu…
  • Bagaimana memindah ke web hosting baru dari yang lama
  • Perniagaan Internet & keluarga
  • Apakah langkah seterusnya?