Fri 22 Feb 2008
Dua hari lepas dalam program bual saya, “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 saya berkesempatan menemubual Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di Malaysia- kebanyakan majalah yang anda lihat di kedai2 mamak tu, karangkraf lah yang punya… mereka juga menerbitkan buku dan akhbar…
Memang seronok berbual dengan Dato Hussamuddin, seorang yang sangat-sangat low profile! Patutlah ramai staff karangkraf sayangkannya…
Tip yang saya ingin kongsikan dengan anda yang saya dapat dari Dato Hussamuddin adalah, FOKUS amat penting dalam perniagaan.
Memang saya pernah sebut tentang focus, tetapi, selepas berbual dengan Dato, baru saya faham sepenuhnya…
Dato Hussamudin hanya memiliki perniagaan Karangkraf sahaja. Beliau focus sepenuhnya… saya persoalkan juga, mengapa tidak buka perniagaan lain? Dan beliau berkata, fokus adalah amat penting dalam perniagaan untuk memastikan kejayaan.
Saya juga turut tanya tentang diversify, dan beliau setuju, diversify juga penting, tetapi, sekiranya ingin diversify, pastikan ia kena mengena dengan perniagaan utama.
Sebagai contoh, Karangkraf juga membuka sebuah syarikat percetakan- Ultimate Print.
Contoh yang diberikan adalah, sekiranya Ultimate Print tidak mempunyai pelanggan, dengan hanya mencetak majalah & buku Karangkraf sahaja, sudah boleh hidup.
Namun begitu, kini Ultimate Print juga adalah syarikat percetakan terbesar di Malaysia.
Sehingga kini, Dato Hussamuddin hanya fokus kepada industri penerbitan sahaja dengan Karangkraf & Ultimate Print. Dan keduanya menjadi syarikat gergasi di Malaysia!
Jadi, sekiranya anda hendak memulakan perniagaan baru, pastikan ianya berkaitan dengan perniagaan asal dan keduanya saling membantu sesama sendiri seperti sayrikat penerbitan dan syarikat percetakan!
ps: Sebut tentang Karangkraf, teringat saya artikel saya untuk majalah NUR & Maskulin bulan ini tak siap lagi!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

February 22nd, 2008 at 11:31 am
Saya bersetuju dengan pendapat Dato’ Hussamuddin tu.. Bak kata orang kena ada istiqamah..Jangan jadi lompat si katak lompat..Lompat tinggi2, last2 apa pun xjadi..
February 22nd, 2008 at 11:38 am
ketika saya bersetuju untuk terlibat sebagai Duta MIBO, saya juga mengamalkan konsep fokus dimana MIBO berkaitan dengan ICT & Internet… lebih ramai pengguna Internet, lebih maju Perniagaan Internet di Malaysia. Lebih kurang contoh Dato juga…
Bila diversify perniagaan, pastikannya berkaitan
February 22nd, 2008 at 11:49 am
Kata Shukri lagi. “jika kita hendak membuat sesuatu itu kita hendaklah memberikan focus sehingga 200%” kata nya..menunjukkan yang focus itu bergitu penting dalam apa jua yang kita buat.
February 22nd, 2008 at 12:58 pm
mcm mana pula dgn penerbit buku irfan?
kalau tidak ada kaitan mcm mana pula?
February 22nd, 2008 at 1:15 pm
oo, begitu rupanyer, thanx irfan..Karangkraf memang terkenal kerana mereka menerbitkan majalah, buku & akhbar..hmm majalah yg diterbitkan diorang popular plak tu
February 22nd, 2008 at 3:10 pm
wah…irfan ade artikel di majalah NUR n MASKULIN..
mesti beli ni…
February 22nd, 2008 at 4:26 pm
Fokus dalam perniagaan dan juga pekerjaan amat penting untuk memastikan sesebuah perniagaan dan pekerjaan tersebut berjaya!
February 22nd, 2008 at 7:01 pm
fokus meningkatkan komitmen dan penggunaan masa kepada satu perniagaan sahaja.
February 22nd, 2008 at 7:34 pm
emm,fokus memang penting dalam sesuatu urusan.. kalau tak fokus yang dibuat semua xkan menjadi.. so fikirlah sendirii!!! wassalam
February 22nd, 2008 at 8:20 pm
I’m pretty sure the said technique is important and proven, as seen in the ventures by Hallmark where they control their own sources (from the processing of paper to the final product of cards).But again, does this only apply to the early stage of the enterprise cuz as we see in the west, many of the creative powerhouses and brands, after quite sometime, then diversifies for things which have no complementary qualities eg Hallmark, with a channel?
February 23rd, 2008 at 12:13 am
Jgn jadi yang dikejar tak dpt yg dikendong berciciran… Jgn lupa perhitungan pada 8 Mac.. “Lawan Tetap Lawan”..
February 23rd, 2008 at 1:37 am
betol2..fokus kepada satu menghasilkan sesuatu terbaik..tetapi sekiranya kita mempunyai banyak bisnes..pemfokusan kesemuanya tidak mustahil
February 23rd, 2008 at 11:11 am
faris > good question. brands in the west use a similar approach, as they define their brands as a business “whole” and not as individual function. As for HALLMARK, they business is about “Enriching Lives”. thus, cards… to TV channels is a natural progression as both enrich lives
kalau sesuatu perniagaan itu tidak berkaitan, maka, perlu tambahkan usaha… lipatkali ganda kan usaha. kalau berkaitan, ia memudahkan kerja oleh kerana boleh melakukan promosi silang (cross promotion).
February 23rd, 2008 at 1:29 pm
kejayaan sesuatu pencapaian ialah dari faktor fokus,usaha & doa . amin
February 23rd, 2008 at 4:38 pm
Betul.. Fokus memang penting untuk kejayaan…
Kalau tak fokus susah untuk berjaya…
Saya akan cuba untuk fokus…
Sekarang ni tak fokus.
February 23rd, 2008 at 8:16 pm
Rasa-rasa perlu fokus pada teras perniagaan. Tapi rasanya tak salah nak pelbagai. Kadang2 orang punya pelbagai perniagaan boleh hidup lama. Ade jer orang buat macam2, tgk je la sekeliling anda. Ada yang belasah sampai semua sektor ada, macam tamak pulak dah
Kurasan Blog
February 23rd, 2008 at 9:00 pm
Mencabar jugak nak fokus ni…
Kena pulak macam2 peluang kat internet
Tapi selagi dok asyik melompat, tak ke mana jugak rasanya
February 24th, 2008 at 7:40 am
bagi saya pun
lebih baik fokus
contohnya dalam gusti
Rey Mysterio yang bersaiz kecil
mampu jadi juara dunia
kerana fokus kepada teknik berlawan
yang memeningkan lawan
erm.. lari topik ni,
just nak bg pendapat ttg fokus je
February 24th, 2008 at 12:28 pm
tumpang lalu di sini ya. 1st time di sini. hehe
February 24th, 2008 at 10:08 pm
Askum Irfan…
Sy suka branding biz as a whole like u mention above. First time hear about it.
Very interesting…
Tq Irfan…:-)
February 25th, 2008 at 10:05 am
Assalamu’alaikum… Tip yang baik dan memang saya pun sedang berusaha kearah tu juga… Buat kem solat dan jual cd @ vcd tentang solat… Cuma belum dapat pembekal cd @ vcd solat. Sebenarnya banyak juga idea yang saya dapat dalam tip satu minit ni…. tq
February 26th, 2008 at 12:54 am
Tak ramai yang kenal Dato hussamuddin, tetapi kalau sebut karangkraf tu biasa tengoklah.
February 26th, 2008 at 8:50 am
Saya dulu staff Haji Hishamuddin.. Memang dia fokus kpd majalah dan penerbitan.. Kalau nak tahu Alaf 21 dan Dasar cetak juga adalah subsidiary KKSB. Dia mmg seorang low profile dan berwawasan yg unik. Jumpa dia secara perseorangan mmg menarik. Sbg Boss, dia mmg baik terhadap pekerjanya.. tak kisah makan semeja dgn kami. Semoga Maju KKSB
February 29th, 2008 at 1:25 am
husben saya mjlnkn bisnes yg bkaitan ngan telekomunikasi.boleh saudara irfan bgi cadangan bisnes apa berkait & bpotensi utk saya ceburi?
February 29th, 2008 at 10:52 am
Rasanya matlamat saya ngan Hallmark agak sama, Enriching Lives!
-Shueqry-
April 23rd, 2008 at 1:19 pm
keep your mind on the things you want and off the things you don’t want.Remember the old proverb:Be careful what you set your heart on,for you will surely achieve it.-Napoleon Hill. Many thanks to Irfan for this wonderful blog.Keep it going…..
May 22nd, 2008 at 3:52 pm
Hj mmg baik… sy sangat sayangkan hj… semoga hj suksess selalu..
Akmal IT Kelantan
July 30th, 2008 at 1:30 am
Ya saya sangat bersetuju dengan fokus satu bisnes sahaja.sebagai contoh saya menjalankan bisnes komunikasi.dari jual handphone,aksesori,membaikpulih hinggalah menjual manual cara-cara membaikpulih serta menjalankan perniagaan telekomunikasi ini.alhamdullillah pendapatan bisnes saya mencapai 5 angka sebulan.fokus itu paling penting!!