Thu 26 Nov 2009
Pagi tadi saya menjalankan recording untuk BFM 89.9fm program “Up The Ante” di mana saya menasihatkan tetamu jemputan mengenai perniagaan Internet mereka.
Salah satu soalan yang saya nak kongsikan di sini adalah:
“How often is the best practice to blog for a business?”
So, berapa kerap kita patut menulis blog untuk perniagaan Internet kita? Ramai yang menulis seminggu satu posting… ada juga sebulan dua kali… sebulan sekali pun ada!
Ada juga blog perniagaan yang dah bersawang dan tak update-update pun… biasa lah… kalau hilang momentum, hilanglah semangat untuk menulis di blog.
Jadi apakah kekerapan terbaik untuk menulis blog?
Jawapannya adalah, yang terbaik, semestinya SEKALI SEHARI! Ya… itu yang terbaik… tetapi ramai yang tak mampu menulis sekali sehari.
Namun, saya sendiri juga pada awal penglibatan di blog, memang menulis SEKALI SEHARI… anda boleh rujuk archive di sebelah kanan sidebar ni.. dan lihat tahun 2006, hampir sehari sekali saya buat posting untuk menarik ramai pelawat dan membina peminat. Maklumlah, masa tu belum orang kenal…
Anyway, memandangkan SEKALI SEHARI memang diluar kemampuan kebanyakan kita… jadi, sebenarnya angka terbaik untuk menulis blog adalah 3 kali seminggu.
Jadi, untuk menjalankan blog yang berjaya, pastikan anda sering update blog anda dan nombor yang baik adalah 3 POSTING SEMINGGU
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini sejak tahun 2006 lagi. Tak lama lagi dah nak masuk 2010, 4 tahun saya berblogging
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


November 27th, 2009 at 2:18 pm
OOh macam tu rupanya..InsyaAllah saya akan cuba update blog saya 3 kali seminggu. Kena lah cari byk bahan2 bacaan utk membantu penulisan
November 27th, 2009 at 2:56 pm
Salam dan Selamat Aidil Adha IK,
Posting sekali sehari ? Wow kena ada knowledge tinggi tu..3 kali seminggu…em bolehlah..kena copy2 idea skit dari Personal Money..hehe
November 27th, 2009 at 5:57 pm
3 kali seminggu adalah penyelesaian yang terbaik.Apa yang penting isi kandungan artikel mestilah bermutu dan sebaiknya menepati skop blog anda.
November 27th, 2009 at 6:01 pm
that’s right… saya selalu follow dari tahun 2006, mmg irfan rajin btul time tu… tp skang ni… ye la, org dah glamour la katakan, bz pulak tu… tentu banyak undangan / talk yg irfan perlu hadir… anyway, you are my idol… keep it up!
November 27th, 2009 at 6:49 pm
assalamualaikum abg irfan saya ni blum berapa mahil sangat lah nak buat blog blog ni baru je nak blajar hu.hu..hampe?betoi
November 27th, 2009 at 7:12 pm
Salam IK,
Bangganya saya, harap yang pertama komen di sini. Saya mengikuti blog IK dari tahun 2006 sehingga sekarang dan bolehlah dikatakan posting daripada IK banyak mempengaruhi saya dalam menjalankan bisnes online.
Pada tahun 2007 memeulakan blog tentang cendawan dan sekarang beralih kepada khidmat agen pelaburan unit trust secara online.
Terima kasih IK dan saya bangga kerana anda menjadi salah satu ikon bisnes internet terkenal di Malaysia.
November 27th, 2009 at 10:17 pm
3 kali seminggu, macam exercise…
:)
kalau exercise, badan sihat…
kalau post blog, blog pon sihat…
:)
November 27th, 2009 at 10:39 pm
wah.. thanks sebab ikuti blog ni sejak 2006
a ah… 2006, saya punyai banyak masa untuk buat posting setiap hari satu… sekarang ni, almaklumlah, jadual semakin ketat & bz…
so, bz camne pun saya still cari masa untuk posting 3 kali seminggu
-ik
November 27th, 2009 at 11:56 pm
salam ik
mcam mana kalau saya ni masih baru tentang blog
November 28th, 2009 at 12:09 pm
3 kali seminggu…tu mungkin saya mampu..kalau satu post sehari, agaknya perlu bergegas selalu depan laptop selalu
:D
so, kalau bz IK pon 3kali seminggu, ni cabaran bagi saya ni
:)
November 29th, 2009 at 12:37 pm
Sekarang target seminggu sekali, tu pun kelam kabut jugak…
Mencabar jugak ni nak cuba 3 kali seminggu..
November 29th, 2009 at 7:10 pm
IK,
Hmmm.. tip yang menarik tu..
Jika kita masih baru berblogging…kita kena rajin-rajinkan diri kita untuk menulis di blog setiap hari….
Tetapi kalau dah lama ..tu, cuba-cubakanlah juga untuk kekalkan tulisan di blog setiap hari ..
Apa pun, tip 3 x seminggu tu ..memang amat sesuai untuk dipraktikkan
November 29th, 2009 at 10:33 pm
Saya pun mengikuti blog IK sejak dari 2006 lagi. Cuma pada 27 Jun 2009 saya berkesempatan pergi workshop IK kat Vistana.. Hehehe. Saya pun bermula menulis blog pada tahun 2006 dan kini agak bz untuk update blog. Huhuhu
November 30th, 2009 at 1:13 am
assalamualaikum..
ok jugak tips ni.
November 30th, 2009 at 11:25 am
ooo…baru tahu..ah-ah kan….kena update slalu.
tapi kan IK bukan ade ke satu plug in yg boleh kita setkan bila post kita nak live.
cthnya dalam satu masa kita da ade 3 post yg da siap..dan kita guna plug in tu utk set bila dia akan livekan pada semua..tarikh dan wktu sklai boleh kita set..
ni kalao anda tak de mase.saya da lupa link nak download plug in tu.
tapi boleh tgk dekat free report IM hebat ni.download free report dia dekat www.johnchow.com
thanks DR!
November 30th, 2009 at 11:33 am
ooo… macam tu ke… IK
Kekadang kehilangan idea untuk menulis… Emm… ok. Terima kasih atas tips yang diberi
November 30th, 2009 at 12:13 pm
yup….
saya rajin buka blog abg irfan nie…boleh kata setiap kali buka internet,mesti baca tip 1 minit abg irfan.tapi sejak akhir-akhir ni kecewa gak sebab bila buka blog jer,jarang ada informasi baru dari abg irfan..so kalau leh update ler tiap-tiap hari…
November 30th, 2009 at 1:09 pm
Nak update blog ni tak semestinya panjang - panjang kan?
November 30th, 2009 at 4:34 pm
Kalau diikutkan, memang lebih elok jika sesebuah blog itu diupdate setiap hari. Tetapi masa menjadi punca utama yang menghalangkan kita untuk melakukan perkara sedemikian.
Posting 3 kali sehari merupakan sebuah cadangan yang bernas oleh saudara Irfan Khairi. Sekurang-kurangnya kita dapat menggunakan kelebihan disini untuk mewujudkan “hari” bagi menulis artikel yang terbaru untuk blog.
Ini dapat mewujudkan “awareness” pada para pembaca blog anda untuk meluangkan masa mereka yang tertentu untuk membaca kandungan dalam blog anda.
Salam usahawan, salam kejayaan.
December 1st, 2009 at 10:11 am
saya dah banyak buat cam2 blog tidak konsistent, insyallah yang ini kekal lama kot sebab pelajari dari anda.tq
December 2nd, 2009 at 1:46 pm
4 tahun IK berblogging…4 tahun saya membaca blog IK
December 5th, 2009 at 10:50 am
Masa mula mula berblog memang semangat berkobar kobar, kalau boleh sehari 2 kali nak update blog, bila dah lama momentum semakin menurun dan rasa macam ketandusan idea pulak nak menulis. Kadang kadang apa yang ditulis berkisar tentang perkara yang sama yang ditulis diblog lain hingga menimbulkan rasa bosan pulak.
Tapi 3 kali seminggu tu memang sangat ideal kalau tak hilang pulak pengunjung nanti.
December 21st, 2009 at 10:19 am
saya pernah update blog 3 kali sehari selama seminggu..
sebab saya nak tonjolkan kelainan.
Jika blog motivasi Melayu yang lain diupdate 1 kali sehari, saya update 3 kali sehari.
Go Extra Mile!!
December 24th, 2009 at 2:27 am
Terima kasih Abg Khairi..pertama kali saya melihat blog yang berinformasi ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menulis blog saya.
January 9th, 2010 at 10:18 am
post setiap hari skrg ni hehe
tp lepas ni tak tau la
February 11th, 2011 at 9:01 am
hi sume,hi IK,
saya baru bercadang nak buat blog.tapi saya tertanya2, saya ni kurang ilmu kalau buat blog pun mesti ambik info dr buku2. salah tak? sebab buku tu penulis lain yang punya.bukan apa takut kene saman pasal harta intelek org. tolong bg panduan..
p/s:frust betul tak dpt join webinar mlm tadi. comp and anak2 x mengizinkan