Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

Keratan dari Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

Mengimbau langkah pertamanyamenceburi perniagaan, Irfan Khairi berkata, ia bermula sejak pengajiannya dalam bidang reka bentuk multimedia di Unioverti Staffordshire United Kingdom (UK) dengan berniaga secara kecil-kecilan. Selain itu beliau bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasaraya Kwik Save di UK untuk mengumpul wang bagi membeli buku dan menghadiri bengkel motivasi serta perniagaan di negara itu sepanjang 2 tahun pengajian.

rev_paper_ik.jpg

Jika mahu berniaga, tidak perlu tunggu hingga dapat sarjana pengurusan perniagaan baru hendak mulakan perniagaan, malah semasa pengajian boleh mula kumpul pengalaman dengan berniaga secara kecil-kecilan dikalangan rakan.

Ilmu perniagaan juga tidak kurang pentingnya, sebab itu saya bekerja sebagai tukang cuci selama 2 jam setiap hari dengan upah kira-kira RM7 mengikut kadar pertukaran wang sekitar 1997-1998 bagi membeli buku dan menghadiri bengkel. – katanya

Antara pendedahan yang memberi kesan terhadapnya menerusi pembacaan dan bengkel dihadiri diluar negara, Irfan Khairi berkata adalah prinsip Pereto Rule 80/20 yang berdasarkan strategi 80% hasil dan 20% usaha.

Prinsip itu, katanya, memberi penekanan mengenai jujur terhadap diri sendiri dengan melakukan perkara yang diminati serta pengurusan masa berkesan kerana jika tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu sesorang itu akan meluangkan lebih masa berusaha iaitu 80% dan hanya mendapat 20% hasil….

ps: Sekiranya anda ingin pelajari kaedah bagaimana membawa minat anda menjadi perniagaan di Internet, dan menggunakan tips dan strategi terkini dalam melipatgandakan pendapatan, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet bulan April nanti di KLCC Convention center, Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.  Tempat semakin terhad.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

12 thoughts on “Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

  1. Ya! Memang revolusi. Kita harapkan industri IM di Malaysia berkembang pesat sehingga boleh membantu ramai pihak menjana pendapat seperti mana kebanyak industri kecil dan sederhana.

  2. Salam buat semua pembaca blog 😉

    Melihat segala usaha sejak awal-awal lagi memang Saudara IK seorang yang amat gigih hingga menjadi jutawan pada usia yanga amat muda.

    Saya percaya akan lahir lebih ramai jutawan selepas menghadiri seminar Revolusi Perniagaan Internet !

  3. Betul tu. Sejarah pun telah membuktikan seperti Michael Dell.

    Sekarang pun saya sedang cuba didik anak2 saya yg masih bersekolah supaya menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya.

  4. Tahniah buat IK!

    Disebabkan andalah saya sekarang mula mampu menjana pendapatan daripada internet iaitu blog melalui tunjuk ajar dpd vcd langkah 1-2-3 pada tahun 2006 lepas.

    Alhamdulillah hingga sekrang masih lagi buat duit dengan menjual cendawan dan juga amanah saham.

  5. Pada pendapat saya Revolusi Perniagaan Internet sangat bagus. Macam2 boleh dipelajari.. Seronok, tak sabar dah rasanya nak pergi… Dah ajak Mira tapi dia kata “tak nak”. Camner saya nak buat ni?

    Saya ingin katakan Syabas sifu! Teruskan usaha murni ini!

  6. seperti mereka-mereka yang telah berjaya, saudara IK telah menunjukkan satu lagi contoh di mana setiap apa yang kita lakukan bersungguh-sungguh akan mendapat kejayaan. walau dalam bidang apa sekalipun kita, sekiranya kita berusaha, bertekad dan mencari ilmu untuk beramal, pasti kita akan kecapi kejayaan suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.