Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!

Soalan kali ini merangkumi:

  • Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
  • Menjadikan taska sebagai perniagaan
  • Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
  • Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan

Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan :)


Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) - juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah :)

Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI