Berubah dalam perniagaan ada baiknya, ada buruknya…

Baiknya…

Kita lihat perniagaan-perniagaan besar seperti Malboro, Duracel, Colgate, Energizer, Coca-Cola… dan lain lain. Daripada lebih 50 tahun dulu, perniagaan-perniagaan ini x ubah pun dari konsep asal. Maka, jenama mereka sehingga kini menjadi jenama paling utama di dunia…

Buruknya…

Sesetengah produk, perlu diubah mengikut permintaan pasaran dan juga trend.

  • Kalau dilihat dibarat sebelum ini ada kedai video “Blockbuster” (Menyewa VHS di kedai), tetapi, atas permintaan sudah berkurangan & perniagaan Internet meningkat, maka “Netflix” (Menyewa DVD online) telah berjaya mengambil alih jenama tersebut.
  • Cuba juga kaji berapa kali “Pepsi” mengubah jenama dan logo mereka… tetapi, masih tidak dapat mengatasi Coca-Cola.
  • Bagaimana pula konsep realiti TV popular Malaysia, AF… dari 5-6 tahun dulu sehingga kini banyak perubahan telah berlaku, tetapi, permintaan semakin menurun.

Dalam perniagaan, perubahan adalah sesuatu yang MESTI dilakukan hanya sekiranya PERLU. If it works, don’t change it.

Ada juga usahawan yang tersilap strategi/teknik dalam perniagaan kerana hanya melakukan perubahan perniagaan dengan alasan “to keep it fresh” atau “nanti pelanggan bosan”. Sekiranya ini alasannya, maka, perubahan tidak PERLU.

Ini kerana, dalam membina jenama dan pengikut, sesuatu jenama itu perlu setia pada diri sendiri. Tidak perlu berubah. Seperti jenama-jenama besar di dunia, kita lihat berpuluh-puluh tahun tidak melakukan perubahan.

So, fikir berkali-kali sekiranya anda ingin mengubahkan sesuatu dalam perniagaan anda. Adakah ianya sesuatu yang MESTI?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan berubah - perlu flexible!
  • Up to date & trendy
  • Perniagaan yang berubah
  • Berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan