Wed 28 Apr 2010
Saya minat sangat menonton Discovery channel (Astro 551). Banyak sungguh yang boleh dipelajari. Hari tu, ada satu rancangan ni mengenai haiwan, menyebut satu quote berbunyi…
Survival is not necessarily to the strongest and intelegent, but to the species that can adapt and adjust to changing circumstances
Lebih kurang, maksudnya, untuk sesuatu spesis tu terus hidup, tak semestinya ia paling kuat, hebat dan pandai… tetapi, pada kebolehannya berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang bertukar.
Sebenarnya, istilah ini juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan dan motivasi.

Chameleon adalah haiwan yang boleh mengubahkan warna kulitnya mengikut keadaan
Tak semestinya sesuatu perniagaan tu hebat, besar, dan kuat akan berjaya dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi jatuh, perniagaan sebegini pun boleh jatuh juga. Tetapi, perniagaan yang lebih fleksibel, dan boleh bertukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi, adalah perniagaan yang akan survive!
Tahun lepas banyak perniagaan yang mengalami kegagalan. Namun, banyak juga yang mencapai kejayaan dalam keadaan ekonomi meleset. Apa yang dilakukan oleh perniagaan yang terus berjaya adalah kebolehan mereka adaptasi pada keadaan sekeliling.
Dalam perniagaan, be flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan
![]()
Perniagaan kecil-kecilan mempunyai satu advantage yang hebat, iaitu mudah untuk berubah dan mudah untuk lebih fleksible berbanding perniagaan besar-besaran.
Thanks Discovery channel!
Iklan:
Pada hari Ahad 2hb May 2010 ini, saya akan menjalankan satu seminar *mini* (separuh hari) khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM (tak kira perniagaan apa) yang ingin mempelajari kaedah menambahkan jualan dan prospek melalui Internet. Workshop Mini Lipat Ganda MLM ini akan mendedahkan strategi dan kaedah promosi terbaik bagi perniagaan MLM menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai downline.
Ramai yang menjalankan perniagaan MLM dan menggunakan Internet untuk mendapatkan pelanggan sering mengalami kesukaran. Walaupun dah promosi, dan spend banyak wang untuk promosi online, tetapi, masih tidak mendapat ramai downline. Di manakah masalahnya? Salahnya adalah dari segi strategi dan kaedah perniagaan MLM melalui Internet- terlalu ramai yang menggunakan cara yang salah!
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, tidak kira dari syarikat apa pun, dan ingin menyertai, lawati http://www.rahsiainternet.com/lipatgandamlm untuk keterangan lanjut. Anda juga perlu menyesuaikan diri dan berubah untuk berjaya dalam perniagaan MLM yang makin ramai pesaingan! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


April 28th, 2010 at 10:19 am
wah…sesuai dengan tajuk ni, IK pon nampak nya sudah berubah..
dah join MLM..sebelum ni x pernah lagi kan?
(sori klu saya tersilap)
April 28th, 2010 at 10:43 am
assalamualaikum.saya setuju dengan pendapat IK..kita perlu berubah mengikut keadaan..banyak maksud yang tersirat di sini..contohnya..bagi yang sudah berada di zon selesa,perlu berubah,malah perlu bersedia 5tahun dari sekarang..tidak semestinya apa yang kita usahakan akan kekal sebegini selamanya..maka kita perlu mengikut keadaan terkini dan bersedia untuk berubah bagi masa hadapan..keputusan atau langkah yang diambil hari ini akan menentukan masa hadapan.
April 28th, 2010 at 11:42 am
yup… first time saya mengendalikan MLM adalah Stormreaders menjual buku2 ilmiah & agama. Sebelum memang tak pernah pun.
Tapi workshop mini Ahad ni bukan Stormreaders punya or promote stormreaders. Apa2 perniagaan MLM pun boleh sertai untuk ketahui kaedah sebenar promosi MLM di Internet.
IK pun flexible!
-ik
April 28th, 2010 at 12:00 pm
YES! Sistem perniagaan juga perlu berubah mengikut keadaan semasa. Kalau dulu kaedah MLM jalan seorang tapi kini jalan dlm group.. kalu kita perasan byk syarikat mlm baru tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Betul kan IK?
April 28th, 2010 at 1:07 pm
1 perkara yg amat menarik minat ramai leader2 on developing on MLM..
Apa lagi.. Rebut peluang dan berjumpa PAKAR.. JUTAWAN..
April 28th, 2010 at 4:28 pm
Saya pun setuju. Kita perlu sentiasa berubah. Contoh yang paling ketara adalah teknologi komputer. Pelbagai perisian terkini, gadget dan perkakasan berubah mengikut masa. Sekiranya kita menjual komputer dan kita masih tidak berubah dan menjual barang yang lapuk, tidak mudah kita untuk bertahan dalam perniagaan.
April 28th, 2010 at 9:51 pm
Saya memang berminat nak join Seminar ni tapi kalau ada kat kawasan utara ni bagus jugak. Sekali sekala tu, datanglah pulak jenguk kami kat utara ni.
April 28th, 2010 at 11:20 pm
Tapi bila berubah2 risau gak nanti orang tanya bisnes yang dulu tak laku dah ke?hehehe..
Hakikatnya, hanya mereka yang menceburi dlm bidang keusahawanan jer yang tahu kenapa perlu perubahan atau transformasi.
Ibarat air dlm mangkuk, klu air tu tak bertukar lama2 ia akan busuk dan tak boleh guna…
April 29th, 2010 at 10:57 am
Saya setuju, kalau nak berjaya dan survive kena berubah dan berani berubah… tapi ada juga orang yang jenis tak nak berubah…ok jer, asalkan jgn complaint…:)
April 29th, 2010 at 11:20 am
Harap buat kat JB dlm mase terdekat ni…
April 29th, 2010 at 12:18 pm
Strategi Perniagaan akan berubah mengikut situasi dan keadaan semasa….
Emm…. betul juga kata IK ni… Sebelum ini saya mengandaikan strategi perniagaan akan sama sahaja buat selama-lama.
TQ IK
April 29th, 2010 at 1:19 pm
nak jemput IK lagi ke sarawak…sharing suntikan antibodi kepada usahawan kat sini…nanti saya tanya PA IK tarikh yang sesuai, nak promote dulu tengok pasaran….;)
April 29th, 2010 at 1:42 pm
jom kita jayakan MLM…
April 29th, 2010 at 3:12 pm
Salam,
Berubah bagi usahawan kecil pada pendapat saya ialah memperkenalkan lebih banyak inovasi sama ada dari segi produk dan servis yang ditawarkan mahupun pengurusan. Peka dengan perubahan dan perlu ada persediaan dari awal.
April 29th, 2010 at 6:30 pm
zon selesa oh zon selesa…
April 29th, 2010 at 8:33 pm
Salam tuan irfan, bagus untuk berubah terutamanya perubahan kepada sesuatu yang lebih baik.. tidak kira dalam bisnes atau pun perubhana dalam diri sekali pun betul tak? hehehe
May 1st, 2010 at 2:00 am
Salam…salam…
Berubah je tau…bukan berubah-rubah
Kejap nak bisnes tu, kejap nak bisnes ni.
Kejap tanak buat tu, kejap tanak buat ni.
Bila nak jadi jutawan muda kalo camni, ye tak?
May 1st, 2010 at 7:23 pm
yup fleksibel dalam perniagaan penting bagi memastikan kita sentiasa berada di jalan yang betul…jangan duduk statik je..kena sentiasa adaptasi dengan keadaan sekeliling…tips menarik dari IK
May 1st, 2010 at 10:16 pm
Ada kalanya kita perlu stick dengan apa yang perlu dibuat dan komited meneruskan perjuangan. Dan ada kalanya kita harus berubah. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama - berjaya dalam bidang di ceburi. Masalahnya, bagaimana nak decide samada teruskan jua atau harus berubah? Inilah dilemma yang sering dihadapi.. Harap IK boleh berkongsi pendapat dalam hal ini.
TQ
May 2nd, 2010 at 1:58 am
Berubah dan fleksible…mengikut kesesuaian dan keperluan…
Bukannya sentiasa berubah-ubah …tanpa matlamat yang jelas…
May 2nd, 2010 at 2:05 pm
ala..terlewat baca post ni.. IK takde ke plan nak buat seminar ni skali lagi? dan kalau boleh, di utara pulak? rugi betul la..
May 2nd, 2010 at 5:31 pm
..(^_^)v..
“Berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan”
Erm..kalau nak adapt dalam pekerjaan, boleh ke??
*wondering*
P/s:
Setuju Ngan semua komen2 acik2 kiter kat atas..(”,)
May 2nd, 2010 at 7:27 pm
alamakkkkk…. dah terlpas peluang keemas.. aduh.. ik.. bila nak bt krusus macm ni lagi…? rugi betul lah.. ni bru dapt tau…
May 3rd, 2010 at 8:17 am
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik khususnya pada petikan ini,
“Dalam perniagaan, be flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan ”
“Salam ceriaf & Inspirasi”
“Pray hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
May 3rd, 2010 at 12:15 pm
ok ,info menarik.
May 5th, 2010 at 1:31 am
Assalamualaikum IK,
Dulu saya pun kurang meminati MLM, banyak fokus pada penjualan produk lain. Tetapi, selepas selami balik apa salahnya kita berubah sedikit perniagaan kita jika ia boleh mendatang keuntungan dimasa hadapan…
Shamsul
www.rahsiastormreaders.com
www.mentorjutawanebook.com
May 5th, 2010 at 10:52 am
TQ IK… banyak ilmu n tips yg saya dapat dr Seminar ini. Semuga IK terus success.. sama2 kita success