Anda pernah dengar tak nama penyanyi Mika? Yang menyanyikan lagu popular “Grace Kelly”? Mika juga menyanyikan lagu tema bagi channel Star World di astro. Mika ni, agak unik cara nyanyiannya oleh kerana sering menyanyikan melodi tanpa lirik dengan suaranya. (kalau tak kenal pun takpe… )

Beberapa hari lepas, saya mengikuti satu temubual yang agak menarik. Peminat channel E lah katakan! :)  Mika mengatakan bahawa…

I don’t know how to play many music instruments. So, I have to compensate my weakness with my voice.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa penyanyi tersebut mengakui kelemahannya dan mengubahkan kelemahan tersebut sebagai satu kekuatan.

Adakah anda mempunyai kelemahan? Akui kelemahan tersebut tetapi, ubahkannya menjadi kekuatan. Contoh…

Contoh:

  • Sekiranya anda adalah perniagaan baru & muda, ia merupakan kelemahan oleh kerana orang ramai akan melihat anda tidak berpengalaman. Oleh itu, anda perlu ubahkan kelemahan tersebut dengan mengetengahkan bahawa, perniagaan yang baru dan muda adalah lebih dinamik dan lebih terkini! (kekuatan)
  • Begitu juga sekiranya perniagaan anda sudah lama, orang mungkin menganggap anda sudah lapuk (kelemahan). Oleh itu, anda perlu ketengahkan anda adalah perniagaan yang berpengalaman bertahun-tahun lamanya! (kekuatan)

Jangan jadikan kelemahan anda atau perniagaan anda sebagai alasan. Ubahkannya menjadi kekuatan dengan hanya mengubahkan perkataan dan cara anda mengetengahkan kelemahan & kekuatan anda sahaja :)  

ps: Rakaman Radio 24 saya belum sedia lagi… as soon as possible, bila siap, saya akan masukkan di sini ok… :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!
  • Mencari kelemahan pesaing dan ciptakan kelainan? Tidak!
  • Apakah 5 kekuatan anda?
  • Dua petua apabila berunding