Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaan

Dalam mencari pekerja untuk perniagaan anda, anda tak tahu apa yang anda akan dapat. Bak kata Forrest Gump: “Life is like a box of chocolate. You’ll never know what you’re gonna get”. Samalah dengan mencari pekerja mengendalikan perniagan anda.

Bila menemubual, ada yang datang berpakaian smart habis, segak, berkeyakinan bila bercakap, tetapi, bila sudah menjadi pekerja later on kita find out dia tidak boleh diharap. Ada juga yang datang untuk temubual, datang selekeh, tak pandai bercakap, gaya tidak berkeyakinan… tetapi, later on kita dapati dia seorang yang pintar untuk perniagaan!

Just think about it. Dalam temubual, pastinya semua orang sudah bersedia untuk memberi tanggapan pertama yang menarik dan terbaik. Sama ada dia seorang yang jujur, atau pun tidak. Pastinya ia tidak dapat dilihat ketika temubual. Mempunyai pekerja boleh menjadi satu risiko untuk sesuatu perniagaan.

Jadi perlu buat apa?

Nasihat terbaik saya dapati dari Donald Trump. Katanya:

Hire the best people, and don’t trust them! (Buku Think Big, ms 154)

Donald Trump menceritakan pengalaman dirinya dan juga kenalan ahli perniagaannya yang melakukan kesilapan mendapatkan peguam terbaik, accountant terbaik, pekerja terbaik dan mempercayai mereka. Apa yang terjadi adalah, mereka menikam dari belakang.

So, next time anda mencari pekerja… ataupun dengan pekerja anda yang sedia ada, pastikan anda tahu segala-galanya yang dilakukan terutamanya yang melibatkan wang. Kerana “You’ll never know what you’re gonna get”! πŸ™‚

ps: Siapa ada pengalaman (sendiri/keluarga/kenalan) mengenai pekerja yang tak jujur, apa kata kongsikan pengalaman tersebut di sini. Supaya kita semua sedia maklum perkara-perkara sebegini boleh terjadi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

36 thoughts on “Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaan

  1. Dulu saya ada mengikuti satu ceramah singkat mengenai rahsia bisnes orang cina yg mana orang yang sampaikan tu ada buat kajian pasal rahsia bisnes orang cina. Orang ni dia membesar di kalangan orang cina lah.

    Salah satu petua yang dia kongsi adalah, rahsia2 orang cina dulu (tak pasti skrg) dalam buat bisnes adalah jangan percayakan sesiapa pun termasuk orang paling dekat dengan kita (isteri, suami, keluarga). Ini kerana hati manusia kita tak tahu dan tak dapat dibaca. Kelak akhirnya tikam kita dari belakang tanpa diduga..

    Cara ni (jangan percaya sesiapa pun) nampak ‘melampau’, tapi bila difikirkan baik-baik, apa yang kita dapat maksudkan adalah cukuplah kita berikan AMANAH dan jangan berikan kepercayaan serta harapan 100%. Hidup kita sesama manusia saling bersyarat satu sama lain dan perlu saling menghormati hak masing2.

    Inilah hakikat kehidupan. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

    Wallahu ‘alam.

  2. Ha… patut pun orang mcam tu di berhentikan sebelum kita betul-betul mati kena tikam dari belakang.. saya sendiri pun telah mengalaminya. saya ada seorang saudara yang hidup miskin n tiada perkerjaan.. keluarga saya bela di mcam anak sendiri, berikan dia perkerjaan, tempat tinggal.. sampai kami dia kawin pun secara percuma ye.. segalanya kami yang tanggung… Tapi ape yang dia balas pada kami, di memburuk kan kami sekeluarga pada orang luar n banyak aib kami di ceritakan sedang kan itu tidak benar belaka… segala masalah yang dia buat, semua orang akan cari kami. sedangkan kami tak tahu apa-apa. kami betul menyesal bela orang mcam tu.. bak kata perpatah bunya yang kita beri, batu pulak yang di balingkan pada kita.. sekarang kami benar-benar dah putuskan hubungan dengan dia. memang betul musuh yang paling bahaya sekali adalah orang yang paling kita percaya sekali..
    ha.. ini lah salah satu pengalaman saya.. bagaimana pula rakan-rakan yang lain..

    http://www.buatlamanweb.com

  3. Salam Semua,

    Nak kongsi pengalaman pahit-manis lah…
    Dulu akak ada kedai dan beri kerja kepada seorang kenalan yang rapat. Mulanya semua berjalan lancar jadi akak berilah 100% kepercayan untuk beliau jaga kedai dan layan pelanggan. Akak lebih buat kerja pentadbiran. Tapi beberapa bulan kemudian rasa macam ada yang tak kena. Dia kelihatan resah bila akak ada dalam kedai lama2. Rupa2nya dia buat kerja dibelakang, ambil upah dari pelanggan kedai dan jahit dirumah. E.g. kalau biasanya dikedai kita ambil upah $60~70 jahit baju, dia charge $40~50 saja. Tak beretika kan, jadi akak berhentikan dengan baik.

    Sekarang dah taknak berniaga retail lagi, lebih baik fokus pada perniagaan online. Puas hati buat sendiri dan tak perlu harapkan orang sangat. Kalau nak bantuan pun, itÒ€ℒs on per service basis dan dengan concept hire only those that I can fire. Jadi takde emotional ties (tak hilang sahabat atau saudara). Juga hands-on dan direct contact dengan client jadi kalau pekerja buat perangai pun, pelanggan masih tetap sokong kita πŸ™‚

  4. Masa mula2 masuk syarikat tempat saya bekerja dulu ada ramai kawan saya yang dari syarikat lama masuk syarikat sekarang. Masa tu syarikat sekarang beli bisnes syarikat yang lama tu, bila dah dekat 7 ke 8 bulan tu, beberapa orang dari syarikat sekarang melompat ke syarikat bos lama saya(baru buka syarikat bisnes yang sama). Masalah timbul apabila terdapat beberapa orang yang berpindah tu membawa masuk sama kerja2 dari syarikat sekarang. Semenjak hari tu, kami semua kat sini macam jadi “kambing hitam” pulak bila diaorang macam tak dapat terima bahawa hanya sebahagian sahaja yang buat ‘benda tu’. So, Kalau nak beri kepercayaan tu boleh tapi jangan jadi semacam ini. Yang niaya nanti pekerja tak bersalah.

  5. Salam.
    Bagi pendapat saya kejujuran adalah di dlam diri kita sendiri. Setiap solat berdoa semoga Allah memelihara hati kita dari terpedaya dengan segala tipu dya syaitan.
    Sama juga lah keikhlaan hati kita hanya Allah yang boleh menilai baik dan buruknya.
    Anyway, akar umbinya adalah penerapan nilai-nilai Islam sejah kecil lagi. Sekian.

  6. Setuju dengan sherry,dan buat mereka yang menipu itu,ingatlah lambat-laun akan mendapat balasannya πŸ™‚

  7. Salam Irfan,

    Saya pun tak tahu apa nak dikata. Saya sendiri pun takut untuk mengambil pekerja…tapi kalau tak ambil, macam mana perniagaan nak maju.

    Adalah susah kalau kita sentiasa tak percayakan orang. Kita tidak boleh maju kalau tak percaya orang lain.

    Saya rasa mungkin kita boleh berikan kepercayaan …tetapi perlu sentiasa berwaspada dan menilai kejujuran pekerja kita menerusi beberapa cara yang tidak ketara.

    Posting Irfan ini membuatkan saya terfikir betul-betul tentang cara mengambil pekerja.

  8. Nampaknya IK masih dalam meluahkan perasaan..Takpe IK, It’s ok..memang patut diluahkan coz benda yang disimpan lama2 dalam hati kelak akan menjadi barah yang memakan diri sendiri.. memang pilu, sedih bila orang yang kita percaya menganiayai kita..Tetapi.. Hikmahnya, IK patut bersyukur kerna Allah Masih sayangkan u n Dia datangkan dugaan untuk u,dan Sesungguhnya Doa orang yang teraniaya dimakbulkan dan dipercepatkan, tetapi kita kena Redha atas penganiayaan itu dan tidak boleh marah kepadanya..
    Doanya..”HASBUNALLAH WA NI’ MAL WAKIL, WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ‘ALIYYUL ‘AZIM..
    (Smbil baca doa ini,Doa didlm hati apa saja yang diingini asalkan tidak meminta yang buruk berlaku kepada orang yang menganiayai kita itu.) InsyaAllah akan dimakbulkan, spt yg saya amalkan, memang Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..

    Sekadar untuk renungan dan bukan bertujuan mengaibkan orang.. memang tidak dinafikan apa yang berlaku pada mak saya, perniagaannya hancur kerana terlalu mempercayai orang harapannya..

    Semoga mjadi Iktibar kepada Semua..

    http://www.aida6907.blogspot.com

  9. salam sejahtera semua,

    “YouÒ€ℒll never know what youÒ€ℒre gonna getÒ€. bagi pihak majikan kita tak dapat tahu pekerja yang bagaimana yang kita akan dapat, adakah boleh dipercayai sepenuhnya atau pun tidak. kepercayaan tidak boleh diberi sepenuhnya kepada pekerja kerana majikan betul2 mengambil berat tentang perjalanan peniagaannya. jadi majikan akan tahu perjalanan dan apa yang sedang berlaku didalam syarikat. betul2 tahu?

    bagi pihak pekerja pula,kita tak dapat tahu majikan yang bagaimana yang kita akan dapat, adakah boleh dipercayai sepenuhnya atau pun tidak. perkara sebegini berlaku kerana majikan berpeluang meletakkan kesalahannya kepada pekerja. majikan sendiri kadang2 tu ‘cakap tak serupa bikin’. hari ini ‘berbincang gila2’ tentang perancangan syarikat, tulis ‘minutes berbagai’ esok lusa lansung tak ikut. alasan…’i’m the boss”.
    bila cerita pasal perniagaan, tak boleh menipu, tak boleh itu, tak boleh ini. tiba masanya, depan pekerja jugak dia buat yang tak boleh tu. pekerja terpaksa akur dengan majikan sebab susah nak dapat kerja lain. tak dapat dikesan tak pe, tapi bila kesalahan tu dapat dikesan oleh orang lain
    pekerja juga yang disalahkan, termasuklah sumpah seranah dan jadilah pekerja yang tak jujur.apa ke hal?

    sekurang2nya berilah tujuk ajar yang baik dan bermutu sebab pekerja masih perlukan bimbingan dari majikan. kalau tak pekerja tu dah lama jadi majikan. kan?

    masih belajar
    terima kasih, IK

  10. saya banyak kali keje sambilan.Kebiasaannya kerja sambilan yang berkaitan dengan industri automotive.Pernah sekali saya bekerja kat kedai spare part kereta.So sebagai seorang laki memang heavenlah.

    Rakan sekerja yang dah lame keje nampak masyuk jer.Selidik punye selidik rupanya ada wat ‘keje haram’.

    Malas nak campur lebih-lebih.Nanti jadi gaduh plak.Tapi tokey kedai tu pun kuat tipu pelanggan.Yang terang-terang nampak ambik kesempatan pada pelanggan.So,rasa macam life circle.Bila kita suka tipu orang,lambat laun orang plak tipu kite.:)

  11. Kalau nak dptkan perkerja terbaik carilah pekerja yg menjaga solat 5 waktunya, berakhlak dan sentiasa menjaga amanah bos dan syarikatnya. Pendek kata carilah orang yang taat pada perintah Allah swt.

  12. saya juga pernah ditipu beberapa kali oleh pekerja sendiri walaupun lelaki atau perempuan yang mempunyai perwatakan baik dan bersembahyang bila tiba masanya. rasanya x kira apa juga bentuk peribadinya, bila sentuh bab amanah dan jujur memerlukan insiden2 dari masa ke semasa untuk menentukan tahap keihklasan mereka. bagaimanapun, jika kita dapat memperbaiki evolusi sistem pentadbiran yang berkaitan dengan jujur dan amanah dalam mengendalikan syarikat selepas berlakunya setiap satu insiden yang buruk akan kes pecah amanah oleh pekerja, kita dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya dan begitulah seterusnya sehinggalah sistem itu sendiri akan lebih kuat dan lebih arif dari setiap sudut agar pekerja baru atau lama sukar untuk melakukan pecah amanah.

    begitulah pendapat saya akan hal ini : m.s.k

  13. Mengambil pekerja ni tak boleh pandang luarannya sahaja. Kadang-kadang penampilannya bagus tetapi dari segi kerja sebaliknya pula. tetapi tak semua begitu. cuma berhati-hati sebelum terkena

  14. so dlm kes ni, dua2 belah pihak ( majikan n pekerja) kne saling percaya satu sme lain..sme2 majukan syarikat..sme2 cari mkn..tp dunia skrg, mmg ssh nk dpt pihak yg sme2 jujur..samaada majikan yg xjujur atau pekerja yg xjujur..pening2

  15. Perkara cmni sama gak dengan cnthnya seperti bila kita dapat isteri yang tercantik belom tentu menjamin kebahagian, tetapi isteri yang kuat agama dan baik apabila kebahagian akan kekal abadi…..Ya…cari pekerja yang baik akhlknya

  16. Hm Sebut pasal pengalaman terkena atau ditipu ni plak , saya pun terasa nak kongsi juga le.
    Kisahnya begini ……
    Saya dan abang saya(abang kandung) mendapat 1 projek dari kerajaan.Kami mula2 berbincang bertindak dalam 1 kumpulan supaya itu team work kuat.Pendek cerita gitu gini , untung bersih hasil projek itu adalah dalam rm 5k (Cukuple sebab projek tu pun dalam 2 hari siap dah).Waktu pembahagian wang itu terjadilah 1 benda yang susah sikit saya nak lupakan.Bahagian saya dari RM 5k itu , cuma RM 700 . Hebat tak ? . ingatkan adalah dalam RM 2500.Apabila saya bertanya dalam gurauan .
    ” Kenapa Pendapatan saya kecil ? ” saya tanya. ” Nak lebih ? Cari sendiri ” jawapnya.(Sedangkan 80% saya yang siapkan projek itu )Perkataan itu selalu bermain difikiran saya sehingga kini.Tak sangka adik beradik pun leh jadi cam ni . Tapi apa boleh buat.Redha je la . Hidup mesti diteruskan.Saya Maafkan kesalahannya.Moga dia sedar 1 hari nanti.Amin

  17. Salam,

    Mengikut pendapat IK, saya pun bersependapat dengan apa yang telah dibincangkan. Kebanyakan majikan yang ingin mengambil pekerja lebih mementingkan first impression dan communication skill yang pada hakikatnya “hanya tarikan luaran” yang tidak pasti peribadi/performance sebenar seseorang atau mungkin hanya lakonan semata-mata. Kebanyakan individu2 di luar sana yang saya kenal hanya pandai berkata-kata tapi untuk melaksanakannya cukup lemah. Kebanyakan mereka semata-mata hanya “Words speak louder than action”, bukannya “Actions speak louder than words” !! (org kita byk yg jenis begini)

    Tetapi inilah dunia kita. Culture dah termaktub dan sesiapa yang ingin mengambil inisiatif utk merubah pasti akan ditentang habis-habisan dan dipinggirkan. Macam mana org kita ingin maju kalau selalu tidak mendapat support dari golongan yang inginkan perubahan dan kemajuan!

    Mohon maaf jika terkasar bahasa ya πŸ˜‰

  18. Assalammualaikum dan salam ceria…

    Ini pengalaman firadila lah sebagai pekerja yang bekerja di syarikat lama dahulu..Bos tempat firadila bekerja ni tak suka pekerja yang jujur..maksudnya biasalah sebagai pekerja yang jujur mesti perkara negatif yang disampaikan mestilah kurang enak tetapi itu adalah yang terbaik untuk memperbaiki syarikat tetapi bos firadila ini akan membuang pekerja yang bersikap begitu..pelik kan..selidik punya selidik rupanya bos firadila ni memang perangainya suka putar belit dan menyalahkan orang tanpa selidik dahulu..patutlah tak suka pekerja yang macam tu….mungkin dia rasa rimas bila dapat pekerja yang jujur kot…pelik..pelik..

    Senyum dan ceria selalu…
    firadila
    http://firadilamotivasi.blogspot.com

    P/S : Biasanya mereka yang kurang pentingkan penampilan adalah seorang yang kretif dan bijak dalam membuat kerja…cekap dan pantas…

  19. Salam,

    Pada pendapat saya dalam apa jua keadaan sekali pun adalah kurang tepat sekiranya kita menerima seseorang itu dengan memberi kepercayaan 100%.

    Bukan dari segi kepercayaan sahaja malah dalam segala aspek seperti perasaan suka, sayang, benci dan sebagainya. Ini adalah kerana kadang-kala individu itu mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling tanpa disedari.

    Kalau kearah yang positif tidak mengapa jika sebaliknya berlaku itu yang mengundang masalah dan membuat kita marah kerana tanggapan kita yang terlalu mempercayai.

  20. fahmi nak kongsikan yang masalah pekerja tak jujur sebenarnya kita boleh detect melalui tarikh lahir…. ilmu ni fahmi dapat melalui workshop rahsia tarikh lahir azizan osman… dan alhamdullilah….

    fahmi boleh plan dan mengelak kemungkinan-kemungkinan berlakunya ketidak jujuran dalam organisasi fahmi. dan fahmi juga boleh elak sekirannya ada yg berpotensi untuk menggelapkan wang syarikat… πŸ™‚

    dan fahmi juga bekas peserta workshop IK…. heheheh … heheehe …ok tq… πŸ™‚

  21. Cerita saya lebih kurang begini….saya punya abang ipar mempunyai syarikat yang menyediakan perkhidmatan ICT dan sentiasa mendapat tender.Saya bertindak sebagai tenaga pengajar untuk pekerja2nya.Apa yang berlaku setelah kita mencurahkan segala ilmu dan kemahiran kepada mereka las2 mereka berhenti kerja dan buat kerja sendiri lepas tu ambil pelangan kita pula.Itulah yang terjadi kepada kami.Tapi tak apa sabar mungkin ada hikmah disebaliknya.

  22. Salam bro IK n all friend…

    Wah!!! Semua ada cerita tersendirikan.. πŸ˜€

    PAda saya, selagi kita takut utk mengambil pekerja, selagi itu peluang itu tertutp utk kita dan mereka yg ingin bekerja.. πŸ™‚

    Apa pun, seperti kata Donald Trump!! ” Don’t Trust your Them” Ini merupakan pembelajaran buat diriku dan semua kwn2 dan pengunjung setia blog IK.

    Pengajaran dari Mak saya sendiri..
    “Percaya boleh…. Harap Tak…”
    Kata-kata mak kepada anaknya.. OH…. πŸ˜›

  23. Bro irfan,

    No one knows the tiger talking about accept…. tiger it self!

    So, bro no one knows how you feeling , only the people that have number 7 like you and of course me! (read Membina Personaliti Cemerlang – Dr Tuah Iskandar) .

    Our life road and path and nasib is almost same even you are older to me, just talk to me bro .

  24. wah2..nampak hot betul untuk topik ni ye!

    Economy down, pekerja ramai kena buang, pekerja diberhentikan.

    Senang cerita mcm ni je, tak salah jika mempunyai pekerja namun kita perlu memerhatikan dan menilai prestasi mereka. jika ada yang tak kena tanya dengan lebih baik dan jika sudah lebih teruk beritahu mereka secara profesional dan mereka diberhentikan kerja. Sebagai owner syarikat kenalah profesional, betul tak?

    Dalam subjek business organisation sy pelajari, tanpa pekerja untuk syarikat sukar untuk kita handle semua kerja, lagi2 jika memerlukan pekerja yang ramai dan syarikat yang dimiliki pun besar. Sesebuah organisasi itu memiliki ciri-ciri pekerja2 dari segi pengalaman mereka, skill mereka, pengurus atasan, pengurus bawahan, pengurus pertengahan. So disini kita nampak apakah pentingnya pekerja untuk perniagaan ataupu syarikat.

    Pengajaran yang dapat kita ambil bukan mudah untuk memberhentikan pekerja namun jika sudah lebih teruk !why not!

    Tanpa pekerja siapalah kita, tanpa bos tiadalah pekerja.

    Apa yang pentingnya disini adalah matlamat organisasi untuk mencapai visi dan misi dalam jangka masa yang diinginkan dan ditetapkan.

  25. Banyak cerita pasal tak amanah ni.

    Kisah 1
    Kisah tuan kantin yang percaya kepada pekerja dia. Mula-mula OK, tapi bila dah percaya sangat sampaikan biarkan pekerja jaga duit, mula la duit hilang sikit demi sikit. Yang tak tahannya, lepas tu, bila tuan kantin sendiri yang jaga duit, siap pekerja tu boleh mintak nak jaga… Isy, isy, isy…

    Kisah 2
    Seorang guru ada kedai spare part yang sangat maju. Untuk besarkan perniagaan, dia amanahkan bapa saudaranya untuk buka satu cawangan. Akhirnya, bapa saudaranya cabut lari dengan duit modal. Itu bapa saudara. Keluarga dekat. Orang macam ni tak pelik pun suatu masa nanti akan muncul tiba-tiba dengan muka tak bersalah.

    Kisah 3
    Seorang remaja yang gagal dalam SPM dibantu bapa saudaranya untuk buka kedai dan diberi modal. Budak tu buat hal hingga kedai itu terpaksa ditutup. Belajar tak ke mana, bagi peluang buka kedai pun tak ke mana.

    Kerana duit…

  26. kadang2 pekerja yg baikpun majikan tk nampak…hanya menilai kesalahan sahaja…ntahlah…

    tu la…kalo solat cukup…taulah beza antara dosa dan pahala

  27. “Bagi saya bila nak cari pekerja ni perlu tahu adakah dia menjaga solatnya.
    Tuje
    Klo Solat di tunggang langgangkanya.
    Maka kerja pun TUNGGANG Langganglah.”

    @syafiq, kalo dah majikan pun tak jaga solatnya apa boleh buat. huhuhu
    cakap bab agama, org lain tak boleh ‘celen’ tapi bila time nak buat, pekerja sendiri pun tak boleh nak buat contoh. cakap tak serupa bikin?

    bye

  28. Pakcik nak kongsi pengalaman pakcik sendiri. Bukannya pengalaman ditipu pekerja tapi diri pakcik sendiri sebagai pekerja yang tak amanah.

    Pakcik dulu kerja dgn syarikat service mesin tiket. Bila dah lama kerja pakcik menjadi pakar dlm bab2 service tersebut termasuklah bab2 nak menipu.
    Hasil jual tiket haram tu pakcik mewah. Tapi duit panas ni sebenarnya tak kekal lama.
    Syarikat berjaya menghidu kegiatan pakcik dan seterusnya pakcik dibuang kerja. Nasib baik kes pakcik tidak dilaporkan pada polis iyalah syarikat pun nak jaga reputasi mereka.

    Allah maha kaya. Pakcik diberi peluang untuk bekerja lagi tapi kali ni sektor kerajaan.

    Pakcik bertekad taknak dah buat kerja2 haram lagi. Pakcik insaf dan pakcik akan buat yang terbaik dan jujur dalam menjalankan amanah yang diberikan.

    Sekian wasalam

  29. Wahhhh…banyaknya cerita. Saya jer kut yg belum ada apa-apa pengalaman besar lagi kut.
    Tapi part yg BUyer tu citer tu, ada sipi2 kena la. Mungkin dah adat kut yg Tukang Cari Projek akan dpt banyak percentage. Yg Tukang Buat yg jenuh siapkan bende tu yg dapat ciput.

    Itu la namanya Bisnes Melayu, Bisnes Ali Baba πŸ˜€

  30. Pasal yang solat tadi tu saya pun x paham kenapa ada orang ckp mcm tu. Yang pasal majikan tu, tu lain cerita. Maslhnya sekarang, kita sebagai Majikan perlulah SOLAT. Klo x solat kiranya x layak berposting2 kt cni sbb Irfan Khairi ni baik orangnya. Saya taw. Tol x?
    hehe…
    lgi 1 jgn amik sgt org muda klo co.masih baru n less xprien coz saya pun penah caw mase keje dulu.haha
    πŸ™‚ πŸ™‚

  31. pernah bekerja dengan company yang gila duit dan gila jawatan. alhamdulillah hr baik ngan staff..mang tu yang penting bagi saya even ade yang xsuka hr..penting actually. kerja based on KPI and SOP tu bagus.but top manager xtunjukka attitude tu. lebih kepada ‘order’ daripada tunjukkan leadership style. intergrity. kita da jujur bekerja, management xpandang pn..pndang yang pandai bercakap, muka handsome and lebih mementingkan gaji daripada hasil kerja. last2, orang tu yang backstabbed branch and company. kerja main2 xde pulak tegur..xontime.trauma jugakla even da quit dari kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.