Bila orang mengambil kesempatan atas anda

Sekiranya anda seorang yang baik hati, dan lemah lembut, dan suka kesian kan orang… sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab akan take advantage of you. That’s a fact.

Donald Trump pernah menulis

In business, don’t trust anyone! -Donald J Trump

Walaupun saya jarang menulis perkara negatif di Blog, sebab I’m a positive person, tetapi, kali ini tergerak juga saya nak beri pesanan mengenai perkara ini.

Why? Sebab baru-baru ini ianya terjadi kepada saya juga.

If you are nice, *some* people will take advantage of you

Tak semua akan take advantage, tetapi, beberapa orang akan. Bagi saya juga, ianya bukan kali pertama. Beberapa kali juga orang mengambil kesempatan keatas diri saya. Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita menganggap “kawan”. Dan setiap kali kita akan rasa down, frustrated, marah pun ada.

So, apakah penyelesaiannya? Adakah kita berhenti jadi baik, dan terus jadi seorang yang kasar, berfikir negatif, dan sombong? Just be a “not so nice” person?

TIDAK!

Itu bukan jawapan dan penyelesaiannya.

Jawapannya adalah bersabar dan redha atas apa yang terjadi. Saya yakin Allah SWT sayang sangat-sangat-sangat-sangat pada hambanya yang bersabar dan redha.

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! 🙂

Tetapi, sekiranya anda tak bersabar… tak redha… menjadi marah… dan sebagainya dan nafsu syaitan mula memenuhi diri, di situlah akan terjadi keadaan dimana lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.

So, my advise for today- always-always-always be nice, tak kira segelintir yang take advantage of you. Pulangan yang lebih lumayan pasti akan diberi oleh Allah! 😉

Peace! :>

ps: Atas kesabaran dan keredhaan perkara2 begini terjadi pada saya hari ni Allah swt membuka pintu rezeki saya dengan memberi peluang saya dengan segmen baru “Bersama irfan Khairi” setiap minggu di WW, Astro Awani pagi ini dan juga slot mingguan baru saya di “Yo!” di Radio24 tengah hari nanti 🙂 So ingat ya! Banyak2 bersabar dan redha… pastinya pulangan akan diberikan kepada anda berlipat-lipat kali ganda! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

43 thoughts on “Bila orang mengambil kesempatan atas anda

  1. Assalamulaikum IK..

    Saya amat bersetuju dengan entry IK ni. Saya rasakan bila kita jauh ke hadapan, makin kita tidak dapat lari daripada perkara ni.. Sabar dan lupakan apa yang dah berlaku.Insyaallah ganjaran akan menyusul..

  2. Salam Semua,

    Perkara yang sama terjadi pada akak beberapa tahun dulu. I was very upset then bila orang yang mengaku saudara (padahal takde pun ikatan kekeluargaan) ambil kesempatan.

    Tapi pasal mudah kesian dan tak sampai hati tengok orang susah, payah nak ubah sifat2 ni. Jadi apa yang akak buat sekarang ialah still be myself tapi lebih berhati2. Tetap baik dengan semua, cuma kalau nak tolong pun tak sampai susahkan diri sendiri lah. Kalau nak get involved pun, agak2 masih ada safe-distance 🙂

  3. Assalamualaikum

    IK terima kasih banyak atas peringatan nie.. memang saya tengah mengalaminya sekarang.. mula-mula atas niat nak tolong kawan sesama kami.. makin lama nampak dia lebih mementingkan diri sendiri plak.. mungkin tanpa dia sedari dia sedang menggunakan saya untuk menaikkan dirinya.. kalau cerita kat husband musti husband soh putus kawan. so kena pujuk diri sendiri supaya bersabar.. hari nie Allah ketemukan saya dengan artikel nie untuk remind saya.. saya yakin Allah Maha Adil akan membalas setiap butiran kebajikan yang kita lakukan.. amiinnn

  4. Bila membaca post ini, teringat saya pada satu ayat quran,

    “..Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan MENAMBAH (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih” (Surah Ibrahim, ayat 7)

    Congrats IK!..nice story 🙂

  5. Assalamualaikum wbt,

    Dear Sir Irfan Khairi,

    Thanks a lot Sir for sharing this info, may God bless your adorable family.

    Congratulation 🙂

  6. Dalam Al-Qur’an, begitu banyak dinyatakan orang-orang yang bersabar akan mendapat banyak manfaat, kebaikan dan kejayaan.

    Malah dalam satu hadith, Rasulullah SAW berulang kali menyatakan, jangan marah, jangan marah. Sesungguhnya marah itu adalah salah satu pintu untuk syaitan menguasai diri kita.

    Tahniah buat IK. Semoga terus berjaya.

    p/s: Tapi marah jika terpaksa dan kena pada keadaan, berguna juga. Tapi marah yang terkawal lah. 😀

  7. Saya percaya dengan hukum alam iaitu apa yang kita beri, itu yang kita dapat. Jika kita berprasangka baik dengan orang maka balasan yang baik juga kita akan dapat akhirnya.

    Jika kita nak senyum, berikan dulu senyuman kepada orang lain. Jika kita nak dapat penumbuk kat mulut, cubalah tumbuk mulut orang, gerenti dapat punya. Yang penting fikirkan perkara positif sentiasa. Cayalah!

  8. Thank you for this post IK

    A good reminder that will stick with me for a very long time (hopefully forever)

    All the best to you as always 🙂

  9. Peringatan yang sangat berguna kepada mereka yang tengah marah kerana sedang mengalaminya… harap-harap peringatan ini akan membuatkan mereka merasa senang atau tenang. Kerana kerugian yang di alami pasti akan ganti dengan yang lebih baik lagi.Buat masa ini saya belum lagi mengalaminya sejak membuat perniagaan internet ini.. ini mungkin sebab saya bagi prodak saya percuma kot.. 🙂 jadi rezeki saya bertambah murah sangat sejak tahun baru ini.. sebab saya yakin, lebih banyak kita memberi, maka akan lebih banyak lah kita akan menerima balasannya… mungkin tidak di perniagaan ini tapi mungkin juga di pernigaan yang lain.. yang penting kita pasti akan menerima balasannya… 🙂

    http://www.buatlamanweb.com

  10. Salam IK,moga mereka yang menganiayai mu dan mereka yg lain mendapat balasan yang sewajarnya,amin.. 🙂

  11. Gud advice n perkara seperti itu juga berkali2 berlaku pd diri saya yg mana saya seorang yang amat mangasihani org lain,then ramai telah take advantage atas kelemahan saya, tapi itu berlaku sebelum umur saya 21 tahun,bak kata ik, memang kita rasa frustrated, marah,sedih tapi kalau tak bantu, tak tidur malam..sehinggalah rs dah tak tahan n saya pun menangis mengadu pd my brother, then dia advice “Kalau kita nak kasihan pd orang lain kena kasihan pd diri kita sendiri dulu” dan “buat baik Berpada-pada, Buat jahat jangan sekali”

    Sampai sekarang saya berpegang pd pesanan tu..sejak umur 21 tahun..it’s Working..Secara tak langsung menjadikan saya kuat menempuh pelbagai dugaan dan onak duri..,

    Betul kata IK, kita jangan lemah, nanti orang akan ambil kesempatan, even syaitan pun suka pd orang yang lemah supaya dia senang nak take over kita..
    Wallahualam…

  12. Sabar dan redha atas sesuatu yang terjadi..dan sentiasa letakkan dalam fikiran kita bahawa setiap kejadian itu sudah tentu ada hikmahnya…

    “…sesuatu perkara yang kita suka dan baik pada pandangan kita, belum tentu baiknya, dan sesuatu perkara yang buruk dan kita tidak suka, belum tentu buruknya..”

    – THINKERICH

    Salam Kekayaan,

    PemikirKaya dot com

  13. jd baik, ada org amik kesempatan..jd jahat, org akan benci kita…ssh nk cari org yg btl2 jujur dgn kita skrg…sy pun kdg2, tension sgt psl ni..kita bukan main wat baik kt org, tp org still xhargai pe yg kita wat…hanya allah shj yg akn hargai umatnya yang wat kebaikan..

  14. sabar itu separuh dari keimanan…
    so,untuk menjadi orang yg beriman kenalah banyak bersabar..and try muhasabah diri..maybe kekurangan itu dr kita sendiri..selalulah berfikiran positif..

    thanks IK atas nasihat ni..

  15. Salam saudara Irfan…semoga sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta

    Saya benar-benar bersetuju dengan pendapat dan cadangan saudara yang ini. Saya sering diserang keadaan begini sehingga saya terpaksa menyerang seseorang bila dah hilang sabar…walaupun itu bukan sebenarnya sikap saya. Tapi dah terjadi…saya marah dan hilang sabar setelah beberapa kali berjumpa dengan orang tersebut dan cuba bercakap dan settle dengan baik..

    sekurang-kurangnya saya berasa lega…

    terima kasih di atas penulisan saudara kali ini…good luck in everything you do

  16. Salam semua. Cuma ingat, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat ganda bagi yang bersabar dengan ujianNya. Amin….

  17. Hai…
    Citer kali ini, rasanya2 akan dialami semua orang… Saya pernah terkena dgn insan yang saya anggap macam adik sendiri. Dalam baik dia kenakan kita balik..hingga saya disalahanggap… So, saya putuskan hubungan. cuba lupakan kenangan tu dan cuba dapatkan semula semangat demi anak-anak..
    Kadang2 kita tahu sabar adalah kekuatan..cuma sebagai manusia, saya selalu alpa.
    Thanks IK..

  18. Thanks Irfan , pernah terjadi pada saya , pada mulanya frust jugalah…….setelah beberapa lama baru saya nampak ada hikmahnya dengan apa yang terjadi , ya, kita cuma perlu redha dan sabar , tak payah nak berdendam.

  19. Yup! Tuhan maha adil dan lebih mengetahui…
    Kalau kita marah2 dan buat perkara yg tak baik, ia lebih mengundang kemurkaanNya.

  20. sabar, orang sabar ada pertolongan, anggap ia ujian, tidak perlu berdendam ia hanya menyakitkan hati sendiri. dunia ini berputar ada masa di atas ada masa dibawah. orang yang berjaya adalah orang yang sabar

  21. Sabar itu separuh daripada iman… ada pendapat mengatakan jadi lah org yang sederhana saja. Tidak terlalu baik dan tidak juga terlalu angkuh..

    Kalau dah memang sifat semula jadi tersangat baik hati itu lah yang sering menjadi mangsa keadaan..

    Cuma tahap kesabaran seseorang tidak sama. Apa pun kita perlu kawal rasa geram dan reda. Ada hikmah di sebalik kejadian itu.

    Nizam & Reza

  22. Salam. Betuk tu IK. Jika kita sabar, Allah akan gantikan dengan lebih baik lagi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Anda dilahirkan sebagi seorang JUARA.

  23. Memang Betul apa kata IK….
    Jika kita sabar terhadap ujian yang menimpa kita, insyallah akan bertambah lagi rezeki…
    Allah itu Maha Adil

  24. Salam semua…

    Sabar>>? Inilah bab yg paling susah utk dipraktikkan.Kekadang hilang jugak kesabaran ni, jenis panas baran la katakan.. tapi insyaallah demi kebaikan akan ku usahakan utk merubah diri,,,sentiasa jadikan hari ini lebih baik dr semalam dan jdkan semalam itu sebagai pengajaran dan pengalaman untuk memajukan diri sendiri.

    semoga hidup ini diberkati olehNya…..

  25. Semoga kita tergolong di kalangan orang2 yang sabar, ikhlas dan bersyukur. Insya-Allah, DIA akan bersama kita…..

  26. betul tu dr…
    bulan lepas saya kena kes macam ni gak..
    saya cuba calm down dah percaya setiap apa berlaku ada hikmahnya..
    sekarang saya dapat rezeki dari sumber2 yg tidak di sangka2…kuasa Allah S.W.T.

  27. Salam..

    Sesungguh setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap dugaan yang datang itu mengikut kemampuan kita. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Sabar dan redha adalah salah satu rahsia untuk memperolehi kejayaan..

  28. Cuma kesal irfan cakap, irfan jadi jutawan bukan kerana nasib. ini bersalahan dengan qada dan qadar kerana irfan perlu ingat usaha tidak memberi bekas. Moga irfan sedar yang segalanya adalah anugerah ALLAH.

  29. saya sedih bila saudara mara kita sendiri yg suka mengambil kesempatan terhadap kekurangan kita sendiri. Ya, tidak mengapa jika saya shj yg terkena, tp seluruh ahli keluarga terbabit sama. Mengapa ini berlaku?.. Apa harta itu lebih penting daripada kekeluargaan, Makin dewasa, makin sy kurang mengerti ragam saudara mara yg melampau. Menipu untuk apa shj. Bermuka2! …

  30. ya..terjadi kpd saya juga…mana nilai kekeluargaan?yg menjadi keutamaan adalah wang ringgit..lembut gigi dr gusi…namun pasrah…telan jua walau pahit bagai hempedu..

  31. setiap kali org ambil kesempatan, i will feel bad sb i tau dr awal org tu cuma take advantage, n will never tolong i bila i susah. i feel so stupid tp i still tlg org tu wlp tahu dia cuma ambil kesempatan.sb kesian. apa nak buat, kita kena tlg org, Allah swt je yg membalas nye.

  32. Saya pun pnh mengalami org tak for granted atas kebaikan saya. Kita tolong dia atas rasa kesian tapi sebaliknya dia bagi bala kt kita.Tpi mmg betol kata IK sepjg pengorbanan saya kt diorg tu hidup keluarga saya tidak pnhlah sempit ada saje rezeki tpi yg peliknya org yg sy tolong makin melarat pulak. Wang saya bg pinjam tak mampu nak lunaskan. Waktu diorg ada duit tak pikr nak bayar hutang asik nak bermewah, boros smpi menggugat kesabaran saya. Agaknya hutang dia bukan dgn saya je malah org lain jd terpaksalah sampai bergadai2.Kesian jugak tengok keadaan diorg tapi saya dh tak mampu lagi nak tolong & dh serik dgn perangai diorg yg tak nak muhasabah diri.Kalau kita dh tersalah tolong org jgn lah dikesali. Allah nak menguji kita & nak bagi bonus utk kita. Yg mengkhianati tu akan terima gak pembalasannya.

  33. Majikan saya selalu ambil kesempatan terhadap masa kerja saya. Mereka menganggap orang yang belum berkhwin tidak mempunyai tanggungjawab lain. Means, masa kami flesible. Kadang saya disuru kerja 15 jam dan terpaksa turun pagi semasa off day saya dengan alasan majikan saya takut terlambat bangun. Saya tiada masa untuk family. At the end, saya terpaksa letak jawatan sebab suda lama bertahan tapi situasi tidak juga berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.