Bila waktu terbaik untuk berhenti makan gaji dan mulakan perniagaan?

Ada yang tanya pada saya, bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan).
Jawapannya, sebaiknya…

  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.

Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas… jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita…

Play safe… persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya satu ketika dulu!

Kalau nak pelajari ilmu perniagaan Internet dan mulakan penriagaan Internet secara part time, layari www.RahsiaInternet.com ada beberapa seminar mini dikendalikan bulan puasa ini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Bila waktu terbaik untuk berhenti makan gaji dan mulakan perniagaan?

  1. [Quote]Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas! jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita![/Quote]

    Hmmm.. Saya salah seorang dari di atas..

    Personally, lepas rugi perniagaan (before kerja makan gaji..). Saya terpaksa ambil kerja makan gaji balik, untuk survive dan tampung kos sara hidup..

    Syukur saya masih muda dan bujang tra..tang..tang.. Kalau tak bujang macam rakan saya.. mahu menitis air mata.. hutang keliling pinggang..

    Paling baik 6 bulan simpanan.. AlhamdulilLah, start balik dari sifar..
    Kena merangkak balik sebelum berlari..

    ~adduuuhhh.. kudaku lari gagah berani~

    p/s: Hmm, agak-agak kena menuntut dengan Jutawan Gagal gak niehh… hehehe..

  2. Tips yang cukup bagus bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan internet dan merancang untuk berhenti kerja. Paling tidak kena ada persiapan dahulu sebelum boleh berhenti.

  3. paling penting ilmu dulu, biar sikit2 kita menimba ilmu dan pengalaman kerana ia akan menjadi panduan dan dorongan kepada kita, minat juga penting supaya bukan saja kita ingin mempunyai perniagaan sendiri tapi minat yang kita ceburi akan menjadi pemangkin terhadap apa jua cabaran yang bakal dilalui…:)

  4. kalau macam ni nak kena menuntut dengan ‘Jutawan Gagal’. gagal yang ini buat yang itu..gagal yang itu buat yang ini..sampai berjaya.

  5. Terima kasih atas petua Dr. IK. Saya masih lagi makan gaji dan tak berani nak berhenti kerja. Mula-mula dulu nak cuba cuti tanpa gaji 6 bulan. Fikir-fikir, tak jadi lagi lah. InsyaAllah tahun depan kot.

  6. Bagi saya pada mereka yang mahu berniaga mesti bermula sekarang!!.Tiada masa yang sesuai.Hanya pengalaman,cabaran,usaha dan kesabaran akan menentukan kejayaan sesorang usahawan….Tapi jangan sampai tunggu pancen pulak…..hee..

  7. Anda perlukan kerja:
    – untuk dapatkan modal bisnes
    – sebagai back-up bila bisnes down
    – sebagai another source of income

    Quit hanya kalau apabila:
    – bisnes tak dapat dibuat secara part time
    – bisnes dah established dan stable
    – segala hutang dah clear

    Pendek kata (panjang pun kata), jangan berhenti kerja UNTUK mulakan bisnes, sebaliknya berhentilah kerja SETELAH bisnes dah dimulakan dan dah boleh menggantikan kerja makan gaji.

    Tapi kalau nak berhenti juga untuk mulakan bisnes, pastikan ada simpanan untuk 6 bulan ke atas seperti kata IK di atas.

    Saya bisnes part-time..

  8. Salam semua,

    kalau saya amik la dua2 makan gaji pun yer berniaga pun yer hehehe..part time la tu apa da..

    bkn apa, berniaga ni ada naik turunnya so sebagai “salah satu langkah berjaga-jaga” mkn gaji la.

    kena bijak utk berjaya yg penting berusaha.

    YOSH!!

  9. salam ramadhan..betul kata Dr IK..bagi saya permulaan itu adalah yang paling penting..selagi kita tidak mulakan perniagaan kita tidak akan tahu potensinya..apabila sudah ada kemajuan dan rasa yakin dengan perniagaan yang dijalankan maka bolehlah buat keputusan sama ada berhenti kerja atau berhenti meniaga..sebab bagi saya lebih baik kita fokus salah satu sahaja..agar 100% dicurahkan untuk satu2 bidang..tq

  10. Salam Ramadan IK,

    Teruja…. itu yang boleh saya katakan untuk tips kali ini

    Persoalan bila nak berhenti memang sentiasa bermain difikiran. Adanya tips2 sebegini memberi munafaat untuk orang ramai seupaya tidak silap membuat keputusan.

  11. Salam semua,
    Terima kasih IK utk tips kali ini..sy merasakan sebenarnya ramai orang yg minat bidang perniagaan dan antara mereka masih ada sifat ragu-ragu. Mungkin ianya disebabkan komitmen kita terhadap sesuatu perkara seperti pinjaman perumahan, kereta, kad kredit dan juga ansuran bulanan yang lain.. Walaupun kadang-kadang datang semangat utk berhenti kerja, terfikir juga komitmen-komitmen tersebut, dalam erti kata lain perangkap kehidupan. Jadi bg saya, perniagaan secara partime perlu utk kes seperti ini.. jika semua komitmen tersebut hampir selesai, barulah kita boleh buat keputusan utk berhenti atau teruskan bekerja..
    Dalam perniagaan, jika tiada tumpuan sepenuhnya amatlah sedikit peratusan ianya akan berjaya..
    Saya telah hampir 7 tahun membina perniagaan saya dan tahun ini merupakan tahun terakhir sy bekerja di sektor ‘semi-govt’ dan secara jujur saya telah memberi notis letak jawatan tetapi dinasihatkan utk bercuti tanpa gaji oleh majikan saya.. Walaupun gaji yang boleh saya dikatakan agak bagus, demi cita-cita sy terpaksa membuat pilihan antara dua.. Berhenti atau terus makan gaji.. Jadi keputusan sy tetap berhenti kerja dan teruskan Perniagaan..

  12. Salam Tuan..

    Artikel yang menarikdan bermanfaat.. Saya bagik 5 bintang artikel nieh..

    Minta izin kopi pes yer..

    AlhamdulilLah..

  13. Sememangnya ternanti-nanti tips ini. Suatu yang amat menarik dikongsikan oleh IK. Terima kasih IK. Sememangnya purata 70% dari kalangan kita adalah berpendapatan dengan makan gaji termasuklah saya sendiri. Peluang sememangnya ada tetapi kita payah hendak merebut peluang didepan mata kerana atas sebab faktor kewangan dan masa. Oleh itu, perancangan yang rapi dan teratur perlu ada. Semoga rakan-rakan di sini sukses dalam bidang masing-masing.

  14. Salam IK,

    Tips yang menarik… cuma bagi saya, formula 6 bulan simpanan tu masih dianggap berisiko.

    Paling selamat simpanan 24 bulan. Selepas full time bisnes, perlu pastikan juga cara hidup sederhana & berjimat cermat dikekalkan. Elakkan diri dari sebarang risiko kewangan seperti hutang (yang terlalu banyak) dan kesilapan pengurusan kewangan dalam perniagaan.

    Just my 1 cent 🙂

  15. askm..slmt berpuasa semua.. sgt btl pandangan IK tu.. kadang2 ada org terburu2 untuk berhenti kerja di sbbkan nampak ada peluang lain yg lebih lumayan dari gajinya.. tindakan bekerja sambilan dahulu di samping bekerja amat lah baik.. sbb kadang keje sambilan kita 2 blm tentu lg menjamin masa depan kita. klu dah kukuh baru lah blh berhenti…

  16. Salam IK..

    Maaf off topik Tuan..

    Nak tanya kalau tak keberatan harap Tuan dapat menyiarkan artikel nafas baru berkenaan ‘social media networking’ seperti facebook,twitter,linkedln,dll..

    Sebab saya personally masih tak nampak macam mana nak guna aplikasi ni dalam marketing.. walaupun agak popular sekarang..
    Keberkesanannya? Jangka panjang? Know How.. dll..

    Berkenaan autoresponder untuk mengumpul contact telah saya dengar dalam seminar Tuan sebelum ini..

    Dan satu lagi saya amat-amat menghargai tulisan nafas baru Tuan berkenaan ‘Cara-cara mengenalpasti ‘niche/fokus market’ yang biasa Tuan gunakan..

    Semoga ilmu yg Tuan curahkan bermanfaat dunia akhirat.. Tambah2 bulan ramadhan yg barakah.. Ameen..

    ~ Buah cempedak diluar pagar,
    MiL minta agar diajarkan ~

  17. Saya akan berhenti makan gaji apabila pendapatan terkumpul daripada kerja part time saya sudah cukup untuk menampung gaji bulanan saya sepertimana ketika saya makan gaji sehingga pencen. Sekurang-kurangnya 500,000.00 mesti ada dalam simpanan sebelum saya ambil keputusan untuk resign. Ini kerana saya tidak mahu dibuai anganan kerana hakikatnya kerja sendiri lebih tough walaupun kepuasannya juga jauh berbeza dibandingkan dengan makan gaji. Jika dalam tempoh makan gajipun kita boleh menyimpan sehingga setengah juta daripada part time job, lepas resign tentu boleh buat lebih dari itu, teorinya. Betul tak?

  18. yup..saya cukup bersetuju dengan topik en.irfan.Saya dah lihat sendiri perkembangan perniagaan saudara saya yang cukup berjaya.Bila dah berjaya,cukup kukuh dan ada cawangan sendiri barulah dia quit job.Bila difikir,sayang jugak quit keje dia,almaklum keje pun supe dupe..tapi dah minat sanggup berhenti dan truskan perniagaannya.Saya tabik spring pada saudara saya 2..tringin nak jadi cam dia

  19. Makan gaji ni mula2 jea seronak…tp bila lama2 mulalah nak buat biz…bagi saya hidup ini penuh dgn risiko…mcm mana kita tidak tahu bila kita akan mati, mcm tulah kita tak mungkin tahu apa yg akan terjadi pada kita selagi kita TIDAK MENCUBANYA!

  20. Tips ni terkena kt batang hidung saya… saya quit job pada 2004, dgn semangat nak bulakan bisness. Tak sampai 3 bulan hidup saya dah terumbang ambing coz tak mampu nak sara cost of living & kereta pun kena tarik. Pengalaman tu betul2 beri pengajaran pada saya. Selepas itu sy byk baca buku2 ttg bisnes dan lebih berhati2 dgn langkah yg sy ambil.

  21. salam,slamt berpuasa..kerja makan gaji ni mula2 je happy,coz g kerja n blik kerja hujung bulan dapat gaji..xpening2 kepala nk uruskan pasal kerja itu ini bila dah balik kerja..tapi lama kelamaan hudup jadi bosan dngan kerja makan gaji ni coz gaji yang kita dapat sama je setiap bulan…apabila kita ada buat kerja part time menceburi bidang perniagaan,income yg kita dapat boleh berubah ubah meningkatnya dari semasa ke semasa…itu yang best..!!hidup xla bosan bila tengok income kite dapat berubah ubah mningkat naiknya berbanding income kerja makan gaji..

  22. apa berhenti makan gaji..????adussss
    kalu teman berhenti tak tau la mcm mana…
    teman ni bukanlah terer sangat kalu nak biz…
    kalu biz pisang grg pun,,rasanya teman sendiri yang abiskan…

  23. salam, btl sy setuju.. Sy pun cm tu kumpul duit dgn bisnes intenet ni,ngan jd guru. Tp sy bru bpindah ke kg,so intenet putus kejap. Guna hp.. X dpt truskan bisnes ol.. Tp tekanan keja sy da melebihi tahap. x ble fokus,kemurungan,x bleh nak mengurus keja. Skarang sy berusaha utk membuka kedai,dan membuat bis.planning.. Jika da stabil brula sy bhenti keja..

  24. BAnyak risiko sebenarnya kalo takde persediaan nak berhenti kerja..better ambil cuti tanpa gaji 2,3 bulan kemudian tengok sama ada mampu kumpul pendapatan tak dalam tempoh tersebut..

  25. pn noraini.. biz kosmetik pa yg puan wat..? sy berminat nk wat kedai yang mjual pelbagai jenis jamu2 kecantikan coz skrg ni ramai wanita lelaki pun yg pntg kecantikan …

  26. Saya berpendapat, berhenti ja terus makan gaji… start sekarang bina empayar perniagaan sendiri. Rasai pedih dan perit kegagalan, kurangkan risiko dgn tuntut ilmu….

  27. Assalamualaikum…

    Saya bekerja makan gaji smbil partime online business tapi telah di berhentikan atas sebab2 tertentu…saya mahu buat full time bila sdh xbekerja tetapi saya masih confuse samada sy harus apply kerja semula atau teruskan perniagaan online sy….sebelum ni saya pernah jatuh tersungkur dlm busines dan saya makan gaji semula…sebab komitmen saya mengejar saya..dan bila saya makan gaji..saya di berhentikan oleh majikan….cabaran besar bagi saya….rakan2 d sini boleh beri pendapat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.