Buang masa sahaja membaca buku

Susulan dari post saya semalam… tip hari ini: 

Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca

Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM 😉

Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

30 thoughts on “Buang masa sahaja membaca buku

  1. ya betul tu apa yang IK katakan. lagi2 kita kena pupuk dalam diri kita itu sbgai budaya yang suka membaca.? Banyak membaca banyak lah ilmu yang kita dapat. Banyk ilmu banyak lah juga yang kita boleh kongsikan dengan orang ramai. Seperti mana IK katakan di seisi workshorp. Banyakkan membaca buku, lagi banyak kita membaca kita boleh kongsikan kepada ahli keluarga, jiran2, 1 kampung, 1 bandar dan seluruh malaysia! Konsep ini saya masih mengingatinya dan tidak lupa apa yang IK katakan.

  2. salam..hai..saya seorang pelajar yang kini sedang belajar di tingkatan 2…boleh tak  beri sedikit tips pada saya bagaimana untuk mengigati nota-nota..dan pada pendapat  perlukah seorang pelajar membaca buku motivasi? salahkah jika seorang pelajar membaca novel cinta? …terima kasih..

  3. Salam IK, mengamalkan apa yg dipelajari atau dibaca memang digalakkan oleh agama.Baik ilmu berkaitan agama mahupun pembangunan diri, bukan shj perlu diamalkan bahkan baik disebarluaskan (spt berkongsi didalam website/blog).tk,salam,Syamsul.

  4. Satu buku yang saya suka ialah “Blue Ocean Strategy”..

    Saya tertarik dengan kenyataannya, “Jangan bersaing dengan pesaing anda, jadikannya mereka tidak relevan”

    Kalo ambik yang tu pun dah cukup untuk menjadikan perniagaan kita unik.

    Sham
    http://www.panduaniklan.com

  5. salam, IK, samb.Saya perlu nyatakan terima kasih diatas liputan sdra kebelakangan ini berhubung BUDAYA MEMBACA dan PERI PENTINGNYA KITA MEMBACA (dan mengaplikasi apa yg dipelajari/dibaca). Ilmu atau maklumat yg kita perolehi MESTI dikongsikan dgn yg lain; ahli terdekat, rakan2 dan umum.Ilmu yg diaplikasi atau diamal oleh org lain inshaAllah akan berterusan pahalanya selagi ia diaplikasi(selain dari sekeah jariah & anak soleh).tk.

  6. Bagi saya, membaca satu sikap yang baik. Setiap apa yg dibaca ( berkaitan bisnes) hendaklah dipraktikkan. Tujuan supaya pembacaan kita tu lebih bermanfaat.

  7. masni hanim > perlu ulang baca dan ulang salin nota2 banyak2 kali… ia akan mudah anda ingat. tak salah baca novel cinta selagi tak mengabaikan pelajaran.

    khairilz > berminat untuk menyertai, tetapi kalau sekali saya join wangcyber, saya juga perlu join forum2 perniagaan internet lain untuk berlaku adil untuk semua bukan? takut tak cukup masa bila perlu join semua… 🙁

    sebab itu saya tak dapat join satu forum sahaja.

    -IK

  8. Pertama sekali, saya setuju dengan pendapat IK yg menekankan pentingnya membaca. dari membaca kita dapat mengasah pemikiran kita terhadap sesuatu. dan yang plg penting ialah bagaimana kita melaksanakan apa yang dibaca.

    ambik contoh mudah, ramai yg membaca buku IK mengenai jutawan internet, tetapi berapa ramai yg melaksanakannya?

  9. join atau tak sesuatu forum itu tidak penting. yang penting bila berjumpa berbuallah seketika.

    manakala bacaan yang banyak atau sedikit untuk mengaplikasikan idea yang terdapat di dalam sesebuah buku itu bergantung kepada kita sendiri. Matlamat itu penting di dalam hidup, sepertimana IK lakukan.

  10. hehehe..terkena batang hidung ni….banyak baca tapi tak aply..last2 habuk pun tarak!..
    kena berubah!

  11. “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”
    Ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad. Ia berkenaan dengan ilmu dan bukan berkenaan dengan solat dan sebagainya. Membaca merupakan cara yang paling berkesan untuk mendapat ilmu.

  12. Yaya…tidak semua yang aplikasi apa yang diorang baca tambah-tambah yang berkaitan dengan motivasi diri.

    Time mula2 baca je semangat, tutup je buku tu terus jadi macam dulu. Sebab tu ramai orang kita yang buat kerja tak sampai setengah jalan dah give up.

    Gobala Khishnan ada mengatakan “dalam 3 tahun ini saya cuma jumpa 2 jenis orang je iaitu peminta sedekah dan org business”

    Orang yang tak aplikasi apa yang diorang dapat sebenarnya tergolong dalam peminta sedekah sebab diorang cuma tau meminta je tapi malas nak buat sendiri. Mudah kata mereka tak aplikasi apa yang diajar atau apa yang diorang belajar.

    Kalau nak tau lebih lanjut dapatkan Majalah IM #3!!!

    ~ecaros~
    http://tipebiz.com

  13. yer.. saya suka membaca untuk dapatkan idea menulis. semakin banyak saya membaca, semakin banyak idea yang dikumpulkan.

    macam saya, saya akan beli ebook atau buku berkenaan ebay, kemudian saya menggunakan idea-idea yang dikongsikan dan mempraktikkan panduan yang diberikan, hasilnya keuntungan yang berlipat kali ganda.

    http://kuasalelong.com

  14. Setuju dengan pendapat IK.. begitu banyak ilmu yang kita perolehi, tetapi kalau 1% daripada ilmu tersebut tidak diaplikasikan, sia1 je beli dan baca buku tersebut.. baik tak payah beli.. 🙂

  15. Assalamualaikum.Saya minat baca buku motivasi dan seminar.Jadi saya setuju jika baca atau hadir mana-mana seminar yg bagaimana hebat pun jika tiada tindakan ertinya kita hanya dapat tahu tapi tahap kita tak ke mana.Terima kasih tentang cerita melihat rumput hijau di laman kita dan laman jiran kita ia telah beri kesan mendalam kepada saya semasa d JW dulu,guru saya pernah berkata “jika menjadi jerung jadilah jerung yg paling ganas di lautan,jika menjadi ikan yg kecil jadilah ikan kecil yg paling lincah di sungai dan sekiranya menjadi rumput jadilah rumput yg paling hijauuu.” marilah kita kenali potensi ataupun kelebihan diri kita yg kita ada untuk berjaya.Wassalam

  16. Saya baru beli buku kesihatan tulisan Kevin Zakri. Memang sesuai utk orang M’sia. Harap minggu ni boleh habis baca buku tu sebab tak sabar nak praktikkan.

    Bila badan sihat, baru boleh kerja dgn selesa.

  17. Saya tiada buku kegemaran… semua saya baca 🙂 mungkin yang lebih “sayang” adalah biografi-biografi usahawan seperti Trump, Richard Branson, Oprah Winfrey, Bill Gates, dll… those popular business people 🙂

    Tapi buku2 lain sayang juga sebab semuanya ilmu 😉 So, tiada specific kegemaran…

    -IK

  18. bercakap pasal buku ni selalunya memang melibatkan kos yg tinggi. (kdg2 tu ratusan ringgit utk buku yg bagus). jadi bukan ramai yg mampu utk membeli buku. oelh itu saya rasa ini merupakan faktor mengapa budaya membaca masih lemah di malaysia.

    apa pendapat IK?

    Radzi Tajuddin
    http://www.myiphone.com.my
    Beli iPhone secara online

  19. yes, buku2 yang mahal juga adalah antara faktor budaya membaca lemah. sebagai tambahan, kempen membaca juga kurang…

    saya baru shj buat talk sempena kempen membaca di perpustakaan negara…

  20. pasti buang masa kalu tak aplikasi..saya percaya ramai yang tak aplikasikan. contoh mcm sains seperti luas permukaan yang luas di mana air yang bertakung akan cepat kering berbanding air yang sama banyak tetapi permukaannya dalam. contoh air di dalam besen berbanding air di dalam jag. semestinya air di dalam besen lebih cepat kering padahal isipadunya sama. sori kalu mencelah…aplikasi dalam kehidupan seperti cara kita menyidai baju. fikirkan….

  21. IK,

    Ya saya setuju, membaca tanpa mengamalkannya amat merugikan. Namun begitu, semangat membaca harus dipupuk. Mudah-mudahan ilmu yang diperlajari itu dapat dimanfaatkan bersama.

    K

Leave a Reply

Your email address will not be published.