Nama anda, jenama anda!

Dalam perniagaan, satu tip untuk memudahkan anda dalam membina jenama perniagaan:

Namakan perniagaan anda dengan nama anda!

Contoh: Irfan Khairi Sdn Bhd / atau Irfan Khairi Design / Irfan Khairi Arts

Mengapa?

  1. Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik.
  2. Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
  3. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia- dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Cuba anda senaraikan 10 jenama-jenama barangan mewah yang anda kenali. Mercedes, Loreal, Armani, Yves Saint lauren, Versace dan sebagainya… besar kemungkinan hampir semuanya adalah “Nama” pengasas (atau nama seseorang)!

Tak salah menggunakan nama yang bukan nama anda. Tip ini hanya untuk memudahkan orang mengingati jenama anda, gunakan nama anda dalam perniagaan! :)

ps: Atas permintaan yang tinggi, Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” akan di adakan sekali lagi pada hari Sabtu 22hb November. Klik sini untuk maklumat workshop mini Terhangat di pasaran!

Juga, 2 Workshop Jutawan Inetrnet akan di adakan pada bulan ini, di KL pada hari Ahad 23hb November- klik di sini untuk KL. Dan juga pertama kalinya di Johor Bahru pada 29hb November. Klik di sini untuk tempahan tempat di JB.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa membina jenama perniagaan adalah penting
  • Rahsia membina jenama
  • 3 asas membina jenama perniagaan
  • Ada apa pada nama?