Sempena Seminar Lipat Ganda MLM ,saya akan menulis tip-tip yang berkaitan dengan menjalankan perniagaan MLM melalui Internet. Kita namakan Minggu MLM ok ;)

Ramai yang menjalan perniagaan MLM sering terlepas pandang untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Sekiranya secara offline, mungkin kita boleh bertemu 2-3 prospek sehari. Tetapi dengan menggunakan strategi perniagaan di Internet, sesuatu perniagaan MLM tersebut boleh bertemu bukan setakat 2-3 prospek, malah 200-300 prospek sehari pun boleh.

Namun, ramai usahawan MLM pula melakukan kesilapan dan menggunakan strategi dan kaedah yang tidak berkesan dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Bukan itu sahaja, malah, antara kaedah yang dijalankan sebenarnya hanya menjauhkan lagi prospek dan menjatuhkan kredibiliti usahawan tersebut.

Berikut adalah antara kaedah yang SALAH dan tidak seharusnya dilakukan oleh usahawan MLM mempromosikan perniagaan mereka di Internet:

  • Menghantar email SPAM. Maksudnya, kita secara membuta main email sahaja sesiapapun tentang perniagaan yang kita jalankan. Mungkin email-email dicari secara online, melalui forum, blog dan sebagainya. Kesilapan yang dilakukan adalah mengumpul email-email ini tanpa kebenaran pemilik dan menghantar email promosi perniagaan MLM kita.
  • Promosi perniagaan MLM di ruang blog, forum dan facebook orang lain. Sering kali usahawan MLM sebegini tak lepaskan peluang mempromosikan perniagaan MLM mreka di ruang komen blog, ruang balasan forum, dan juga ruang “wall” FB seseorang. Ini juga antara salah satu cabang daripada SPAM.
  • Menggunakan perkataan-perkataan “hype” atau melebih-lebih dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka. Zaman ini, pengguna Internet adalah bijak. Sebarang “hype” hanya akan disambut dengan tidak kepercayaan prospek.

Cara promosi di atas bukan sahaja tidak efektif, malah akan menjatihkan kredibiliti seseorang usahawan MLM. Di internet, ianya sukar untuk meningkatkan kembali kredibiliti sekiranya ia jatuh. Oleh itu, jangan-jangan-jangan lakukan promosi berbentuk SPAM di atas. Hanya merugikan anda ;)

Klik video YouTube di bawah untuk pesanan saya kepada usahawan2 MLM…


Tak lama lagi, saya akan kendalikan sebuah Seminar khusus bagi usahawan-usahawan MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun) bagaimana cara sebenar dan paling efektif untuk mendapatkan lebih ramai prospek, pembeli dan juga downline anda.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk mendapat maklumat mempromosikan perniagaan MLM terkini dan paling efektif melalui Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sebelum tempat dipenuhi (oleh pesaing-pesaing anda!)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Salah siapa?
  • Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia part II
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan
  • Bila ada masalah… terdapat penyelesaian