Dari Dubai ke KL ke Dubai semula. Pesaing pula IKUT!

Kali terakhir saya menulis pada anda, ketika di Kuala Lumpur sebelum bermulanya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Agak sibuk dengan perniagaan (namun bukan alasan), dan kini saya di Dubai semula.

Mempunyai 2 perniagaan di 2 buah negara bukanlah perkara yang mudah. Saya perlu berulang alik sebulan sekali atau dua kali dari Dubai ke KL dan Dubai semula!

Tetapi Alhamdulillah inilah rezeki yang diberikan kepada saya dan perlu saya amanahkan.

Dubai
Pemandangan dari pejabat saya di Dubai Marina. Kalau ada rezeki saya jemput anda ke sini!
 Sekiranya anda telah mengikuti perkembangan saya sejak bertahun-tahun lalu, pastinya anda dapat lihat perkembangan saya sebagai seorang usahawan. Ada yang tanya pada saya…

“IK, bagaimana IK sentiasa maju kehadapan dalam perniagaan?”

Jawapan saya adalah, saya sering melihat pesaing saya yang paling ketat. Saya sering pantau pesaing saya paling rapat. Saya sering perhatikan langkah demi langkah pesaing saya dan sentiasa ingin menjadi lebih baik dari pesaing saya.

Namun, pesaing saya sebenarya adalah….

DIRI SAYA SENDIRI!

Ramai yang sering melihat pesaing sebagai ‘perniagaan lain’ atau seperti mana yang kita sering fikirkan, bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari perniagaan pesaing?

Saya melihat pesaing adalah diri saya sendiri dan saya sering fikirkan bagaimana hendak menjadi lebih hebat dari diri saya sendiri.

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekiranya kita bersandarkan kejayaan kita pada pesaing, apa akan jadi sekiranya pesaing kita tidak hebat? Maka kita juga akan jadi tidak hebat oleh kerana penanda aras kita adalah rendah. Tetapi, sekiranya kita sandarkan kejayaan kita untuk menjadi lebih baik dari diri kita sebelum ini, pastinya ia akan menjadikan diri kita lebih baik dan terus lebih baik.

Apabila anda bersaing dengan diri anda sendiri, pastinya satu hari nanti pesaing-pesaing anda yang lain tidak akan dapat mengatasi kejayaan anda!

17 tahun lalu, saya menjalankan perniagaan Internet seorang diri dari rumah. Ketika saya memulakan perniagaan. Hari ini, saya membantu beberapa syarikat multi-million di luar negara untuk melipatkali gandakan lagi keuntungan perniagaan mereka.

Kejayaan bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan. Pesanan saya, sentiasa perbaiki diri sendiri. Jadi lebih baik dari diri anda sendiri.

Sekiranya anda terasa dalam diri anda anda mempunyai potensi yang lebih tinggi dari apa yang anda lakukan sekarang, sebenarnya anda memang betul.

Anda pasti mempunyai potensi yang lebih hebat lagi yang anda sendiri tidak mengambil peluang dan jadi lebih baik dari semalam, sebulan lepas atau tahun-tahun yang lepas.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang, bukan esok, bulan depan atau tahun depan, adalah, ambil tindakan!

********

Sekiranya anda berniat dan bermatlamatkan untuk mulakan perniagaan, jangan tundakan lagi. Program saya boleh disertai secara bersemuka (kelas di Kuala Lumpur) atau secara online dari rumah anda (sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur).

1. Sekiranya ingin bersama saya selama 6-9 bulan bersemuka di Kuala Lumpur, klik di sini untuk maklumat lanjut.

2. Sekiranya anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur, dan ingin bersama saya secara 100% online selama 6-9 bulan, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk bercakap dengan kami.

Jumpa di sana,

Irfan Khairi
Dubai, UAE

PS: Sesuatu yang menarik akan saya umumkan tak lama lagi- peluang untuk anda jana pendapatan tambahan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Dari Dubai ke KL ke Dubai semula. Pesaing pula IKUT!

Leave a Reply

Your email address will not be published.