Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing, Asia eUniversity

Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya melalui Facebook, tentu tahu bahwa pada tahun ini saya telah menghasilkan modul keusahawanan Internet dan media sosial untuk sebuah universiti tempatan- Asia eUniversity. Asia eUniversity adalah universiti tempatan bertaraf global dengan mempunyai pusat di lebih 30 negara-negara Asia.

Saya amat teruja atas tawaran Asia eUniversity kepada saya untuk menghasilkan modul keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa!

aeuposter.jpg

Saya mula mendapat pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA. Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.

Bekerja sebagai konsultan kepada senuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.

Namun, nak dijadikan cerita, walaupun sebagai seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di University, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya gagal.

Sepanjang setahun, saya berusaha, tetapi, mengalami kegagalan!

Ketika itu baru saya perasan bahawa apa yang saya belajar di University adalah “˜teori”™ dan bukannya “˜praktikal”™ yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya belajar dan ketahui di Universiti adalah berbeza dengan apa yang di alami di dunia perniagaan.

Sejak itu, saya mula menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan jga belajar dari mereka yang bepengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok belok, dan “˜rahsia”™ berjaya dalam perniagaan.

He (Irfan Khairi) is an accomplished business man at a very young age. People like him should be adjunct professors in Universities to teach others how to do business and not those people who come from PHDs from universities yang mengajar business daripada text book. Because text book knowledge and real street knowledge to be successful is two different things.

-Prof. Dato Dr. Ansary, Director of Asia eUniversity

Pertengahan tahun ini (2011), saya mendapat tawaran dari Asia eUniversty dan Prof Dato Dr Ansary selaku pengarah Asia eUniversity untuk menghasilkan sebuah modul khas untuk masyarakat Malaysia dan pelajar antarabangsa tentang perniagaan Internet.
Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul Eksekutif Diploma in Internet & Social Media Marketing.

Apa yang paling menarik sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan Asia eUniversity adalah, ianya “˜business based learning”™, bererti, pelajar pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan sendiri sepanjang modul 9 bulan yang disediakan. Perniagaan yang boleh menjana keuntungan!

Pendekatan universiti ini juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini. Oleh itu, untuk intake pertama 2012, saya akan menjadi pesyarah untuk modul keusahawanan Internet ini

Memang banyak yang ingin saya sampaikan mengenai program keusahwanan Internet ini, tetapi mungkin saya akan kongsikan lagi dari masa ke semasa.

Suka saya ambil peluang ini untuk menjemput anda- pembaca blog / facebook saya untuk hadiri majlis “˜open night” Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing yang akan berlangsung pada hari KHAMIS 22hb ini jam 8.00 malam, di kampus Asia eUniversity. Sesi bersama saya ini, adalah percuma dan akan dikongsikan maklumat2 menarik mengenai perniagaan Internet seperti di bawah!.

Saya amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk memeriahkan majlis serta bersuai kenal pada hari Khamis ini.

Malam Internet & Media Sosial kali ini adalah kali terakhir untuk 2011, dan kami amat mengalukan kehadiran anda untuk menyerikan majlis. Maklumat lanjut di bawah:

“Malam Internet & Media Sosial” bersama Irfan Khairi
Khamis, 22hb Disember 2011
Lokasi: Asia eUniversity
Dataran Kewangan Darul Takaful,
No 4, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
(Berhampiran Kg Attap)
Masuk: Percuma

Untuk menghadiri, sila lakukan tempahan tempat dengan menghantar email  ke sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email “Malam AeU 22/12″³ dan sertakan maklumat berikut:

  • Nama
  • Jumah peserta
  • No. handphone

Jumpa anda di sana dengan topik-topik baru yang penuh dengan informasi bermanfaat untuk kejayaan kerjaya dan perniagaan anda!

ps: Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut program ini atau tidak dapat hadir pada hari Khamis ini, sila hubungi talian 03-77292277

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

5 thoughts on “Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing, Asia eUniversity

  1. Assalamualaikum wbk..

    AlhamdulilLah Tuan!
    Satu yg saya suka ttg IK adalah humble beginning till the end..

    Moga murah rezeki..

    Saya kenal IK dari buku pertama tahun 1996..
    Then saya kenal dalam sesi preview zero ke hero..

    Dan x sangka dah sampai modul Asia-U..

    Pasni wat program ‘Malaysia-Apprentice’.. ke?

    Wink:: wink::

    AlhamdulilLah..
    Tahniah..

    Good job man… ;p

  2. salam..
    wahh…best nyer dapat pensyarah yg berpengalamn dlam bidang keusahawanan internet- sya pown nak lah tp currently tgh blaja kat unirazak. sya amik Bachelor in Business Management in Entrepreneurship.
    sya nak tanye, ok tak klu sya amik course ni sbb rmai ckap “semua orang pown boleh jadi entrepeneur.. baik amik course lain jer..”
    emm..
    buntu2.. boleh bagi solution x?
    terima kasih-

  3. herm,sye dah baca kesemua yg ditulis.mmg tgah mencari nk blaja diploma ape yg sesuai.insyallah mungkin pilihan ni terbek kot..xpe survey lgi..huhu
    thanks abg irfan khairi

  4. assalam,
    saya nak tahu..untuk â€EXECUTIVE DIPLOMA IN INTERNET & SOCIAL ” ni masih terbuka ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.