Facebook sudah tidak EFEKTIF untuk PERNIAGAAN!

“Don’t put all eggs in one basket” tu pepatah Mat Salleh. Melayunya pula kalau dialih bahasa, jangan letak semua telur dalam satu bakul. Kalau satu bakul tu terjatuh, maka semua telur akan pecah.

Maksudnya dalam konteks pemasaran internet adalah, anda jangan hanya fokus pada satu jenis kaedah pemasaran sahaja. Sekiranya satu kaedah tersebut tidak menjadi, atau berlaku sebarang perubahan, maka ia akan menjejaskan perniagaan anda  keseluruhannya.

Begitu yang terjadi pada ramai usahawan yang hanya fokus pada Facebook sahaja.

Facebook dulu, 4-5 tahun lalu berbanding dengan kini sudah banyak berubah. Apa yang ramai usahawan lalui kini di Facebook adalah…

  1. Semakin susah untuk dapat followers
  2. Reach semakin rendah
  3. Harga Facebook Ads semakin tinggi

Tambahan, 2018 ini, bukan sahaja di Malaysia malah usahawan yang menggunakan Facebook serata dunia mengalami masalah yang sama seperti artikel-artikel berikut…

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa ini terjadi?

Berikut adalah 3 sebabnya…

1. Kitaran biasa di Internet

Di Internet, kitaran akan berlaku. Satu-satu teknik dan strategi tidak akan efektif selama-lamanya. Masihkah anda ingat Friendster? FourSquared? MySpace? atau yang lebih lama seperti Altavista, AskJeeves atau Lycos?

Bukan hendak mengatakan Facebook akan hilang dari Internet seperti nama-nama besar di atas, tetapi sebagai perbandingan bahawa Internet berubah dengan kadar yang pantas. Satu-satu platfom akan mengalami perubahan apabila diberi masa. Seperti mana Facebook juga, akan mengalami perubahan. Facebook kini tidak seperti Facebook 4-5 tahun lalu.

2. Pesaingan semakin banyak

Di satu-satu platfom pengiklanan, lebih ramai usahawan meletakkan iklan, maka, iklan akan menjadi kurang efektif. Bayangkan seperti rampai iklan, atau iklaneka atau “classifieds ads” dalam akhbar. Di mana terlalu ramai meletakkan iklan-iklan kecil di beberapa halaman khusus akhbar.

Apa yang berlaku adalah, kita sebagai pembaca akan abaikan iklan-iklan tersebut. Tidak baca pun iklan dan terus menyelak melepasi bahagian classifieds tersebut. Iklan-iklan tersebut akan menjadi tidak efektif.

Sama seperti brochure dan leaflet. Apabila kita menerima terlalu banyak brochure dan leaflet di peti surat rumah kita, kita akan buangkannya. Tidak tengok pun.

Begitu juga iklan di Internet seperti Facebook. Apabila terlalu ramai usahawan meletakkan iklan di Facebook, iklan menjadi kurang efektif kini oleh kerana terlalu banyak iklan. Tidak seperti 4-5 tahun lalu, tidak ramai yang meletakkan iklan di Facebook, ketika itu  iklan adalah lebih efektif!

3. Business model Facebook

Facebook juga adalah perniagaan. Mereka perlu menjana pendapatan. Antara cara Facebook menjana pendapatan adalah dengan menjual ruang iklan kepada usahawan sebagai “Facebook Ads”.

Untuk menggalakkan lebih ramai usahawan meletakkan iklan berbayar, maka Facebook perlu kurangkan reach posting-posting yang mempromosikan perniagaan di Facebook page.

Inilah antara sebabnya reach semakin kurang kini- Facebook ingin buat duit, dan caranya adalah untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan meletakkan iklan berbayar dengan cara mengurangkan reach. Maka, usahawan terpaksa meletakkan iklan.

4. Facebook page juga semakin banyak

4-5 tahun lalu, tak banyak Facebook page. Kini, ianya terlalu banyak. Semakin banyak Facebook page di Internet, maka, semakin banyak pilihan pengguna sama ada ingin follow ataupun tidak satu-satu Facebook page itu.

Tidak seperti dulu, apabila kurangnya Facebook page, maka tidak banyak pilihan. Semakin mudah untuk pemilik Facebook page mendapat followers. Kini, dengan terlalu banyak Facebook page, maka, pemilik facebook page seakan ‘merebut’ followers dikalangan pemilik page-page yang lain.

Saya akui, keempat-empat sebab yang saya tulis di atas adalah satu ‘over simplification’ di mana saya permudahkan penjelasan saya untuk mudah faham oleh sesiapa sahaja. Apa yang berlaku di dalam Facebook (disebalik tabir) adalah lebih kompleks lagi, yang dikenali sebagai ‘algorithm’.

Facebook algorithm adalah sangat sukar difahami di mana ia menggunakan sistem yang sangat kompleks dan canggih dalam menentukan cara mendapat followers, tinggi atau rendah reach, efektif atau tidak sesuatu iklan, harga iklan mahal atau murah dan banyak lagi.

Namun, buat masa ini, sekurang-kurangnya anda faham mengapa Facebook kini semakin kurang efektif, dan anda tidak lagi melakukan kesilapan “Don’t put all eggs in one basket”

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, anda kena tahu pelbagai teknik dan strategi untuk mengembangkan perniagaan anda.

Kini, Facebook sudah tidak lagi efektif untuk perniagaan jika dibandingkan satu waktu dulu. Dulu lain, sekarang lain. Facebook masih diperlukan untuk perniagaan. Facebook masih penting untuk usahawan. Namun, Facebook tidak efektif dan tidak semudah seperti dulu lagi.

Perniagaan saya dari one-man-show yang pernah gagal satu ketika dulu, dan kini berkembang ke peringkat antarabangsa, bukan kerana saya fokus pada satu kaedah dan satu platfom sahaja. Tetapi, saya pelajari pelbagai kaedah dan platfom untuk menjayakan dan mengembangkan perniagaan saya.

Sekiranya anda ingin pelajari pelbagai cara yang lebih efektif lagi (yang saya sendiri gunakan), dan bukan hanya Facebook, dapatkan maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Facebook sudah tidak EFEKTIF untuk PERNIAGAAN!

  1. Yang saya tahu ramai rakan saya yang mempunyai syarikat sendiri banyak bergantung kepada buat iklan di Facebook utk mendapatkan sales. Jadi saya ingat Facebook masih memainkan peranan yang amat penting sebagai platform bagi mereka untuk menjana keuntungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.