Fasa PERTAMA dalam perniagaan

Terdapat 3 fasa dalam perniagaan tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet…

Fasa pertama…

Perniagaan bermula. Sering kali bermula dengan cita-cita, minat & passion! Usahawan memulakan perniagaan di peringkat awal. Selalunya, pada fasa ini, seorang diri, atau satu team kecil dalam memulakan perniagaan. Usahawan perlu roll up their sleeve and do the work! Kadang kala sehingga 24jam sehari mengendalikan perniagaan!

Oleh kerana minat & passion, kerja dapat di lakukan dengan sempurna… namun, berita buruknya, pada fasa pertama perniagaan, statistik menunjukkan lebih daripada 90% perniagaan GAGAL!

Walaupun fasa pertama adalah kecil, bukan bermakna keuntungan juga adalah kecil. Ada juga jutawan di lahirkan di fasa pertama perniagaan.

Ketika umur 21-25, saya bersama isteri berdua mengerjakan perniagaan Internet, dari pagi sampai ke malam. Makan Internet, minum Internet & tidur Internet. Alhamdulillah, pendapatan melebihi RM1juta. Walaupun dalam fasa pertama perniagaan. (Perniagaan Internet pertama saya adalah perkhidmatan. Oleh itu, tidak boleh menjadikannya automatic/auto pilot).

Namun begitu, fasa pertama mempunyai kelemahan yang amat ketara. Walaupun wang boleh diperolehi, adakalanya lumayan! Tetapi, usahawan akan terikat dengan perniagaan! Dalam erti kata lain, Financially Free, tetapi bukan Time Free. Tiada atau kurang masa bebas! 

… bersambung untuk penyelesaian esok.

Esok saya akan menceritakan fasa 2 perniagaan, kemudian fasa 3 perniagaan yang merupakan puncak kejayaan sesuatu perniagaan! 😉 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Fasa PERTAMA dalam perniagaan

  1. Bila “GAGAL” di fasa pertama , seringkali kita putus asa dan melupakan fasa seterusnya.

    Pengorbanan perlu di lakukan… bagi meneruskan perniagaan hingga berjaya.

  2. Saya ni masih di fasa pertama lah…kerana masih bekerja siang malam untuk mencari rezeki dan mengharapkan sebuah kejayaan besar. Masa nak rilek dan off day pun takda. Nak buat camana, nak berjaya punya pasal kan…

    Semuga tercapailah…dah sakit-sakit dah badan ni asyik tak tidur malam je 🙁

  3. selalunya, tiada masa yang tetap untuk fasa pertama… ia bergantung kepada usahawan tersebut. Ada yang setahun atau kurang sahaja… ada yang lebih dari 5 tahun, masih di fasa pertama.

    Tetapi, kalau ikut pengamatan saya, lebih kurang 3 tahun adalah baik untuk fasa pertama! 😉

  4. Selain dari kecekapan ushawan itu sendiri,
    adakah jangka MASA bagi fasa-I berbeza-beza bergantung kepada jenis perniagaanjuga?

    Fasa-I adalah fasa permulaan, kejayan seterusnya bergantung pada fasa-I, kat sini adalah permulaan dan sedikit sebanyak penentu bagi kemajuan dan kejayaan seterusnya satu satu perniagaan itu. Pengorbanan tidak dapat di elakkan, merupakan antara agenda dalam proses kejayaan.

    Semuga segala usaha dan pengorbanan menghasilkan kejayaan yg diharapkan kepada anda semua. All the best!

  5. Fasa pertama pun saya struggle lagi. Nampaknya kena beri tumpuan 100% untuk fasa pertama.

    Saya rasa tiada erti ‘kerja sambilan’ untuk perniagaan internet. 🙁

  6. Tumpuan penuh perlu diberikan kepada fasa 1, Momentum dalam diri kita perlu consistant, Pelbagai rintangan akan kita tempuhi pada fasa 1. Jangan cepat menyerah kalah. Sebaliknya sentiasa positif.

    Bina network perniagaan kita. Network yang berquality. Semua usahawan yang kaya raya bermula dari network yang hebat

    Ingat, lebih cepat anda berjaya keluar dari fasa 1 maka semakin hampir kepada kejayaan.

  7. saya setuju sangat dengan topik ini.semuanya bermula dengan impian, cita-cita dan sebagainya.Kita akan pasti berjaya sekiranya melalui setiap fasa dengan penuh perancangan yang teliti..selamat maju jaya untuk kita semua.

  8. ya, majoriti masih dalam peringkat yang pertama. bila menyentuh bab masa, ia sebenarnya subjektif. ikut pada kemampuan diri sendiri bagaimana untuk mengubah dari fasa 1 ke fasa yang seterusnya. ini kerana ada juga yang sudah dianggap berjaya, tapi masih fasa pertama(tidak free time lagi). apa-pun, teruskan usaha kita merubah kehidupan kepada yang lebih baik 🙂

  9. Salam kekayaan,

    Statistik menunjukkan 90% perniagaan GAGAL pada fasa pertama. Mereka gagal kerana mereka berhenti…Sekiranya ingin berjaya, kegagalan mesti diTEMPUHI bukannya dengan BERHENTI..!

    Thinkerich
    -Think rich to get rich-

  10. Saya baru berniaga masih lagi dalam fasa pertama.. pendek kata sebelum tutup mata.. keja.. keja.. keja daa heheh..

  11. tak ramai yang mahu melalui fasa demi fasa. Kebanyakan orang hanya mahu cepat (macam beli dan makan burger). Akhirnya jatuh terbungkam dan kemudian menuding jari pula kepada orang lain. 😉

    ps. Fasa pertama memang meletihkan.

  12. Setuju dengan smartzul. Fasa pertama boleh dikatakan agak mencabar dan kritikal terutama bagi mereka yang baru dalam industri perniagaan.

    p.s Merasai fasa pertama kadangkala boleh mendatangkan putus asa..

  13. Saya dan partner masih dalam fasa pertama dalam bisnes laman web.Kami terpaksa berkorban duit gaji,masa dan tenaga untuk fasa ini.Kami banyak laburkan duit untuk promosi dan hadir untuk event seperti Enterprise Asia di PWTCC baru2 ni. Fasa pertama sangat2 mencabar dan kami perlu sabar untuk menaikkan syarikat kami.

    Bagaimana cara lain untuk kita promote bisnes laman web? kami telah gunakan website,event dan flyers untuk promosi.

  14. sye agak berminat ngan online biz nie, tp sye kurang paham cikit psl online biz nie… harap irfan blh terangkan utk sye…

  15. Pada pandangan saya peringkat fasa pertama adalah peringkat yang menguji tahap daya ketahanan sesorang usahawan. Jika beliau berjaya menghadapi peringkat fasa pertama saya percaya beliau berjaya mencapai peringkat fasa ke2 dan seterusnya walaupun ada kemungkinan fasa ke 2 jauh lebih mencabar dari fasa pertama. So apa yang penting daya ketahanan diri adalah amat penting

  16. saya baru memulakan online biz ni.try affiliate dulu.Tapi saya tgh bingung sekarang,dimana nak mulakan dan macamana nak buat promosi.Saya masih baru dalam bidang internet ni,duit dah banyak habis.Boleh IK atau sape2 yang boleh bagi idea,TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published.