Thu 21 Sep 2006
Ingat tak hari tu kita ada bincang bagaimana McDonalds mempunyai satu “system” menjual burgernya yang boleh diduplikasikan dalam bentuk francais?
Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan sebegini untuk melipatkali gandakan keuntungan mereka. Ini termasuk Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, KFC, Pizza Hut, Popular dan lain-lain…
Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang mempunyai satu sistem untuk difrancaiskan (kedai runcit pun boleh francais!), hubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk pelbagai bantuan yang mereka sediakan.
Apakah contoh-contoh industri yang boleh difrancaiskan? Berikut adalah industri-industri dan peratusan (%) francais tempatan mengikut industri tersebut:
Makanan (30%)
Pakaian dan aksesori (15%)
Pusat pembelajaran dan latihan (12%)
Perkhidmatan (10%)
Pusat kecantikan/kesihatan (4%)
Automotif (3%)
Pasar raya/mini (3%)
Dekorasi/cenderamata (3%)
Perhotelan/pelancongan (3%)
Kedai buku/alat tulis (3%)
Kosmetik/penjagaan kesihatan (3%)
Barang kemas (2%)
Optometrist (2%)
Pusat telekomunikasi (2%)
Farmasi (2%)
Pakar runding (1%)
Komputer (1%)
Untuk menghubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA), sila ke http://www.mfa.org.my
Oh ya… terdapat 260 francais tempatan yang didaftar dibawah Akta Francais, di mana 197 francais milik bukan bumiputra, dan cuma 63 francais milik bumiputra.
Kepada usahawan-usahawan tempatan, apa kata kita naikkan lagi jumlah tersebut untuk mewujudkan persaingan yang sihat.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


September 21st, 2006 at 9:52 am
Pendapat Irfan Khairi memang bagus TAPI
Pada pendapat saya melalui program gerak usahawan baru baru ini,francais memerlukan modal yang besar dan memerlukan seseorang yang baru hendak menjadi usahawan memohon pinjaman bank.Bagus ke tak membuat pinjaman bank ni ek…?
Sedangkan pinjaman ptptn pun saya tak terbayar lagi…
September 21st, 2006 at 10:48 am
Memang sistem francais adalah bagus untuk dilaksanakan dan jika sudah didalam arena bisnes, peluang untuk difrancaiskan bisnes tersebut memang terbuka luas. Bukan untuk bersifat negatif, tetapi dalam suasana bisnes di Malaysia, ianya bukan persaingan yang sama rata, yakni persaingan berat sebelah. Ianya bukan apa yang anda tahu tapi lebih kepada siapa yang anda tahu. Untuk memulakan sesuatu francais memerlukan bantuan kewangan yang banyak. Cuma orang yang berkemampuan dari segi kewangan saja boleh menjadikannya kenyataan. Bercakap mengenai pinjaman, semua orang tahu suasana dan keperluan untuk sesetiap pinjaman itu menjadi kenyataan adalah lebih kurang dalam 0.05%. Selengkap mana pun paperwork, plan atau visi sesuatu projek itu, keputusan akhir selalunya bertolak kepada soalan ’siapa anda tahu’. Atas dasar atau sebab musabab itu juga lah banyak pinjaman di beri kepada sedara-mara tali barut si pemberi pinjaman (lebih tepat pegawai yang bertanggung-jawab) walaupun plan serta ekrtas kerja mereka tiada yang munasabah lansung. Sekian adanya.
September 21st, 2006 at 11:06 am
Assalamualaikum dan selamat pagi
Bercakap pasal persaingan sihat kan, org melayu kita ada sikit masalah Kuat sangat phDnya (perasaan hasad dengki). Tengok member punya gerai nasi ayam maju sikit, mulalah nak cari bomoh. Tujuannya nak jahanamkan periuk nasi member tulah.
Mungkin bukan semua org kita bersikap macam tu. Tapi kadang-kadang perangai yang macam ni buatkan bumiputera terus ke belakang!
Apa komen pula?
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK EDISI KE 1427H
September 21st, 2006 at 12:45 pm
Satu yang best ttg francais ni, tak payah susah2 nak promosi.. biasanya produk dan jenama sudah dikenali ramai.
September 21st, 2006 at 12:55 pm
Saya rasa as the beginner, maybe kita boleh terapkan unsur-unsur francais ke dalam bisnes yg kita lakukan secara kecil-kecilan as a start. Maybe in terms;
)
- buat kerja secara sistematik,
- belajar cara delegatekan task,
- formalitikan process,
- bla-bla-bla..
- learn how to outsource small-small stuff (maybe outsource kat student ker?
when the timing ready, boleh just terus buat francais sebab semua tu dah memang sedia ada in place..
mana lah tahu kut-kut masa raya pose nanti terberkenalan dgn Datuk L ke Datuk R ker..
hehe
September 21st, 2006 at 12:57 pm
Francais memang bagus sebab jenama yang kita nak jual biasanya sudah ada nama sendiri.Pada pendapat saya,tak susah nak mendapat pelanggan kalau kena tempat dan gayanya.Cuma betul la pendapat rakan-rakan yang lain modal yang diperlukan agak besar.
Kalau perniagaan kita dah berkembang dan maju,apa salahnya kita buat konsep francais.Saya rasa kalau sate kajang yang popular dibuat francais pun bagus.
Salam Usahawan!
September 21st, 2006 at 3:28 pm
Memang bagus konsep francais tapi modalnya besar, itu yg xlarat tu,tapi sate kajang tu dah francais pun seperti Sate Haji Samuri,satu ada kat ulu klang & kesas highway itu yg saya tahu. for all info siapa yg nak mkn sate kajang. Sori cerita pasal sate kajang pulak. hehe..
Selamat Berjaya
September 21st, 2006 at 4:00 pm
Mungkin ada sedikit sedikit misconception pada frachais.. Memang betul, perniagaan francais memerlukan modal yang agak besar. Tetapi pada pengetahuan saya, francais yang sedang dipromotekan oleh kerajaan sekarang ini adalah dengan bertujuan membimbing.
Maksudnya membimbing bakal2 usahawan untuk memasuki perniagaan francais dari awal termasuklah kursus dan latihan.
Biasanya sesiapa yang mengikuti langkah2 dan latihan yang cukup diberi keutamaan dalam pinjaman atau sebagainya. Sekadar untuk mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar,ramai juga yang tiada asas perniagaan lingkup menjalankan francaisnya….
September 21st, 2006 at 5:06 pm
ASM wr.wb. Topik hari ini saya rasa agak berat sikit. Untuk mulakan francais memerlukan modal yang agak besar seperti 30k keatas yang mana pinjamannya disediakan agensi kewangan. Bakal peniaga mesti berani dan bersabar untuk memulakan seperti cth. menjual kasut, baju T’shirt, jagong, sneak dan sbgnya. Kemudian kena mencari tapak di Pasaraya atau Gedung membeli-belah yang establish dan ramai orang mengunjunginya. Kalau salah pendapat ini, maafkan saya ya.
September 21st, 2006 at 5:52 pm
sebenarnya, topik ini bertujuan untuk menggalakanna anda jadi “tauke” franchise. bukan “pembeli” franchaise…
Sebagai tauke franchise, anda mencipta “system” tersebut, kemudian, franchisekan system itu, jadi usahawan yang lain boleh membeli system franchise tersebut dari anda (selaku tauke).
maknanya, modal 20k-30k tu, mereka yang bayar kepada anda
sebagai contoh, sekiranya anda memiliki pusat tuisyen, anda franchise kan pusat tuisyen anda melalui MFA. mereka akan memberi bantuan…
kemudian, lepas sudah berjaya fanchise, usahawan lain boleh mendirikan pusat tuisyen anda di tempat lain (beli franchise) dan perlu bayar franchise fee… mungkin 20k-30k kepada anda.
jadi, sebagai “tauke” franchsie, modal adalah minimal. oleh kerana anda yang cipta sistem franchise untuk dijual. anda yang dapat franchise fee.
statistik yang diberikan hari ini juga adalah “tauke” franchise… bukan pembeli franchise.
“tauke” franchise lagi banyak buat untung (seperti pemilik hot dog 1901 yang di bincang beberapa hari lepas)
tu yang berlipat kali ganda keuntungan…
jadi tauke = think big!
September 21st, 2006 at 6:06 pm
Thanks I try harder to get more bigger fish & think big! Thanks for your advice. Macam mana pun I’m very sad itu lah terjadi sekarang pada orang kita.
September 21st, 2006 at 6:36 pm
yerp.. think big.. dah lama xdgr ayat tuh
September 21st, 2006 at 6:38 pm
OOOO..kalau jadi tauke saya setuju la..hehehe
September 21st, 2006 at 7:20 pm
Banyaknya perniagaan yg boleh buat Francais ni.
September 21st, 2006 at 10:48 pm
Ada tak sesiapa yg ingat kartun ‘Ayop Anak Tulakang’dalam majalah Gila-Gila dulu..lebih kurang kiranya 25 tahun lepas.Kartunis yg juga popularkan ‘Din Teksi’tu.Masa tu kalau baca pasal cerita ayop ni memang lawak sebab berkisar tentang kepakaran mengurut dia yg sampai level international..tapi..tup-tup lepas 20 tahun terbukti apa yg dilawakkan betul2 sekarang jadi realiti..yalah,berapa banyak dah pusat mengurut & spa professional all over the world..sampaikan mat salleh pun pi belajar ilmu mengurut kat siam..moral of the story is tok moyang kita dulu kaya dengan macam2 kepakaran,cuma nak commercializekan tak berapa nak buleh..sebabnya kekurangan dari segi macam2..especially publicity & media..but now ‘the world is flat’..terlalu banyak benda yg kita buleh ajar kat penjajah tu yg ingat kita ni tak bertamadun sangat.Bayangkan kalau industri buat kapal layar kat Terengganu tu buleh difranchisekan..Kelas silat kita pun dah lama dibuat sistematik macam sistem franchise tu..berapa banyak cawangan pun,syllabus & yuran sama aje..
September 22nd, 2006 at 4:01 pm
Yer..lagi senang daripada kita meng’MLM’kan produk kita.
Sekarang nie orang kita x suka sgt dengar perkataan MLM nie.Hu3..
September 23rd, 2006 at 11:03 pm
Tips hebat ..mulakan bisnes secara kecil-kecilan dahulu sebelum menjalankan secara francais…kumpul modal..hehe
September 30th, 2006 at 10:49 am
a`kum, saya sebenarnya tgh search dlm internet pasal francais, ternampk post , trus buka dan baca, maaf sy mencelah skit . . .
jadi tauke francais mmg bole buat untung dgn baik, MFA akan bantu, mudah untuk mengembangkan perniagaan jika betul caranyer.
bagi yg baru berjinak-jinak dengan sistem francais, bole membuka francais, jgn blok minda dgn sumber kewangan yg terlalu tinggi, sedangkan perniagaan MLM yg modal kekadang tak sampai 500 pun berat nk buat, ni kan modal 50k keatas, inilah masalah org melayu.
mujur kerajaan ade byk skim pinjaman seperti MARA,PNS,CGC, dan memacam lagi, mahu atau tidak sahaja, bagi saya org yg tidak ada background bisnes (like me) elok meniaga org lain, belajar pengurusan dari org lain, dan jawapannyer francais… segala-galanyer diajar, dan tidak mustahil satu hari pembaca sekalian juga boleh mengaplikasikan sistem francais keatas bisnes sendiri…
p/s: ‘good salesman never carry one bag’
February 5th, 2007 at 2:57 pm
Apakah maksud francais? Apakah bentuk-bentuk sistem Francais dan contoh-contohnya? Apakah kelebihan dan kekurangan Francais?
March 13th, 2007 at 2:42 am
kepada mungkin sayalah orang yang maksudkan.. hehe sebab saya memang nak jadi “tauke francais”.
Sebab apa saya nak jadi “tauke francais” ialah sebab2 berikut..
1. boleh berkembang tanpa batasan.. pergi ke serata pelusuk dunia kalau francais kita tu bagus dan lain daripada yang lain. macam McD dll.
2. dalam francais selain kita menjual produk, kita jugak menjual bisnes kita. so keuntungan 2kali ganda.
3. saya rasa francais adalah bisnes yang paling mencabar sebab kita kena buat sistem kita sendiri dan kena pastikan sistem kita tu boleh dicopy paste sampai beribu2 kali. kita jugak perlu menghandle beribu2 cawangan di bawah kita. pendek kata katakan apa sahaja bisnes yang berjaya, semuanya adalah kerana franchising. Yahoo pun franchisekan jugak ke beberapa negara. Begitu jugak dengan produk2 seperti Coca Cola, Microsoft dll.
Ini bermaksud dengan menguasai francais bermaksud kita menguasai dunia bisnes.
Perkara2 yang perlu untuk menjadi “tauke franchise” yang berjaya..
1. Idea bisnes yang hebat dan kita sebagai perintis. Idea yang tidak pernah ada orang lain buat di dunia ini. Idea yang sama pun boleh jugak tapi untuk mengatasi yang lebih awal tu mungkin makan masa dan agak susah sedikit.
2. kemahiran untuk merekacipta sistem yang mudah.. Mungkin boleh belajar dari sistem franchise yang sedia ada seperti McD.
3. sistem latihan franchisee yang berkesan. support yang baik adalah sangat diperlukan..
InsyaAllah dengan franchise, Billionaire bukan satu mimpi..
March 13th, 2007 at 2:45 am
sesiapa yang berminat utk jadi tauke franchise, buku E-Myth Revisited dan E-Myth Mastery adalah buku wajib bagi anda. Tanpa buku tersebut anda akan melalui learning curve yang jauh.
salam
March 18th, 2007 at 9:31 am
Boleh kah daya meminjam wang untuk modal pusingan menjual kuih-muih, tetapi tiap bulan mesti dibayar oleh pihak peminjam.mesej urgent
March 27th, 2007 at 9:57 am
francais merupakan industri yang semakin maju
March 27th, 2007 at 10:03 am
sejak khir-akhir ini semakin banyak industri francais yang wujud di malaysia. industri ini semakin berkembang pesat sejajar dengan arus kemodenan negara. tambahan pula kementerian pembangunan usahawan dan koperasi banyak memberi bantuan dan maklumat kepada usahawan industri ini masih boleh dibangunkan….sekiranya usahawan mendapat banyak maklumat tentang perniagaan francais.
April 18th, 2007 at 10:41 am
Francais memg bagus….boleh tolong orang melayu.skrg sy tgh kumpul modal untuk buka cwngan francais.
April 18th, 2007 at 10:47 am
sy PoN AdA CdGn nAk bukak FrAnCaIs..Butttt XtAu TmPt YaNG PlG StRaTeGik..NaK AjaK MbEr SuMEr AdA biSneSS sNdri..SapEr BeRmNt Nak Jd RakAn KonGsi BlEy ReplY..HuHuHu..juAl Kereta BuaTaN M’siA n LuAr NgArA..
July 18th, 2007 at 9:00 pm
Apakah definisi francais?
Apakah kesan positif dan negatif francais?
Apakah langkah-langkah penyelesaian?
Apakah masalah francais?
Apakah fungsi/peranan/sumbangan/kepentingan francais?
Apakah punca-punca?
Thanks…
September 20th, 2007 at 5:08 pm
askom, saya student amik degree in bisness study nak dapatkan maklumat pasal francais for my assigment so harap-harap dapat ar bantu saye dalam francais. maklumat yang saye perlukan adala peluang, potensi dan masa depan sistem francais. thanz
November 5th, 2007 at 1:49 pm
nak bukak cawangan francais tapi risau gak sebab modal tinggi bebenau n ramai gak yang kata boleh lingkup.bukan toke franchise tu nanti guide kita ke…
kalu nak pinjam, dapat ke sebanyak tu…
November 14th, 2007 at 9:52 am
asku.sy nak taw lney lanjut tgtg francais.pastu bole x gtaw cntoh2 francais d msia selai kfc,mcD,piza,bata.sy nk cntoh len bole?
February 1st, 2008 at 2:09 pm
saya adalah pelajar dari UPM yang sedang buat kajian tentang perniagaan francais…
saya nak tanya kepada pemegang2 francais..apakah pandangan anda tentang latihan yang telah di berikan? adakah berfaedah @ tidak..
brape lamakah latihan itu d berikan..
February 12th, 2008 at 5:24 pm
saya pun minat gak biz fcais ni..modal tinggi giler ker..tapi kalau kita buat secara kecil2an jer..mcm dunkin donuts..modal pun besar gak ker..-budak baru belajar
April 10th, 2008 at 3:32 pm
saya sebanarnya berangan2 nak buka kedai singer.. tapi takde idea la.. mcm mana nak start..
July 29th, 2008 at 7:41 pm
Maksoud saudara Irfan tu kita ni selaku Francaisor yakni tukang jaga para francaisi2 under kita di mana kita yang ambik berat terhadap org2 under kita seperti how nak majukan lagi francaisi kita and so on….
August 5th, 2008 at 10:02 am
ai,sspe leh x tlg saya ni..leh x bg maksud francais.n cara penubuhan donut n dunkin
September 10th, 2008 at 10:53 am
Salam semua,
Kerajaan Malaysia melalui MECD serta PNS (Perbadanan Nasional Berhad) sedang mencari produk serta usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan dan berminat untuk dibangunkan sebagai perniagaan francais.
Untuk sesebuah perniagaan itu hendak difrancaiskan, ianya perlu didaftarkan dan mendapat lesen francais dari ROF (registrar of franchisor.
In order to submit the application to ROF, ada beberapa dokumen yang perlu dihantar sekali. Bagi menyediakan dokumen2 ini antaranya ops. manual, trng manual, franchise agreement dan prdk manual syarikat perlu melantik consultant. Kos consultant ini agak tinggi. Tetapi, MECD melalui PNS ada menyediakan geran untuk ini.
PNS akan melantik konsultan dan membayar yuran mereka untuk menyiapkan, menambahbaik serta membentangkan permohonan usahawan.
Jadi sekiranya tuan2 dan puan2 ada perniagaan yang ingin di francaiskan atau ada perniagaan francais luar negara yang tuan2 rasa boleh dibawa ke Malaysia dan bolehlah hubungi saya di Perbadanan Nasional Berhad, Tkt 12. PWTC.
September 21st, 2008 at 6:45 pm
salam.. saya peminat abg kahiri.. saya baru masuk 18.. mule jatuh cinta melihat bagaimna ank melayu berfikir setapak di hadapan berbanding biase. satu benda yang bagus. saya ade simpan keratan waktu dalam utusan yang tahun lepas. memang bagus.. harta adalah tetamu yang akan berangkat.. saya respect abg
September 29th, 2008 at 12:32 am
hi,
saya nak dapatkan maklumat secara lengkap untuk membawa perniagaan francais makanan dari jepun ke malaysia, dan perniagaan ini belum ada di malaysia, boleh beri tahu dimana saya harus mencari maklumat ini from A-Z, jika ada sesiapa boleh membantu email ke dr_zarin1973@yahoo.com.my…thanks
September 30th, 2008 at 1:24 am
Ramai telah memperkatakan tentang francais. Sistem francais merupakan sistem yang telah terbukti dan menjadi amalan bisnes global.
Adalah lebih baik jadi francaisor dari jadi francaisi. Inilah strategi usahawan cina sejak francais diperkenalkan oleh gov pada tahun 1998. Bisnes melayu boleh maju melalui sistem ini. Tidak semestinya bermula sebagai francaisor tetapi jadikan amalan sistem francais dalam pengurusan bisnes hari ini.
Pengalaman kami sebagai pengurus francais dan konsultan francais mendapati, saiz dan jenis bisnes anda tidak penting.
Apa yang penting kesediaan serta perubahan minda untuk berniaga secara lebih sistematik dan berdaya saing. Kemahuan untuk belajar dan melabur untuk pembangunan bisnes serta diri sendiri.
Apabila bisnes telah bersistem dan lancar, secara sendirinya pasaran akan lebih yakin pada bisnes dan jenama anda.Bermulalah sebagai licensor seterusnya sebagai francaisor. Satu strategi pada satu masa.
Modal kewangan adalah perkara no.2. Perkara no.1 adalah idea untuk menggunakan kelebihan (bisnes)hari ini dan meningkatkannya sebagai sesuatu yang boleh dikomersialkan lagi.
October 5th, 2008 at 11:21 pm
Modal tu masalah jugak…sebab saya tak der langsung simpanan……….semangat saya membakar nak memulakan perniagaa dapat buat sesuatu………harap boleh bantu saya emelkan RP supaya saya boleh mulakan secepat mungkin….
October 7th, 2008 at 3:58 am
Masalah kita sama. Masa saya mula-mula berbisnes pun tak da modal dan sokongan kewangan dari sesiapa. Sebab tak ada modal, start bisnes secara part time. Mula buat simpanan cukup untuk 6 bulan belanja dan biayai modal bisnes pakai kredit kad (not a good idea anyway).
Keluarga bukan dari kalangan berada jadi tak dapat membantu dari segi kewangan. Ada juga cuba pinjam dari kawan (tapi pinjam RM5,000 macam RM500,000 pula kita dibuatnya. Kejap-kejap tanya bila nak bayar balik). Serba salah kita dibuatnya.
Peringkat permulaan berniaga agak payah juga. Nak makan pun tak cukup. Sebab saya tak banyak membaca, mengkaji serta tak pernah pergi kursus merancang dan mengurus bisnes (takut keluar belanja kononnya) tak sampai setahun berniaga, duit habis dan rugi dekat RM50,000. Terpaksa mula dari bawah semula, kali ini dengan lebih berilmu, sistematik dan berperancangan.
Lepas 2 tahun bisnes, baru ada kenalan (bangsa cina) yang nampak kesungguhan kita berniaga dan bantu dari segi modal. Puluhan ribu, diberi tak banyak soal dan tak ada perjanjian langsung. Ada duit bayar tak ada tak apa. Tak lama lepas tu jumpa pula kenalan baru (bangsa melayu) yang membantu dan sampai hari ni mereka jadi partners saya dalam bisnes.
Alhamdulillah. Kadang-kadang bila kita buat sesuatu dengan yakin dan ikhlas bantuan dari Allah tiba dari sumber-sumber yang tak kita sangka-sangka.
Sampai hari ni saya masih berniaga dan dengan partners dapat buka firma perunding, bisnes publishing dan training centre sendiri tanpa pinjaman dari mana-mana institusi kewangan (tapi vc/investor tu ada le).
Pendek kata, impian dan semangat sahaja untuk berniaga tidak cukup. Kita masih perlu ada kesediaan untuk belajar dan tingkatkan kemahiran berniaga terutama sekali dalam bidang perancangan, pengurusan, pemasaran dan kewangan. Tapi kena sentiasa ingat, ujian pasti ada dan rugi tu wajib.
Untuk pasti berjaya mahu tidak mahu terpaksalah berubah (minda), berani anbil risiko (calculated risks) dan sanggup buat ‘investment’ untuk diri sendiri…..
October 26th, 2008 at 6:48 pm
aslmkum diucapkan kepada semua terutama sekali kepada Dr. Irfan. saya sebenarnya cukup berminat untuk membuka perniagaan berbentuk francais ini. terutama jenama yang sudah kita semua kenali seperti KFC-MCD-KENNY ROGERS ROSTER-A&W dll. cuma saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah yang berkaitan dengan francaisor dan seumpamany seperti “FRANCAISI-FRANCAISOR” dll. diharapkan Dr. Irfan dapat memberi maklumbalas kepada saya mengenai soalan diatas..sekian, wassalam
October 27th, 2008 at 10:16 pm
sebenarnya saya sudah lama terfikir, “macam mana lah si polan-si polan tu boleh kaya-raya terutama bangsa cina? saya difahamkan yang sebenarnya, terdapat badan-badan bantuan khas kewangan yang diwujudkan khas untuk membantu bangsa cina dalam membiayai dana untuk membuka sebarang jenis perniagaan.cuma yang menjadi persoalan saya ialah, adakah terdapat juga badan-badan kewangan khas yang dimiliki oleh kerajaan yang khas untuk membantu bangsa MELAYU membiayai perniagaan mereka?
saya juga terfikirkan..betapa sukarnya bagi bangsa MELAYU untuk memohon pinjaman perniagaan dari BANK2 tempatan disebabkan pelbagai karenah pihak bank yang mahukan itu ini untuk mencukupkan syarat2 pinjaman sebelum meluluskannya..sehinggakan ada diantara orang melayu kite yang gagal mendapat pembiayaan lalu terpaksa meminjam kepada ceti haram (ALONG) kerana desakan kewangan yang menyelubungi mereka….apa pendapat semua kawan2?
February 4th, 2009 at 11:52 am
Salam semua…Nak try tanya..Kalau kita dah ada tapak kedai sendiri and then nak buka KFC berapa modal keseluruhan diperlukan??
June 2nd, 2009 at 10:57 am
aduhai pemalasnya students skrg. sejarah, definisi francasi pun nk harap org berikan jawapan.
google la, byk jwpn ada. dlm MFA pun ada artikel lengkap. ish2~
August 21st, 2009 at 1:23 pm
salam semua..saya ada angan-angan nak buka KFC berapa yer saya perlukan modal kesemua skali dan apa yang saya perlukan lagi sebagai contoh kursus atau pengetahuan am sahaja??
September 3rd, 2009 at 9:26 pm
salam..skang nie sy wat biz repair kasut…
bleh ke biz nie di’fraincais’kn..???
baru nak berjinak-jinak
thank…
January 3rd, 2010 at 10:13 pm
salam.sy pun tengah search maklumat ttg fraincas.saya berminat la nak buka bisnes francais ni.. cuma tak tau bagaimana n cara utk memulakan nya.saya memerlukan sesape yg blh guide.sy zero..mgkin perlu membuat pinjaman.
January 19th, 2010 at 9:16 am
Perniagaan francais ni memerlukan kita jaga standard, jaga kualiti, disiplin dan banyak lagi ciri-ciri positif dalam bisnes, tak kiralah samada kita nak jadi tauke atau pembeli francais. Pada pendapat saya, jika kita dapat mengekalkan ciri-ciri tersebut dalam bisnes serta didokumentasikan dengan baik ia berpeluang untuk difrancaiskan.
January 26th, 2010 at 2:22 am
askum, saya dah 12tahun berniaga,teringin dan bercita-cita nak buat francais. tapi x paham ngan dokumen-dokumen untuk berdaftar ngan MFA.maklum lah..gerai kecil je. utk pengetahuan, saya duk n berniaga kat selangor, customer saya plak, biasanya datang dari luar selangor..
January 26th, 2010 at 2:22 pm
KFC & Pizza Hut - its a master franchise, tidak terbuka kepada umum. McDonald boleh..blh check website mfa so kalau nak consider buka franchise McDonald kena ada modal yang besar…
March 30th, 2010 at 11:26 am
Hai,
Ramai yang saya lihat di sini, asyik memandang & mengagung-agungkan syarikat besar menyebabkan kita takut dan gugup untuk mencipta franchise kita sendiri. Sebagai contohnya McDonald’s. Saya sendiri sebagai salah seorang staffnya juga agak gugup melihat modal keseluruhan untuk membuka franchise McD yang lengkap dengan Dine in/out, Drive-Thru, dam MDS (Motor Delivery Servis)yang beroperasi 24jam, beserta kos pembukaannya adalah sekitar RM 5,000,000.00. Kos ini juga berbaloi kerana modal yang kita bayar (beli) adalah untuk kita ‘tidur’ setelah ‘penat mencari modal’. Bayangkan sebuat store McD berupaya menjana pendapatan kasar RM 400,000.00 sebulan. Dalam 2 tahun sahaja sudah melebihi nilai modal yang dilaburkan.
Berbeza pula dengan franchise Hot & Roll. Dengan kepelbagaian konsepnya, saya ambil contoh konsep seperti push cart (kurang dari 100 kaki persegi), hanya memerlukan modal kira-kira RM 43,000.00 sahaja. Nilai baliknya pula sekitar RM 11,000.00 sebulan.
Jadi, saya cadangkan kepada anda, franchisekan apa sahaja seperti gerai goreng pisang milik ibu anda, dengan cara membentuk sistem, standardkan kesemua cara menggorengnya, dan yang penting layout atau paparan konsep gerai anda dengan corak warnanya yang menarik dan kelihatan sama di setiap gerai milik anda.
Saya dah buat satu, tapi belum daftar dengan MFA.
June 5th, 2010 at 5:24 pm
francais?..keburukan atau kebaikan?
July 27th, 2010 at 10:33 pm
Salam. Kalau nak dibincang semua perkara ada baik dan buruk. Pokoknya pada nak atau tidak. Ada modal u buat, x ada modal u cari modal dan buat apa u nak buat. I minat gak ngan Hot&Roll tu, just nice.. Boleh cuba usaha.Tq
August 24th, 2010 at 11:00 pm
Assalamualaikum. saya skrg dalam usaha memulakan francais pertama hejra di kk.Bakal menjadikan hejra pusat rawatan resdung alternatif dgan konsep francais pertama di malaysia.Bagaimanapun saya perlukan sedikit bantuan saudara Irfan , apa yang terbaik dimulakan samaada lisencing
atau terus kepada francais yang di ubahsuai.kami baru dua tahun di pasaran dan x dapat lagi nak menyertai MFA berdasarkan mempoh niaga.Tetapi potensi dan permintaan sangat baik. X bole tunggu lama-lama daa
December 21st, 2010 at 11:03 am
Asalamualaikum,
Saya berminat sangat dengan perniagaan Kedai Kasut jenama BATA. Bagaimana saya mulakan perniagaan ini? Agak-agak berapa modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini?
February 18th, 2011 at 11:06 pm
Assalamualaikum.
Saya amat bersetuju dan tertarik dengan pandangan dan pengalaman E.A Sanik. Saya seorang graduan dan baru sahaja bekerja. Insyaallah tidak lama lagi saya akan menjadi rakan kongsi kepada majikan saya. Dalam masa tiga tahun dari sekarang saya merancang untuk mengumpul modal dan ingin menjadi franchisee kerana saya amat berminat untuk berniaga untuk pasaran makanan. Setelah berjaya mengumpul modal barulah saya akan mengikuti kursus2 dari MFA. Saya mengimpikan untuk membuka francais McD, walau bagaimanapun atas saranan en.E.A Sanik, saya juga terfikir untuk membuka perniagaan caterer. Adakah perniagaan seperti ini juga boleh dijadikan Franchisor?
March 4th, 2011 at 3:56 am
sy mmg sgt berminat utk buka franchise
makanan seperti nelson’s…
ade sape2 tau berapa kos francais ni??
March 6th, 2011 at 12:40 pm
saya mahu menyertai perniagaan francais tp tiada respons darpd francisor yg dihubungi..sukar untuk berhububg…ada tips ka?
June 21st, 2011 at 2:53 pm
dari cara pembacaan komen2 yang ada, ramai lagi masih kurang tahu asas2 konsep berniaga, padahal ianya cukup mudah. orang kita berperasaan yang bilamana nak berniaga, semuanya kena ada, baik dari segi modal, ilmu dan apa2 saja.
perlu ditekankan disini, untuk berniaga, kita kene faham dahulu sistem kapitalis. jika sudah faham basic kapitalis yang amat2 mudah ini, mulalah berniaga. jangan banyak sangat bertanya itu dan ini hingga akhirnya apa pun tak jadi.
buang jauh2 sikap berangan2 nak jadi kaya cepat! ini penyakit yang membunuh setiap manusia yang berniaga. nak markup pun, biar ada rasionalnya baik dari segi sewa, bil api air, gaji pekerja dan apa2 lagi.. jangan anggap modal satu barang contohnya mouse RM3, kita letak RM25 adalah terlalu tinggi yer. kira balik BEP-nya dulu.. cari barang yang bersesuaian, dan markup sehingga 8-10 kali ganda, barulah bisnes boleh hidup. kalo beli RM3, jual RM5.. baik pergi buat amal jariah tebas rumput kat setiap masjid di parlimen anda siang dan malam..
July 19th, 2011 at 5:07 pm
askum..sya cadang nk bka kdai barang2 berjenama contohnya seluar levis,kasut sukan,sandle,baju..adakah saya kena buat tambahan lesen selain lesen SSM dan lesen perbandaran..
August 25th, 2011 at 8:11 am
SALAM,SORY MENCELAH SIKIT.. SAYA BERMINAT DENGAN PERNIAGAAN FRANCHAISE IAITU KFC..DAN APAKAH YG PERLU SAYA ADA@SEDIAKAN? DAN BERAPAKAH MODAL YG DIPERLUKAN
October 18th, 2011 at 2:14 am
sy ade modal..jika sesiapa blh menolong sy..mcm mne sy nk buka kfc???kos die..
November 14th, 2011 at 12:17 pm
salam..i nak tye satu perkara…i nak jadi taukeh franchaise…i ade produk sendiri…mcm mana nak mengfranchaise kan produk i tu supaya boleh pergi jauh…
November 29th, 2011 at 9:49 am
assalam ..saya berminat utk menbuka satu cawangan kfc dibadar sy, bagaimana utk sy cumburi bidang nie? dan modal dia besar ker?