Dua hari lepas kita sentuh mengenai back end product. Bererti, kita menjual “follow up” produk selepas pelanggan membuat belian pertama, mungkin terus selepas belian, 2-3 hari selepas buat belian, 1 minggu selepas buat belian, sebulan selepas buat belian, atau bila masa sahaja.

Up selling pula adalah apabila anda mempromosikan produk tambahan sebelum pelanggan membuat belian. Sebagai contoh,apabila pelanggan membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, mereka diberi pilihan untuk “upgrade” dan beli sekali CD Rom Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet.

Produk yang sama boleh dijadikan untuk up sell atau back end (produk yang berbeza pun boleh!). Bezanya hanyalah waktu produk tersebut dipromosikan, sama ada sejurus sebelum pelanggan membuat bayaran (upselling). Ataupun selepas pelanggan membuat belian (back end).

Gabungkan cara promosi upselling dan back end untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda oleh kerana kini, pelanggan sudah yakin dengan perniagaan anda dan sedia untuk berbelanja lebih untuk perniagaan anda.

ps: sepatutnya topik ini didahulukan sebelum topik back end produk!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Backend product = keuntungan yang lebih!
  • Beri jaminan @ guarantee
  • Menambahkan keuntungan #2: Menambahkan conversion rate
  • Hari #6: Memaksimakan transaksi CaraPromosi.com