Siang tadi di Bernama Radio24, segmen Irfan on Air, topik yang dibincangkan adalah gagal dalam perniagaan. Di mana saya membuat phone interview dengan Mentor Jutawan, Billi Lim kita… it was a fun interview!

Satu soalan yang diajukan kepada saya tadi berbunyi…

IK pernah gagal ke?

Sebab terima soalan cepu emas tu on air, saya pun sebutkan on air, 3 kegagalan saya sebelum ini. Habis semua orang tau… ;)

  • Baru-baru ni adik-adik kita ambil keputusan SPM kan? Teringat saya tentang kegagalan saya dalam mata pelajaran Prinsip Akaun ketika SPM- saya mendapat F9! Yup… saya kantoi accounts ;) That was a major downer sebab masa cuti tunggu result SPM saya dah berangan nak jadi jutawan dah… bila tengok result accounts… aduh- F9!
  • Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam (PPP) mengambil jurusan perniagaan. Majoring in Economics. Biasalah… nak jadi ahli perniagaan, kena la handal Econs. Final A-Level exam… dapat result, saya FAIL my Economics. Sampai terpaksa re-sit exam 2 bulan kemudian. Strike 2! Alhamdulillah, ketika re-sit, keputusan saya cukup-cukup makan (pass… kurang 1 point untuk kantoi balik) untuk fly ke UK.
  • Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGAL mendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)… strike 3!

Bila ingat kembali, it was a great journey. Semua kegagalan itu mengajar cara kejayaan. Syukur Alhamdulillah, dari dulu lagi saya bukan seorang yang cepat putus asa, dan harapan kita semua tak akan putus asa.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Outsider’s Edge - kejayaan mereka yang tersisih