Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1

Pagi tadi pelancaran Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah!. Sesak juga PWTC di buatnya. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Dato’ Seri Mohamed Khaled ternampak saya buat pertama kali ketika itu, terus sebut “Eh, ni yang jutawan Internet tu kan?”. Wah… boleh tahan juga! 🙂

Esok sesi saya adalah pada jam 3.30-5.30pm di PWTC

Sekiranya berminat, datanglah ke Gerak Usahawan- banyak yang anda boleh pelajari daripada pameran-pameran yang disediakan.

Daripada hendak menyertai MLM, hendak menyertai franchais, hendak mencipta franchais, hendak mendapatkan pinjaman bank, atau grant… macam-macam ada. Bagi usahawan & bakal usahawan, Gerak Usahawan adalah bantuan kerajaan dalam mempromosi keusahawanan. Pameran & booth bermula pada jam 9.30 pagi. Slogannya pun “Keusahawanan kerjaya pilihan!”

Sesi saya, saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan juga cara memulakan perniagaan Internet. Apa yang saya akan ceritakan esok, hanyalah “pengenalan kepada perniagaan Internet”- jadi, yang advance-advance takde diceritakan :). Khas untuk membuka mata mereka yang masih belum mengetahui perniagaan Internet. Berikut adalah antara isi kandungan talk saya esok…

  • Membina minda usahawan jutawan
    Alang-alang hendak jadi usahawan, baik jadi usahawan jutawan! Tetapi, apa yang diperlukan untuk jadi usahawan jutawan?
  • Kehebatan perniagaan Internet
    Bagaimana perniagaan Internet dapat membantu usahawan. Kekuatan perniagaan Internet di Malaysia, Asia dan juga pasaran Islam!
  • Nak jual apa online?
    Soalan cepu emas ramai yang tidak tahu jawapannya. Nak jual apa online? 🙂

Jumpa di sana! Keusahawanan kerjaya pilihan 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

15 thoughts on “Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1

  1. Tahniah Teruskan usaha anda yg murni dan ianya sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada bangsa kita untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan khususnya dalam internet markerting.

  2. ‘Yesterday’ petang (25/8/2007) saya gi Bengkel Strategi Pemasaran & Promosi Yang Berkesan Dan Kos Efektif ‘by’ Utusan Media Dan Media Prima. Memang ramai yang ‘attend workshop’ ni.. penuh Dewan Tun Razak tu! 😉

    GERAK USAHAWAN NASIONAL 2007

    Mari gi ‘support’ ramai-ramai…siapa yang ‘free’ 🙂
    Sesi Bersama Irfan Khairi â€Bagaimana Memulakan PerniagaanInternet dari Rumah” dijadualkan pada hari Ahad 26hb. Ogos 2007 pukul 3.15 PM. DEWAN TUN RAZAK 2

    Dapatkan Aturcara Penuh Gerak Usahawan Nasional 2007 di:
    http://www.promoprosper.com/gerakusahawan2007/index.htm

    Hisham;
    â€Jumpa Di sana” MERDEKA!!! 😀

  3. Saya memang berminat nak ke sana.apakan daya, tak berkesempatan.

    harapan dan doa saya agar Irfan berjaya membuka mata masyarakat tentang perniagaan internet ni. biar semua orang faham tentang bisnes ni dan tak fobia macam perlaburan internet tu.

  4. Salam,
    Terima kasih kerana anda sentiasa kedepan untuk menjelaskan perniagaan internet. Saya telah membaca buku anda Rahsia Jutawan Internet terbongkar. Boleh rujuk resipt pembelian melalui internet (4627)14/11/05.

    Bagaimanapun sehingga hari ini saya belum berjaya memecah tembok sebagai jutawan internet berjaya. Saya banyak tumpukan kepada program affiliate kerana saya berkesuntukan wang untuk cuba melabur dengan program busines internet.
    Boleh bantu saya untuk mempercepatkan diri saya menjadi jutawan internet?

    Saya juga seorang journalist dan sekarang saya buat free lunc news reporter bersama video cam saya untuk syarikat tertentu. Terima kasih.

  5. Assalamualaikum

    En Suhaimi Taib,nak tak kalau kita tubuhkan advertising company untuk membuat iklan-iklan komersial bagi syarikat saya khususnya.Saya perlukan orang yang agak mahir dalam mengendalikan kamera untuk penggambaran iklan.Kita share advertising company dan tempat kita kerja dari rumah sahaja yang mana part time dengan syarikat saya tetapi pemilik bersama untuk terbitkan iklan-iklan komersial bagi sebarang company yang perlukan khidmat kita.Alamat email saya minta pada Irfan dan phone saya hanya selepas 8.00 malam atau melalui janji dengan email.Rasanya kamera dah ada tinggal lighting dan sound system untuk dubbing.Asas dah ada saya akan cuba bentuk creative group untuk merangka iklan. Insyaallah jadi ye En Suhaimi Taib.

    Wassalamualaikum.Semoga ada kesiambungan hubungan..

  6. Assalamualaikum Irfan…

    Mcm mana talk kat pwtc tadi? Seronok ke?

    Sy baru je tgk Irfan kat Berita TV3 masa tgh buat presentation kat sana. Pakai baju purple, seluar putih..

    Sayang sekali atas masalah teknikal, sy tak berkesempatan untuk ke sana. Sy memang dan plan dgn kawan saya Mira, utk sama2 ke sana tapi last minute xdpt pg pula, nampaknya dia pg sorang2 je ptg tadi.

    Mira kata dia tak sempat dpt handout yg disediakan, bagaimanakah caranya utk mendptkannya semula? Tq.

    Kpd Suhaimi Taib: Utk mempercepatkan jadi jutawan Internet sy cdgkan Suhaimi join Workshop Jutawan Internet, paling awal kat Marriot Hotel pd 1/9/07 ni. Suhaimi ada kebolehan sendiri, tentu lebih senang mencapai cita2 yang diinginkan. OK ke?

    Tq dan all the best to & all..

  7. Wow..bestnya kalau dapat berjumpa dengan doktor. Agak2 kalau kat tempat2 cam gitu doktor berpeluang tak luangkan masa dalam 5 minit dengan orang yang menegur doktor? :). teringin jugak borak2 ngan doktor secara life.

    saya baru sahaja nak start buat bisness online nie..Semoga dengan membaca tips doktor nie boleh menaikkan semangat saya untuk terus berusaha bersungguh2

  8. Assalamualaikum & semua,

    Saya nak sangat ke Gerak Usahawan tapi tak sempat. Saya buat bisnes perabot tapi pendapatan tak seberapa dibandingkan dengan usaha yang dibuat. Saya dalam dilema samada nak teruskan dalam bidang perabot atau mencari peluang niaga lain khususnya melalui internet. Saya ada beberapa cadangan yang nak dibuat. Boleh bantu saya? TQ.

  9. Salam hormat,tabik spring buat saudara Irfan,yang sebenarnya saya telah mengikuti pelbagai taklimat berkenaan jutawan tetapi bukan internet,Jutawan Internet paling bagus saya lihat hanya di dalam internet sahaja. Saya amat berminat nak jadi jutawan internet pada masa kini,tetapi badget tak cukup dan pelbagai halangan yang membuat saya terbantut dalam kerja ini. Boleh tak tuan datang ke Melaka untuk membuat talk. Azlee.

  10. Business internet ni tak perlu modal yg besar. kalo ada niat dihati nak tu boleh mulakan bila-bila masa.. dengan modalnya kurang RM500 kita dah boleh ada online/internet business.. yg penting ada kemahuan..

  11. Salam Irfan,

    Saya berminat sangat nak attend workshop ni tapi masalahnya saya tak boleh attend pada hari Sabtu @ Ahad. Ada tak workshop yg buat pd Isnin – Jumaat & I want u to be my mentor!!!

  12. Salam,
    Minta tolong Irfan bagi e-mail Hakimi bin Sulaiman dan nombor telefonnya hantar ke alamat email saya segera untuk hubungan lanjut. Tolong yer

Leave a Reply

Your email address will not be published.