Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?

By now, semua tau harga minyak naik. Malam tadi, saya lalu petrol station, dan lihat punyalah panjang orang ramai queue untuk memenuhi tangki minyak. Siapakah yang akan mengeluh dengan kenaikan harga minyak? Sudah pastinya mereka yang berpendapatan sederhana/rendah.

Harga minyak naik 40%, gaji tak pula naik 40% kan?

Adakah memenuhi tangki minyak will fix the problem? Semestinya tidak… katakan full tank kita RM100… queue lama-lama pun paling banyak pun, kita jimat RM40 je bila minyak kita habis dan isian seterusnya adalah RM140 pulak. Ia hanyalah quick fix atau penyelesaian sementara sahaja.

Then, apakah penyelesaian jangka panjang?

Di sinilah saya ingin menyebut kembali tip saya betul-betul 1 tahun lepas. June 2007, saya menulis:

Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah!

Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat!

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi!

Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?

Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.

Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti!

Nampaknya keadaan ini semakin menjadi nyata. Inilah waktu terbaik untuk fikirkan tentang memulakan perniagaan…

Antara perniagaan yang boleh dimulakan oleh ramai antara kita adalah perniagaan Internet. Saya sering kata, kita menjalankan perniagaan Internet, bukan semestinya bermatlamatkan untuk jadi jutawan. Saya sendiri selalu mengaku, ia bukanlah perkara yang mudah untuk menjadi jutawan melalui apa perniagaan pun. Perlu banyak usaha! (tak mustahil)

Tetapi, memadai sekiranya perniagaan Internet kita boleh menjana pendapatan RM2,000-RM5,000 sebulan. Fikirkan keadaan ekonomi anda sekiranya boleh menjana extra pocket money 2-3 ribu sebulan. Tidakkah itu membantu anda & keluarga anda? pastinya harga minyak naik 40%, kita pun tak mengeluh 🙂

ps: Memulakan perniagaan Internet dari rumah tidak memerlukan modal yang tinggi. Saya tidak pasti mengapa ada antara kita melabur sehingga RM5,000-RM10,000 untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah. Memulakan perniagaan Internet kecil-kecilan dari rumah berkos kurang dari RM500 pun dah kautim (termasuk payment gateway). Dan itulah yang saya tunjukkan di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

52 thoughts on “Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?

  1. assalamulaikum IK

    Saya setuju masa sekarang lah kite harus mencari pendapatan tambahan…so marilah ramai2 pembaca menyerti MIBO..satu business yang boleh menambah pendapatan….barang semakin naik tapi gaji kite tetap sama.
    sesiapa nak berkongsi mengenai mibo boleh email ke saya shukila78@gmail.com……

  2. Kena bersiap sedia bila bila masa dgn extra income utk berdepan dgn cabaran kenaikan harga minyak yg tidak dapat dielak lagi kenaikan harganya. Jgn naik minyak sudah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.