Tue 21 Apr 2009
Nak dibuatkan cerita, printer kat rumah saya ni rosak… so, saya pergi ke kedai komputer untuk beli printer. Sebab selalu print documents sahaja, so, beli yang murah je…
Belek punya belek, last-last, decide beli printer ni HP2560 harga RM118…

Dah beli printer, kena la beli katrij kaler & hitam putih. kalau tak, nak print macam mana… So, perlu beli katrij yang ni…

Harga katrij? RM120 untuk warna & hitam/putih….
Aik? Printer RM118… Katrij untuk print RM120? Lagi mahal katrij dari printer! pandai betul HP… macam batu cincin
![]()
Anyway… keadaan ini adalah salah satu strategi perniagaan juga.
Maksudnya, pihak HP tidak cuma mengira keuntungan pada jualan pertama, iaitu printer sahaja. Tetapi, pihak HP telah mengira keuntungan jangka masa panjang- katrij-katrijnya. Dengan memberi produk pertama pada harga murah, mereka dapat menarik lagi ramai pembeli dan keuntungan dijangka akan terima dalam jangka masa panjang.
Sebagai contoh, kata la saya gunakan printer ini selama 3 tahun. Setiap bulan (untuk memudahkan pengiraan) saya perlu ganti kedua katrij. Oleh itu, selama 3 tahun, harga katrij sahaja adalah RM4320 (RM120 x 36bulan). Tambah harga printer (RM118), jumlah jualan keseluruhan jangka hayat printer ni adalah RM4438
So… kiranya not bad lah jualan RM4438 untuk HP. Bukan setakat RM118 harga printer sahaja!
Cuba anda fikirkan perniagaan lain yang menggunakan strategi ini? Bolehkah anda menggunakan strategi ini untuk menggandakan keuntungan perniagaan anda?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


April 21st, 2009 at 4:30 pm
The major source of income for HP ialah daripada ink printer, “consumable product”, walaupun mereka mempunyai banyak product lain. Memang konsep “consumable product” ialah salah satu konsep business yang simple sahaja untuk memastikan jualan dimana pelanggan tidak ada pilihan lain, kena beli juga kecuali guna ink imitation. Tapi bagi saya, cuma pandangan peribadi, harga ink HP mahal sebab brand. Kalau ink dari Canon lagi murah…:)
April 21st, 2009 at 7:37 pm
Konsep perniagaan ini juga diguna pakai dalam bisnes kedai optikal.Jual bingkai cermin mata dengan harga yang murah tapi harga kanta mahal sedikit.Perkara ini berlaku kerana para peniaga sedar akan wujudnya kebergantungan antara sesuatu produk yang dijual.Seperti yang IK cakap, kita sudah membeli printer jadi terpaksalah beli juga katrij walaupun mahal.Kalau tak, macamana nak print kan?
April 21st, 2009 at 9:37 pm
Bagus juga strategi ni….boleh di guna pakai ni..hhihi
April 21st, 2009 at 9:55 pm
Assalamualaikum IK,
Lain kali belilah printer Canon. Model yg pakai dakwat suntik. Harga pun murah tak jauh beza dari hp, lingkungan dalam rm230++. Boleh scan dan print skali.
Dakwat dia jauh lebih murah dari harga katrij. Ada macam2 warna dakwat yg dipasang.
Jenis yang pakai dakwat ni bila habis cuma tambah dakwat saja. Kalau katrij pula kita terpaksa buang dan beli yang baru, sebab tu la lebih mahal. Lagi pun sambil berjimat kita boleh selamatkan alam sekitar.
Jenama canon juga tahan lasak berbanding dengan jenama lain. Dan juga lebih senang dibaiki- spare part mudah dapat.
Ini semua kami survey dari Plaza Low Yat…:)
April 21st, 2009 at 10:05 pm
Eh IK sama la printer kita yer.Masa nak beli dulu pun terkejut gak tengok harga printer HP ni murah,tapi ink dia lak yang mahal.Memang ink HP ni mahal jika compare dengan Canon.Another simple tips from IK
April 21st, 2009 at 10:42 pm
Semuanya tentang strategi kan…
Tapi printer jenama lainpun guna strategi yang sama. Dalam hal ni trend pun memainkan peranan…
April 21st, 2009 at 10:52 pm
ya.. strategi yang menarik… tak semestinya terus kaut untung pada keuntungan pertama…
April 22nd, 2009 at 8:22 am
haa, betul tu harga katrij lebih mahal dari harga printer, pelanggan sememangnya akan beli jugak katrij tersebut sebab nak guna. Cuma ada satu lagi alternatif pengguna boleh pilih, iaitu “refill” ink tersebut. Dengan menambah ink yg telah habis dalam katrij tadi, printer akan dapat diguna semula, walhal katrij yg asal masih elok lagi, cuma isi dalam katrij tu jer yg dah habis.
pssst ? Harga refill ink utk black dan colour adalah murah skit berbanding katrij.
April 22nd, 2009 at 8:23 am
Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Buat kerja sekali untung seumur hidup…. Itulah yg sepatutnya kita ‘FOKUSKAN’. Nak cpt lagi guna sistem ‘KUASA GANDA’.(pastikan sentiasa yg ’sah’ dan ‘benar’ sahaja).
Semoga Taufik dan HidayahNya sentiasa mengiringi kita. Amin
April 22nd, 2009 at 1:11 pm
Perniagaan lain yang lebih kurang sama strateginya.
Perniagaan apa ye?
Perkhidmatan servis motosikal. Sebab jual motosikal dan beri waranti servis setahun. Selepas setahun biasanya pelanggan kembali mendapatkan servis ke kedai motosikal yang sama.
April 22nd, 2009 at 1:17 pm
Dulu, saya pun hairan kenapa la katrij lagi mahal drpd printer tu sendiri. Tu yang saya buat mcm yg dhzul sebut kat atas tu.
Refill jer. Lepas dah 3 kali refill, barulah saya beli katrij baru. Dapatlah berjimat.
April 22nd, 2009 at 2:07 pm
yes!!cara ni yg saya pratikkan dlm bisness on line saya hasilnya sangat hebat.sebelum ni pun ik dah bg tip ni dlm workshop.rugi sesiapa x join workshop ik pasti anda dapat sesuatu yg amat berharga.boleh buit duit punyaa!!
April 22nd, 2009 at 2:26 pm
Kesimpulannya kita hendaklah melihat keuntungan untuk jangka masa panjang juga.. betul tak ?
April 22nd, 2009 at 2:35 pm
Salam!
Senyum spontan saya dengan artikel kat atas tu. Maklumlah orang perempuan pun selalu ngeluh bab tempah jahit pakaian. Beli kain murah tapi bila dihantar tempah lebih pulak dari harga kainnya (tambah tempah dibutik). Lagi mahal kain lagi tinggi upah sebab perception daya mampu bayar pemilik butik terhadap pelanggan yang menempah. Jadi ramai juga yang memilih beli yang siap. Ikut keselesaan dan kemampuan.
Wassalam.
April 22nd, 2009 at 4:05 pm
dlm buku RJJIT ada sebut mengenai repeat customer…
HP melakukan perkara yg sama utk memberikan keuntungan yg berlipat kali ganda…
:)
- aizat kamal -
April 22nd, 2009 at 4:20 pm
mmg camtu pn diorg buat.. bila fikir2 balik rasa nak beli printer tiap2 bulan je.. hehehe
April 22nd, 2009 at 8:07 pm
itulah..dulu printer harganya memang mahal. dan mungkin disebabkan mula wujud pelbagai syarikat besar yang menghasilkan produk yang sama(printer), maka teknik ini digunakan. bole dr cadangkan ke contoh produk biasa yang orang2 biase boleh aplikasikan teknik ini dalam bisnes..
April 23rd, 2009 at 12:55 am
Kalaulah boleh di applykan utk bisnes Nasi Ayam Pak Aji Leha…mmm…camne ye? Kena pikir ni…boleh ke?
April 23rd, 2009 at 11:32 am
Huhu.. Biasalah tu IK, saya juga guna brand HP gak… Tapi Canon pun guna strategi yang sama..
Kalu untuk beli cartridg tu, saya lebih rela guna refill je lebih kurang ok gak kaler dia. Sebenarnya nak refill ada teknik gak supaya cartridg tahan lebih lama …hehehe… Rahsia…
Dalam bisnes terdapat banyak teknik yang di guna pakai, yang penting kita kreatif bermain psikologi..
April 23rd, 2009 at 5:02 pm
IK,
Pasal printer HP ni, saya dah tak nak pakai. Kualiti dia kureng skit. Dah 2 biji pakai, tapi tak sampai 6 bulan macam2 problem. Sekarang saya pilih jenama Canon, so far puas hati.
April 23rd, 2009 at 8:28 pm
Ermm … menarik gak strategi nie
By the way, saya pun gunakan printer HP model yang sama … Harga asal RM118 tapi dapat RM108 (diskaun RM10).. hehe
April 24th, 2009 at 12:06 pm
rasanya semua jenis printer menggunakan stategi yang sama iaitu harga printer murah tapi harga katrij lebih mahal….mungkin canon lebih murah sedikit harga katrij nya..Tetapi konsep yang digunakan sama.
April 25th, 2009 at 12:08 am
Thanks IK,
walaupun semua orang beli printer dan katridge. saya rasa tak semua yg berfikiran macam IK. yela, setiap masa berfikir..
macam saya..tak perasan pun strategy HP nie..bila dah IK tulis baru terpikir..huhu
April 30th, 2009 at 11:26 pm
ini merupakan idea perniaggan,tips ni paling bagus..sebenarnya IK ingin memperjelaskan teknik marketing sesebuah produk yang berkualiti..
April 30th, 2009 at 11:27 pm
Beli printer murah sekali je.
Tapi beli katrij mahal berkali-kali.
Org tertarik nak beli sebab murah,
tapi terperangkap utk terus gunakan kena beli katrij yg mahal…
Pak Aji Leha,
Susahlah nak apply. Tapi cuba fikir macam ni.
Printer = kerusi meja atau ape benda kat kedai pak aji
katrij = order nasi ayam setiap kali org berkunjung
sekadar nak brainstorm aje..
May 5th, 2009 at 9:08 am
semue same je….
June 11th, 2009 at 3:16 am
sorry coz dlm ruangan ni aku masuk cuma nk bantu korang sume je…
kalo korang sume dh pening pala pasal katrij ni.. xperlu penung2 lagi… korang jual je la katrij kosong tu… dapat gak duit balik… walopun harga yg kosong tu beberapa ringgit je.. korang ada gak la duit.. drp buang baik jual.. so kalo korang rasa nak jual contact le aku ek.. 012-6346882(bob).. aku beli semua jenis toner & katrij x kira dari apa model pun.. yg penting model tu msh ada hrga lg.. so cba try dulu tengok…
June 18th, 2009 at 4:53 pm
Sy ingin Membeli Ink printer kosong terpakai HP,CANON,SAMSUNG,LEXMARK,BROTHER DLL..sesiapa yg mempunyai ink
ori masih dalam keadaan baik (tidak calar pada jalur magnet)yg telah habis jgn buangkan,anda boleh buat duit dgn menjualkn kepada sy bolehlah email ke shinasuka1352@yahoo.com, sms sy nizam di 0143309088,
Sy akan pergi kepada anda,contoh ink hp21,hp22,hp28,canon pg40 dan canon cl41
January 29th, 2010 at 2:59 am
Assalamulaikum….
Mngapa tidak saudara membli laser printer?
Running cost lg murah dari inkjet.
Brmaksud toner untk laser printer ley tahan smpai 2 1/2 tahun. Bg inkjet hnya sbulan shaja itupun page print sdkit. Kalau laser ley smpai 3000 page.
Ni forum sy.
Senang2 la tgok
http://forum.lowyat.net/index.php?act=ST&f=11&t=1285727&st=0#entry31069367
February 6th, 2012 at 3:54 am
dH LMe dh pRaSAn ..tApI X pIkiR La KiTe pN BlH GUnaKN stRAtEGi yG. SamE..TQ IK..