Mengubahkan hobi menjadi perniagaan

Semalam, saya di jemput ke MHI TV3 untuk berkongsikan bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan hobi kepada perniagaan Internet, tetapi, tidak sempat saya berikan semalam oleh kerana waktu yang terhad. Oleh itu, saya mengambil peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh 😉

Bahagian 1:
Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekaun PAUSE. Tunggu sampai loading habis penuh, baru tekan PLAY balik 🙂

Bahagian 2:

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, “Boleh ke?”

Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan– anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet membolehkan ini dilakukan… hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungio penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen MLM yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

====================

Bagi yang berminat mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet, daripada rumah:

Sertai Workshop Jutawan Internet. Klik di sini

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

59 thoughts on “Mengubahkan hobi menjadi perniagaan

  1. Salam IK,

    T.Q..atas IDEA yang Brilliant:)

    Malangnya ada di kalangan masyarakat hari ini yang mempunyai IDEA yang baik tetapi GAGAL untuk BERTINDAK!

    Rakyat Malaysia memang diakui mempunyai IDEA yang BAGUS, tetapi masalah utama mereka adalah kerana tidak ambil tindakan..

    Mereka lebih suka membiarkan IDEA menjadi Angan-angan daripada membiarkannya menjadi KENYATAAN..

    Salam Kekayaan,

    THINKERICH

  2. Hobi bercakap juga boleh di zahirkan menjadi perniagaan dan wang. Deejay, pengacara dan pembaca berita adalah contoh terdekat. Mungkin Wakil rakyat juga boleh tergolong dalam kategori ini :). Ketua pembangkang juga ada elaun tau..

  3. apa2 pun keje yg kita wat secara berterusan, ianya akn mnjadi tabiat kita..sama la dgn perniagaan internet ni..dlu saya just main suka2 je cari duit melalui tenet, tp sekarang dah jadi cam ketagih plak..hehe smpai kdg2, mls nk study..bhaya btl

  4. Alhamdulillah saya sempat menontonnya di tv pada jumaat lalu. walaupun hanya rancangan tersebut hanya sekejap sahaja tetapi topik yang dibincangkan sangat menarik.

  5. TINDAKAN yang membezakan antara yang boleh jana wang diinternet dengan yang tidak. memang sesiapa yang ada effort untuk bertindak,pasti mampu berjaya dalam apa jua perkara. saya pun sedang berusaha kearah itu(bertindak dan berjaya) 🙂

  6. 110% setuju dengan tip yang IK berikan. satu topik yang menarik dan sering diutarakan dalam buku dan artikel juga iaitu ramai jutawan di dunia ini berjaya mengumpul kekayaan mereka melalui hobi dan minat mereka.

    jika kita buat apa yang diminati, ia tidak lagi dianggap kerja dan hasilnya adalah keluaran yang dibuat penuh dengan ketelitian dan cantik.

    syukur kepada ciptaan internet kerana ia menjadi medium yang paling sesuai mengembangkan jaringan perniagaan. orang yang tak pernah buat bisnes pun boleh berjaya.

  7. Jika kita menukarkan hobi kepada perniagaan, sebenarnya ia akan menambahkan lg semangat kita.

    Ini kerana, jika kita membuat hobi dan dapat duit dari hobi yang kita lakukan, pastinya ia sesuatu yang tidak merugikan!

  8. irfan, sekarang telah heboh dikalangan para blogger psl ada scammer yg mggunakan nama irfan utk melariskan skim diorg. rmai termasuk sy slalu trima email spam yg bernama irfan khairi..sy risau rmai yg mudah terpedaya dgn email berkenaan..

  9. betul tu…

    perniagaan internet masih lagi baru di Malaysia.

    hobi adalah salah satu daripada contoh yang amat baik & mudah untuk mendapatkan idea baru bagi memulakan perniagaan internet.

    namun, jangan pula kita lupa diluar sana banyak lagi jenis perniagaan konvensional lain yang masih belum diaplikasi sepenuhnya ke dalam bentuk perniagaan internet.

    adalah menjadi satu kerugian yang besar jika kita tidak pandai menggunakan peluang yang ada ini.

    * setuju dengan thinkerich, idea yang baik saja tidak cukup seandainya kita gagal untuk bertindak…!

    jom mulakan langkah sekarang!

    http://msi-network.blogspot.com/

  10. Hmm ok saya baru habis SMART SEMINAR di Singapore. Dapat Ticket FREE.

    What the experts actually say is that, you must test your market first. Are people hungry for your hobby? Nak tahu senang jer..Google kan jer hobby tu.

    Sometimes passion does not translate into business transactions and that’s where a lot of us are doing things wrong. Passion can come second what matters is that – is there anything that can fund the passion?

    And in fact you can make what you do into a passion. When that happens the real wealth will come. 🙂

    Jangan marah ya, kita share tip dari apa kita belajar the last few days.

    Ini tip dari dari Jutawan Internet Lee & Robin Collins. Dorang initially memang tak faham mengapa orang beli control car kecil kecil ni. When they do the research, they found a hungry market for it. So they try out ah..

    Eventually they fall in love with that business and they are making millions with it today.

    Make the new found business your passion.

    Orang Singapore,
    Fadzuli
    http://www.fadzuli.com

  11. Salam IK,

    Saya bersetuju dgn pandangan IK, memg ramai yang berjaya dalam perniagaaan adalah hasil dari minat dan hobi mereka. Ramai yang nak cuba jadi seperti mereka yang bermula dari hobi untuk memulakan perniagaan. Pada saya, ilmu dan pengetahuan dalam perniagaan juga perlu supaya tidak mudah ditipu oleh orang lain.

  12. Assalamualaikum wr wb,

    Saya sudah beli CD Tuan tersebut, tetapi tak tahu bagaimana nak print jadi buku sebagaimana yang ada di pejabat Tuan dulu.

    Pse guide me.

    Idris Ismail Talu.

  13. Saya setuju dengan tip yang IK berikan. satu topik yang menarik dan sering diutarakan dalam buku dan artikel juga iaitu ramai jutawan di dunia ini berjaya mengumpul kekayaan mereka melalui hobi dan minat mereka.

    tapi ramai juga yang boleh bercakap tentang hobi dan perniagaan internet tapi gagal untuk melakukan dengan cara yang betul, kurang kefahanan tentang internet dan tidak tahu dimana hendak menmulakan perniagaan internet itu.

    mat
    http://www.arazakngah.com

  14. “irfan, sekarang telah heboh dikalangan para blogger psl ada scammer yg mggunakan nama irfan utk melariskan skim diorg. rmai termasuk sy slalu trima email spam yg bernama irfan khairi..sy risau rmai yg mudah terpedaya dgn email berkenaan.. ”

    masalah jugak nih… asal sahaj ada skim internet mesti derang nak kaitkan dengan irfan khairi.

    ayat paling biasa… “irfan khairi sudah menjadi jutawan dengan internet. maka kita jugak boleh gunakan internet untuk berjaya sebagaimana irfan khairi…” apa daaaa…

    kenapa pulak skim yang derang anjurkan nak dikaitkan dengan irfan khairi jutawan internet dalam perniagaan internet yang sebenar?

  15. Good luck n tq. Macamne pula kite nak jual barang keluaran produk yang terkenal tapi tak kuar dalam TV macam produk2 lain tu. kte member aje dan dah ada pangkatpun dlm Syarikat….

  16. saye tiada modal utk mmbina sebuah laman web ttpi bagaimana jikalau lmn web itu d ganti dgn blog??
    ade ka byk kekurgn brbndg dgn lmn web??
    wat ms nih sye hanye menghebahkn bhn perniagaan sye melalui kwn2,sms,mspace dn fster..ade ka cara lain?

  17. hi Ik. I luv all yr suggestions. Sekarang pun tgh buat laman mengenai hijab n aksesoris wanita sebab mmg minat sgt. Hopefully berjaya ya!

  18. Salam.. Hi IK,
    Saya begitu teruja nak join w’shop jutawan kat JB. Setelah berbincang dengan wife, keputusan telah dibuat. Mungkin saya kena hold dulu hajat saya ni sebab saya baru pindah rumah kena byk stanby duit. Lagi 1 saya fikir adalah lebih baik saya mempunyai laptop @ computer kat rumah sebelum join w’shop ni. Any komen membina pls advise me

  19. Lakukan kerana minat dulu, $$$ fikir kemudian. Ada orang ingat, join workshop hari ini, esok lusa dah boleh jadi jutawan > akai ada ka? Apapun saya masih teringat lagi klip video waktu ke workshop IK. Hahaha.. ingat sampai bila-bila..

  20. betul tu….kalo hobi walaupun kite lambt dpt pulangan kite x merungut coz itu mmg kite punye minat…..

  21. lyana kalau hobi suka membaca ada jugak peluang kita buat bisnes contohnya jual ebook teknik membaca cepat,atau pun buat ebook tips bagaimana menarik minat anak anda membaca,ataupun jual koleksi buku-buku yang kita pernah baca…

  22. terima kasih. setiap tips yg dr bagi memang berguna. Ia seperti pembakar semangat saya terutama ketika saya berasa kurang/lemah semangat.
    thans again.

  23. Sy rasa bersemagat untuk memulakan perniagaan internet setelah bertemu IK di Cititel tempohari. Thanks atas tips yg diberi cuma skrg sy sedang mencari cara2 bayaran dari pelanggan yg mudah untuk melicinkan perniagaan internet sy. Untuk join wrkshop yg ik cdgkan memang sy teruja cuma keadaan ekonomi skrg kurang mengizinkan.

  24. Memang tak dinafikan,perniagaan di internet 7 kali pantas dari perniagaan convesional…rugi bagi yang ketinggalan.
    Saya sendiri sedang menjalankan perniagaan ini & konsepnya lebih pantas kerana dalam masa 4 tahun syarikat ini telah melahirkan 60 orang JUTAWAN (mudah,pantas & berkesan) & perniagaan ini tidak mementingkan diri sendiri kerana kita bantu orang buat duit kita dapat duit,bantu orang jadi kaya kita kayaraya…lagi seronok bantu orang jadi Jutawan kita jadi Multi Millionare..hebat!!!
    *MLM-melahirkan ramai Millionare..
    *INTERNET-lahirkan ramai Billionare..
    Cuba fikirkan kalau 2 konsep perniagaan ini digabungkan????…dapat jawapannya?
    Konsep perniagaan yang Irfan bawa ini memang terbukti…biar buta IT,jangan buta HATI.
    TAHNIAH TUAN(Irfan)!!!…orang muda yang berfikiran GENUIN….kenapa Ahli perniagaan yang pro tak terfikir ya?

  25. â€Mengubahkan hobi menjadi perniagaan”

    hmmm…satu idea yang menarik utk di kongsi bersama. tidak pernah saya terfikir yg sebenarnya Hobi juga BOLEH buat DUIT!!! TQVM Mr IK sebab sentiasa beri idea bernas untuk bantu ubah taraf hidup from Zero to Hero 🙂 Tq jg coz sentiasa update me info/tips2 hebat dalam bisnes internet ni. God bless ya!

    “BREAKING YOUR PERSONAL BEST”

  26. salam ………saya berminat untuk menjalankan perniagaan…ada product tetapi tiada web site untuk mengiklankan perniagaan saya.bagaimana mahu membina website sendiri?

  27. Dari kecik lg sy mmg minat sgt melukis, minat yg sgt mendalam itulh yg tlh mmbentuk kerjaya sy bila dah dewasa. Bermula dgn kerjaya sbg pelukis pelan(architecture), pas tu freelance illustrator(pelukis perspective),dlm waktu tu jugak…sy jd kartunis…dan skrg ni sbg Pelukis sepenuh masa (self taught artis). Maknanya, sy hanya melakukan sesuayu yg sy minat sj…menukarkan minat menjadi kerjaya..,cuma blum betul2 brjaya je lg…tp sy tak pernah kesal pn, sbb melukis tu mnat sy.
    So, bla IrK. memberikan tip untuk menukarkn minat mnjadi prniagaan, ianya sgt mggembirakn sy. Skrg ni pun tgh bergerak kearah mmpraktikkannya. So…TQ bbnyk di ats sgla tip dan dorongan IrK.

  28. Saya ada buat part time Unit Trust & ada buat satu blog. Macam mana nak buat promosi supaya lebih ramai orang melawatnya & saya dapat referal daripada situ..minta dari Sifu. Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.