Sempena hari merdeka ini, apa kata kita “curi” idea dari negara penjajah :)

Apa kata anda ambil idea-idea perniagaan yang wujud di negara luar dan implimentasikan di Malaysia? Sekiranya ini dilakukan dengan betul, amat sukar untuk perniagaan anda gagal.

Di negara luar, telah lama perkhidmatan penerbangan kos rendah dijalankan seperti Easy Jet dan Ryan Air. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Air Asia.

Di negara luar, Robert Kiyosaki, Suze Orman, Aaron Hill adalah pakar kewangan peribadi terkenal. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujud Azizi Ali.

Di negara luar, Corey Rudl, Ken Evoy, Rosalind Gardner adalah Internet marketer yang telah lama bertapak. Kini, dengan konsep yang sama diimplementasikan di Malaysia, wujudlah Irfan Khairi :)

Dulu kita di jajah negara luar, apa kata kita jajah pula idea negara luar dan implementasikan di Malaysia. Jika idea perniagaan tersebut boleh berjaya di negara luar, besar kemungkinan ia juga boleh berjaya di Malaysia!

Selamat menyambut hari kemerdekaan! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila pergi holiday, bawa balik idea perniagaan
  • Nama produk asal mana?
  • Jauh perjalanan luas pandangan!
  • Menjadi pemborong online