Wah… semalam talk saya di Vistana Hotel, KL fullhouse! Talk bertajuk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” mendapat sambutan diluar jangkaan! Pada mulanya budget untuk 200 peserta sahaja… tetapi atas permintaan tinggi, jumlah ditambah kepada 300… pada hari tersebut, bila lihat ramai yang datang, sempat tambah seat kepada 400. Last-last yang datang 500+ peserta… sampai ada yang terpaksa berdiri lagi!

outside.jpg
Peserta sedang daftar nak masuk dewan…

Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan. Alhamdulillah, ramai yang bagi tau saya sesi talk saya tu cukup bermanfaat dan boleh diaplikasikan kepada perniagaan masing-masing.

inhall.jpg
Fullhouse dengan lebih 500+ peserta yang hadir…
stormhall.jpg

Walaupun talk saya ditaja oleh StormReaders2U, perniagaan MLM 100% patuhi syariah, saya pastikan isi kandungan talk saya boleh diaplikasikan kepada apa jua jenis perniagaan kerana mengetahui mereka yang sering memberi sokongan kepada saya adalah dalam pelbagai bidang perniagaan ;)

ikhelmi.jpg
Saya & En.Helmi… orang kuat saya di Stormreaders ;)

Semalam juga berlangsungnya pelancara SDA (Sistem Duplikasi Automatik), satu sistem yang dicipta khas untuk mereka yang menyertai StormReaders dan dapat menjalankan perniagaan StormReaders secara automatik, tanpa jumpa orang seperti perniagaan MLM konvensional. Buat masa ini, hanya peserta semalam sahaja yang mengetahui mengenainya… belum tiba masanya lagi untuk diumumkan di blog. So, harap bersabar ok ;) SDA adalah satu sistem yang saya ciptakan yang bakal menggegarkan StormReaders ;)

ikshah.jpg
Saya & En.Syah, pengurus besar Stormreaders Network

Bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai StormReaders, boleh klik di sini untuk keterangan lanjut. Tetapi suka saya umumkan di sini, daripada 500+ peserta yang hadir semalam, lebih dari 100 telah daftar sebagai ahli StormReaders2U selepas mengetahui tentang Sistem SDA! dan ramai lagi akan mendaftar dalam minggu ini. Menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap StormReaders, alhamdulillah & tahniah kepada Telaga Biru Sdn Bhd.

iksit.jpg
IK in action memberi talk menjalankan perniagaan secara automatik!

Atas sokongan anda juga, suka saya umumkan, bagi mereka yang ingin mendengar talk saya yang seterusnya, saya akan mengadakan satu sesi talk di Cititel Kuala Lumpur pada hari Rabu, 3hb March ini, jam 8.00 malam. Kali ini, bukan ditaja oleh StormReaders, tetapi oleh Peoplepreneur Business School.

Sesi saya kali ini, juga mengenai perniagaan Internet bertajuk:

“Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri”

Tarikh: Rabu 3hb March 2010

Masa: 8.00 malam (sila datang awal 7.45 supaya tempat cukup)

Tempat: Cititel Hotel, Kuala Lumpur

Masuk: PERCUMA ditaja oleh Peoplepreneur Business School

Sekiranya anda telah hadir pada sesi semalam, dan mendapat manfaat daripadanya, pastinya sesi Rabu ini juga anda akan dapat banyak idea-idea yang bernas dalam menjana pendapatan tambahan!
.
Sekiraya anda ingin menyertai,  sms [nama], [alamat email], [contact number] kepada  017-3935364 untuk menempah tempat. Tempat terhad kepada 70 penyertaan percuma sahaja.
.
Dan sebagai bonus tambahan, saya akan beri percuma e-report saya bertajuk “Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri” yang berharga RM20 secara PERCUMA kepada SEMUA peserta untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang saya bakal sampaikan pada hari Rabu nanti ;) Dah la dapat ilmu free melalui talk saya… dapat ebook free lagi tu ;)
.
Kalau tak dapat hadir dan nak dapatkan laporan X saya ni, boleh ke halaman Laporan X di sini dan mendapatkannya (tak la percuma… kena beli la kalau tak dapat datang) ;) .
Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK cover majalah perniagaan “Jutawan”
  • StormReaders 2U di JB - Fullhouse
  • Strategi Bisnes IK2- seminar percuma esok!
  • Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik