StormReaders 2U di Vistana Hotel- fullhouse

Wah… semalam talk saya di Vistana Hotel, KL fullhouse! Talk bertajuk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” mendapat sambutan diluar jangkaan! Pada mulanya budget untuk 200 peserta sahaja… tetapi atas permintaan tinggi, jumlah ditambah kepada 300… pada hari tersebut, bila lihat ramai yang datang, sempat tambah seat kepada 400. Last-last yang datang 500+ peserta… sampai ada yang terpaksa berdiri lagi!

outside.jpg
Peserta sedang daftar nak masuk dewan…

Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan. Alhamdulillah, ramai yang bagi tau saya sesi talk saya tu cukup bermanfaat dan boleh diaplikasikan kepada perniagaan masing-masing.

inhall.jpg
Fullhouse dengan lebih 500+ peserta yang hadir…
stormhall.jpg

Walaupun talk saya ditaja oleh StormReaders2U, perniagaan MLM 100% patuhi syariah, saya pastikan isi kandungan talk saya boleh diaplikasikan kepada apa jua jenis perniagaan kerana mengetahui mereka yang sering memberi sokongan kepada saya adalah dalam pelbagai bidang perniagaan 😉

ikhelmi.jpg
Saya & En.Helmi… orang kuat saya di Stormreaders 😉

Semalam juga berlangsungnya pelancara SDA (Sistem Duplikasi Automatik), satu sistem yang dicipta khas untuk mereka yang menyertai StormReaders dan dapat menjalankan perniagaan StormReaders secara automatik, tanpa jumpa orang seperti perniagaan MLM konvensional. Buat masa ini, hanya peserta semalam sahaja yang mengetahui mengenainya… belum tiba masanya lagi untuk diumumkan di blog. So, harap bersabar ok 😉 SDA adalah satu sistem yang saya ciptakan yang bakal menggegarkan StormReaders 😉

ikshah.jpg
Saya & En.Syah, pengurus besar Stormreaders Network

Bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai StormReaders, boleh klik di sini untuk keterangan lanjut. Tetapi suka saya umumkan di sini, daripada 500+ peserta yang hadir semalam, lebih dari 100 telah daftar sebagai ahli StormReaders2U selepas mengetahui tentang Sistem SDA! dan ramai lagi akan mendaftar dalam minggu ini. Menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap StormReaders, alhamdulillah & tahniah kepada Telaga Biru Sdn Bhd.

iksit.jpg
IK in action memberi talk menjalankan perniagaan secara automatik!

Atas sokongan anda juga, suka saya umumkan, bagi mereka yang ingin mendengar talk saya yang seterusnya, saya akan mengadakan satu sesi talk di Cititel Kuala Lumpur pada hari Rabu, 3hb March ini, jam 8.00 malam. Kali ini, bukan ditaja oleh StormReaders, tetapi oleh Peoplepreneur Business School.

Sesi saya kali ini, juga mengenai perniagaan Internet bertajuk:

“Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri”

Tarikh: Rabu 3hb March 2010

Masa: 8.00 malam (sila datang awal 7.45 supaya tempat cukup)

Tempat: Cititel Hotel, Kuala Lumpur

Masuk: PERCUMA ditaja oleh Peoplepreneur Business School

Sekiranya anda telah hadir pada sesi semalam, dan mendapat manfaat daripadanya, pastinya sesi Rabu ini juga anda akan dapat banyak idea-idea yang bernas dalam menjana pendapatan tambahan!
.
Sekiraya anda ingin menyertai,  sms [nama], [alamat email], [contact number] kepada  017-3935364 untuk menempah tempat. Tempat terhad kepada 70 penyertaan percuma sahaja.
.
Dan sebagai bonus tambahan, saya akan beri percuma e-report saya bertajuk “Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri” yang berharga RM20 secara PERCUMA kepada SEMUA peserta untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang saya bakal sampaikan pada hari Rabu nanti 😉 Dah la dapat ilmu free melalui talk saya… dapat ebook free lagi tu 😉
.
Kalau tak dapat hadir dan nak dapatkan laporan X saya ni, boleh ke halaman Laporan X di sini dan mendapatkannya (tak la percuma… kena beli la kalau tak dapat datang) ;).
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

75 thoughts on “StormReaders 2U di Vistana Hotel- fullhouse

  1. Salam IK,

    Saya antara ratusan peserta yang hadir tu. Alhamdulillah, seminar kali walau percuma tapi isi kandungannya amat berbaloi. Saya memang tertunggu-tunggu apakah teknik yang bakal didedahkan oleh IK ( sy dah diberitahu oleh en Helmi yg IK bakal dedahkan teknik rahsia khas buat ahli stormreaders2u ). Selepas penerangan mengenai sistem SDA ni, saya memang konfiden dengan keberkesanannya… Lebih2 lagi jika IK sendiri yang sediakan email follow upnya, mesti ‘kaw’.

    Thanks IK

    p/s : Walau dtg jauh dari Kuantan, saya rasa amat berbaloi sebab dapat juga capai cita2 selama 3 tahun – BERGAMBAR DENGAN IK

  2. Salam Motivasi dan Salam berkenalan..

    A’dulilah kerana satu perubahan dan fenomena yang berlaku dalam kemajuan anak melayu yang melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan.

    Semoga kejayaan demi kejayaan akan terhasil pada masa akan datang.. Insyallah

    Tq.

  3. Salam ik,

    Sy dr jb n terlepas peluang utk mghadiri pd hari sabtu.sy dfahmkn mendpt smbutan yg mggalakn..Syabas.. sy bharap IK dpt mempkembangkn internet biz disetiap negeri.. semoga ilmu yg dcurahkan mndapat keberkatan.. kami mendoakan IK kbhagian dunia n akhirat..amin..

    Rgds,
    monteskiss@yahoo.com

  4. Alhamdulilah saya dapat menghadiri pada hari itu..penerangan Irfan sangat menyakinkan dan saya percaya ia dapat berkembang.

  5. Salam,

    saya adalah salah seorg peserta yg menyertai talk IK kg diadakan baru2 ni di Vistana Hotel.Saya begitu teruja dengan beberapa laws yg diperkenalkan dlm sesuatu perniagaan.Saya masih terlalu mentah dan baru.Tak tahu apa2 tentang sesuatu bisness tp saya tetap berazam agar saya mampu berjaya seperti mereka2 yg telah berjaya dalam perniagaan sebelum ini. Harap bantuan dan nasihat daripada pihak tuan.

  6. Assalammkm,Saya amat tertarik dgn program yg Saudara IK jlnkan.Saya syorkan buatlah sama di sebelah utara ni.Kami pun nak tumpang sekaki.Amacam….setuju tak? Saya yakin di sinipun ramai peminat.Tak caya mai tengok. T.K

  7. kalau boleh adakan pr0gram ni di terengganu..saya amat berminat tapi tidak boleh pergi kerana jauh..

  8. Saya adalah diantara 500 yg hadir semalam. Memang dah lama nk join seminar IK baru semalam dapat hadir dengan jayanya..apa yang dapat saya katakan ia memang berbaloi.
    Tahniah IK

  9. Salam IK
    Saya berminat utk mendaftar menjadi ahli e-stormreaders. Adakah saya dimestikan utk menghadiri taklimat terlebih dahulu, krn buat masa ini saya masih blm berpeluang utk sertai seminar anda.
    Tq

  10. Salam IK,

    Nampaknya projek baru ni memberangsangkan saya berminat juga untuk join Storm Readers ni … nak pergi dengar preview jauh tu kat Gombak dalam 170km dari tempat saya ni….. kalau dapat buat sekitar 50km dari tempat saya pasti saya turun !!!!

    zamri

  11. ass…m
    tahniah ik
    saya cadangkan buat di pantai timur lak.

    buatlah di terengganu kerana ia di tengah2 pantai timur..

    tk

  12. Semoga usaha Dr diberi ganjaran setimpal oleh Allah kerana menyokong bisnes yang dapat menyebarkan ilmu-ilmu agama pada masyarakat.

    Teruja saya bila mendengar Stormreader bakal menggunakan sistem SDA, insyallah saya yakin ia akan bakal meletup.

  13. Salam.. Ik..

    AlhamdulilLah, saya dah datang hari tuh.AlhamdulilLah, banyak input yang tak ternilai & amat bermanfaat.

    Cuma rasanya 2nd time datang ni kena highlight bawa pen dan buku nota kot.. Takut terlepas pandang.. 🙂

    Hmm, tumpang tanya.. Kalau beri ebook percuma.. maknanya kena bawa apa-apa ke..? laptop ke, thumb/pen drive ke.. or ada cd free.. download dari email ke..?? Hmm..

    AlhamdulilLah..

    Terima kasih sekali lagi..

    p/s: Saya dah daftar nama, harapnya sempat le.. Insya-ALLAH..

  14. tentang IK mention pasal autoresponder tu….jika sy melanggan webhosting…ader x sistem yg seperti itu? maksud sy autoresponder tu la….thanks

  15. Assalamualaikum IK,
    Terima Kasih yang tak terhingga kerana mencurahkan ilmu yang amat berharga pada hari Sabtu lepas. Bak kata IK walaupun tak joint StormReaders tapi ilmu yang diberikan boleh dipraktikan pada perniagaan internet kita.

    Saya akan cuba praktikan “Sistem SDA” apa yang diajar dengan secepat mungkin sebab takut lupa lak. Memang powerfull kalau dapat gunakannya. Boleh gegar macam “StormReader”…

    Shamsul
    http://www.kilauankerongsang.com
    http://www.mentorjutawanebook.com

    ps: Macam yang saya tanya IK pada Sabtu lepas, boleh tak saya gunakan “Opt-in” + “Autoresponder” kat Opencard shopping system …

  16. Ruginya tak dapat dtg. Mmg nk dtg sgt tp apakan daya kesihatan tidak mengizinkan. Nak minta tolong Dr. IK emailkan on the updates k. Thx…
    I will deliver on 3 March. Nak juga Laporan X tu, boleh minta PBS sponsorkan utk I? hehe… as a hadiah for my new born baby.
    Anyway, thx so much for your guidance Dr. IK selama ini. Kirim salam to ur family.

  17. Salam…salam…

    IK…ooooo IK. IK tuuu… 🙂

    Meh aaa…buat kat pantai timur plak.
    Jelajah tiga-tiga negeri.

    Orang pantai timur dah lama dah…kenal KLCC, LRT, Putrajaya…

    Bila lagi orang KL nak kenal budu ori, nasi dagang ori, keropok lekor ori… 😉

  18. Salam.thanks utk saudara IK.Alhamdulillah dpt juga pegi ke talk IK di Vistana haritu.Ilmu yg manfaat disampaikan walaupun ringkas saje.

    Tak sia-sia saya jadi salah seorang yg subscribe nama dan email utk menerima info bisnes dan pengumuman terkini.

    Insyallah niat mahu lagi bertandang ke cititel hotel utk kutip segala ilmu yg akan dicurahkan.

  19. Salam IK,,

    Terima kasih kpd saudara IK dan group stormreaders kerana telah beri info dan tips yg bermanfaat..

    Sistem yg menarik iaitu SDA telah diperkenalkan..

    Saya dah daftar untuk talk seterusnya di Cititel, tapi belum ada confirmation.. Harap2 dpt turut serta.. Thanks

  20. Salam Saudara Irfan,

    Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT mengurniakan insan seperti saudara yang tidak lokek dengan ilmu dan pengetahuan yg saudara ada untuk di kongsi bersama2 kami pada seminar2 yg begini dan PERCUMA lagi pulak tu.

    Anyway thank you so much for the tips and input. We really appreciate it and InsyaAllah , we’ll adopt to our current business.

    Warm regards and take care!

  21. terima kasih atas sokongan semua, hanya Allah sahaja dapat membalasnya. tak kira yang datang dari dekat atau jauh untuk penuhi 500 yang hadir 😉 maaf lah ya, dewan jadi panas sebab fullhouse… saya di depan pun berpeluh sambil beri ceramah 😉

    lanchini > alhamdulillah dapat juga berjumpa, kalau tak nampak nickname je di blog ni

    shukran > hujung minggu ni kami akan ke utara. tapi tak termasuk saya la… krew-krew stromreaders lain akan ke utara. nanti saya emailkan maklumat taklimat di utara.

    syariah > terengganu insyaallah dalam perancangan… belum confirm tarikh lagi.

    rapi > alamak.. kalau seremban, datamg kl je la 😉 dari kedah, jb & kuantan pun ramai yang datang hari tu, takkan dari seremban takleh datang 😉

    kak sapiah > 😉 namanya wink sambil senyum… kira lagi selalu senyum, lagi murah rezeki kita…

    shamsul > thanks for your support as always. dan seperti biasa, walaupun talk saya di taja oleh perniagaan yang lain, saya pastikan apa yang saya sampaikan boleh diaplikasikan ke dalam apa sahaja perniagaan 😉

    mereka di pantai timur > berita baiknya, hujung bulan ni kami akan ke KB menjalankan sesi yang sama. insyaallah 26hb… so, nantikan kami ok. yang ini, insyaallah saya pun akan turun KB nak pekena ayam percik yati 😉

    mereka di johor > berita lagi baik, inyaallah sayaakan ke sana pada  21hb bulan ini… so, dah jemput tu, mesti datang & jumpa saya ok? 😉
    okeh… nanti kita jumpa kat cititel pulak tajaan PBS ya. terima kasih kepada stormreaders2u kerana menaja talk sabut lepas di vistana.

    -ik

    ps: kalau tak dapat confirmation melalui sms mengenai talk saya di cititel tajaan PBS, just datang je… insyaallah ada tempat kalau datang 15 minit lebih awal (7.45pm)

  22. Salam sejahtera kepada IK dan semua pembaca.

    Pertama, terima kasih tak terhingga kepada IK yang tak jemu-jemu memberikan ilmu kepada orang ramai. IK sentiasa ‘come out’ dengan idea-idea baru dan marvelous. Saya suka 🙂

    Keduanya, dengan sesi kali ini yang mana IK kongsikan SDA (Sistem Duplikasi Automatik), saya secara rasmi dan automatik juga telah mendaftarkan diri sebagai ahli Stormreaders Network :-).

    Ketiganya, saya dapat berjumpa dengan beberapa orang kenalan baru disana dan sesi networking berlangsung. Sungguh beruntung dapat hadiri event seperti ini. Selain ilmu, networking juga dapat dibina. Dalam 500++ orang yang hadir, tak kan 5 orang baru tak boleh buat kawan, ye tak?

    Terima kasih kepada IK yang sporting sudi bergambar (banyak juga koleksi gambar saya dengan IK ni)

  23. bila lagi nak buat kat johor,better you menjelajah seluruh malaysia la…lebih ramai yang berpeluang menjana pendapatan n be like you..insyaalllah.

  24. Rezeki itu hak Allah. Mesti diUSAHAkan untuk menDAPATkannya. Adviser (IK) buka jalan, sistem pula diwujudkan, IKHTIAR kita membawa kepada KEJAYAAN. InsyaAllah! Dari Songkhla,THAILAND saya turut serta program Sabtu (27 Feb 2010)di Vistana Hotel dan terus daftar sebagai PENGEDAR. Ayuh anda sekelian, peluang jangan diabaikan !!!

  25. Salam,wah bestnya…klu sy d smnjg, confirm sy jg join talk ni. Sy nantikan kedatangan saudara IK d Sabah..

    P/S: Dah join stormReaders n dah buat tips yg Ik bg. Ada dah kawan ingin join tp xtau pula cara bagi diorang join..

  26. salam IK,
    sedih jugak sbb dah beberapa kali terlepas peluang utk bersama dapatkn tips drpd IK. Semoga sy x terlepas lg kalau ada event kat JB pulak.

  27. Salam IK ,

    Macam mana nak join StormReaders dan bila nak buat kat sebelah utara ni ..Kedah ke ?

  28. saudara ik,
    terima kasih banyak2 sbb information yg saudara bg time ceramah sgt bebaloi..

    w’pun sy msih student,sy korbankn masa utk hdiri ceramah free saudara ik;D

    so mybe kt cititel ni pun sya sertai jugak..
    tp about e-book free 2 mcm mne??

    nk kena bwa pendrive,email address or laptop??

  29. Salam penuh ceria,

    Saya sangat berminat untuk mengikuti program sebegini.Cuma saya belum ada kesempatan dan kekurangan modal.
    Segunung harapan supaya dapat diadakan sebelah Malaysia Timur.

    p/s : cadangan buat secara webinar

  30. Salam..saya berminat nak join talk kat cititel…tp msh boleh mendaftar nama ke>hari ni dh selasa….

  31. Hi IK,

    Thank you for all d input on las saturday. Mmg tak rugi attend xkira apa pun biznes yg anda buat. Dpt lg bergambar dan autograf. TQ IK.

    Saya akn usahakan utk hadir lg kat cititel bsok. Juga workshop on this saturday. Hopfuly, during workshop nnt lebih byk ilmu yg dapat dan boleh la nak aply. coz till now, saya masih agak blurr. Maklum la baru nak bermula.

    p/s : IK, during w/shop nnt kna bwk laptop ker?

  32. kalo ade ssiapa buat rakaman bun kat CD kan elok..
    mcm kita org yg jauh ni just beli CD dn boleh tengok kat cd jee….

  33. saya ingin mendaftar sebagai ahli dan pengedar stormreader secara online dengan bayaran RM410. Tetapi boleh tak saya membeli buku-buku lain sebagai pembelian peribadi, selain buku yang telah dicadangkan. Ini kerana kedua-dua IK saya dah beli semasa bengkel jutawan internet. sila respon sebab saya nak register ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.