IK @ Hujung Minggu Malaysia, TV1 “Memberi Hadiah, Memberi Sedekah”

Setiap Ahad jam 9am saya menjalankan segmen motivasi saya di Hujung Minggu Malaysia (HMM), TV1. Sebenarnya dah lama saya mengendalikannya, kira-kira 3 bulan sudah, tapi baru ni berkesempatan uploadkannya di YouTube 😉 Insyaallah lepas-lepas ni saya akan carikan masa untuk upload segmen tersebut di YouTube.

Topik minggu ini bertajuk “Memberi hadiah, memberi sedekah”. Bagi yang terlepas, boleh ikutinya di sini…

Hari-hari terakhir Ramadhan ini, apa kata kita perbanyakkan sedekah dan amal jariah!

Klik di sini sekiranya tidak dapat melihat klip YouTube di atas

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

5 thoughts on “IK @ Hujung Minggu Malaysia, TV1 “Memberi Hadiah, Memberi Sedekah”

  1. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Sedekah di bulan Ramadhan besar ganjarannya, dan banyak hikmah di sebaliknya sekiranya kita seorang yang dermawan dengan ikhlas hari, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan meningkatkan lagi amal jariah kita.

  2. Nak kongsi info sikit ttg kelebihan bersedekah n mamberi hadiah…

    ‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)

    Perbandingan sedekah menurut Al-Quran
    â€Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )

    Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
    Maksud sabda Rasulullah saw : â€Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

    Menolak bala bencana
    Maksud sabda Nabi saw : â€Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
    ( H.R Al-Baihaqi )

    Selagi peluang masih ada
    Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

    kesimpulannya.. lg byk kita bt amalan kebajikan maka lebih banyak lah kurniaan Allah terhadap kita..

    SY MEWALIKI TEAMHYPROBULKSMS.COM INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PADA SIFU SY IK DAN KELUARGA.. DI MINTA D HALAL KAN SEGALA ILMU YG DI BERI..
    N PADA RAKAN2 YG LAIN JG.. SELAMAT HARI RAYA SEMUA..

    ADMIN

    teamhyprobulksms.com

  3. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…
    SEMOGA KEDATANGAN SYAWAL INI MEMBAWA SERIBU KEMENANGAN,AMAL JARIAH DITERIMA DAN KESYUKURAN….BANYAK2 MENGERJAKAN ILMU PERNIAGAAN YANG HALAL, AMAL IBADAH,BERZIKIR DAN MEMBACA AL-QURAN..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Leave a Reply

Your email address will not be published.