Iklan perniagaan di tempat pesaing

Ketika saya menulis ni, saya berada di Skypark Subang, on the way ke Penang. Semua tahu Air Asia bersaing dengan Firefly kerana keduanya bersaing di industri yang sama- low cost airlines.

Tapi di Skypark (tempat Firefly), terpampang iklan besar Air Asia…

firefly_airasia.jpg
Iklan AirAsia di airport FireFly

Satu soalan:

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, anda beri tak peluang pesaing anda mengiklan di tempat perniagaan anda? Seperti Firefly memberi peluang iklan pada AirAsia 😉

Sama macam sekiranya anda menjual handphone, anda suruh orang beli handphone jenama lain? Atau anda jual minuman, tetapi iklankan minuman orang lain? Atau anda jual tudung, tapi suruh beli daru usahawan tudung lain?

Patut la airport Firefly lengang je… ;)) I like!

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Iklan perniagaan di tempat pesaing

  1. Satu syarikat minuman besar mempunyai polisi memecat pekerjanya jika didapati meminum jenama air lain di tempat kerja. Polisi ini masih berkuatkuasa atau tidak, tak tahulah. Tapi itulah dasar mereka untuk memajukan jenama mereka. Pada saya syarikat Firefly ini mempunyai ketua yang tidak cerdik.

  2. boleh ajer promote produk org lain di laman kita..kita juga yang dapat duit..proses jual beli pun lebih rancak.

    jgn cakap syarikat airlines je yang buat cm tu.stesen tv pun.

    cth TV3 ada juga siarkan banyak2 kali iklan yang dibuat oleh Astro.astro nak promote kandungan siaran mereka di tv3.

    kalau ikut nanti ramaila org yang lari ke stesen astro…

    tapi untk tv3 mereka akan dpat duit hasil iklan tu…pilihan untuk pengguna lebih banyak..tapi at the end nanti siapa yang terbaik akan ada kat ats..

    kalau kita ada produk yang baik tak perlu risau sangat dengan persaingan,nanti pelanggan akan datang semula dekat kita.

    apa pendapat tuan irfan dengan statement saya?

  3. Perkara yang sama berlaku di LCCT.Terdapat iklan Malaysia Airlines di ‘area’ departures.Terpampang besar kat sana.Tapi Air Asia still mempunyai ramai penumpang.Saya melihat kekuatan Air Asia adalah memenangi hati dan minda pelanggannya.Mungkin saya boleh merumuskan begini,tidak kisah ada pesaing sekalipun di tempat kita dan dalam pada masa yang sama kita mempunyai strategi berkesan dalam memenangi hati pelanggan.

  4. Salam IK..

    Hmm, kalau saya personally memang tak patut.. Senang-senang bagi line pada pesaing..

    Tapi dulu bila keroje kompeni marketing..
    Bos saya suruh jual produk pesaing yang nombor 1 dalam market..

    Bila dah laju dan ada customer, baru selit dan masukkan produk sendiri..

    Hmm, Wallahua’alam..

    Tak prnah terfikir lak sebelum nih..

    p/s: K, IK saya doakan semakin sukses dalam rahmatNYA.. Dan moga semakin ramai jutawan muslim yang lahir dari program IK, Ameen..

    ~ Hanya ilmu yg mampu merubah bangsa ~

  5. Kod Adsense :

    TV3 tu hanya mengambil keuntungan dari iklan sahaja , tetapi firefly perkhidmatan , jadi pada hemat saya tidak sesuai

  6. kalau saya firefly, saya beli ruang iklan di situ supaya block iklan2 lain, dan promosikan perkhidmatan2 firefly 😉 discount ke… offer ke… sale ke…

    daripada biar pesaing beli dan letakkan iklan mereka 😉

    -ik

  7. Jimmy>>OH OK..It nice to see your writing;)
    Hmm…betul juga.mungkin juga sebab TV3 dah ada pengikut tegar mereka sndiri.dan tak rasa tergugat sgt kalau iklankan produk pesaing.

    Abang IK>>Oh patutla abang IK tak sama dengan IM lain.IM lain banyak letak promosi produk lain dalam blog mereka.tapi abang IK banyak promote produk sndiri!:)

  8. Assalamualaikum IK,
    Sy setuju dengan pendapat IK. Kita tak patut beri peluang pada pesaing kita untuk bertapak dalam kawasan perniagaan kita walaupun sedikit. Dengan ini bila customer masuk kat area kita dia hanya fokus kepada produk kita sahaja.

    Samalah juga dengan perniagaan internet. Kalau terlalu banyak iklan diletakkan kat laman web kita ini menyebabkan pelanggan kita lari membeli produk lain walaupun tujuan utamanya hendak membeli produk kita. Siapa yang rugi ..

  9. Kalau pesaing tempah iklan dengan bayaran yang lumayan terpaksa juga bagi peluang.

    Kalau bayar ciput maybe tak bagi peluang kot 😉

    Itu pendapat saya je.. tak semestinya betul…harus salah. 🙂

  10. Kalau kita lihat saingan Google dan Yahoo. Yahoo akan advertise di Google Adwords dan Google juga akan advertise kat Yahoo Overture.

    Saya rasa walaupun bersaing ada juga masa kita boleh bekerjasama untuk memajukan industri itu. Kalau kita lihat konsep Abundance, memang tak boleh habis pun.

    Kalau orang naik Airasia, masih ada juga yang akan suka Firefly – Betul ke? Saya orang singapore. Jarang dengar pasal Firefly.

  11. ya.. bukan semua keadaan kita boleh letak produk org lain di market kita. tp klu dgn iklan produk org lain tu blh bntu perniagaan kita.. itu lebih baik..

    contoh kita jual stokin, boleh tlg iklankan kasut ke, pwangi kasut ke.. automatik produk kita jg mningkat.

    tp dlm bab firefly bg airasia pluang mngiklan di tempat mreka,, i hv no idea! 😛 cumanya, mybe airasia byr lebih pd firefly.. (alasan yg xmunasabah) 😛

    atau pun… firefly bg pluang tu spy org ramai blh bndingkan iklan mereka dgn dgn iklan airasia yg xbest.. so bl ad benda xbest.. mnyebabkan yg iklan firefly yg biasa2 jd BEST gila,,,

    guna kelemahan org lain utk tunjuk kehebatan kita (konsep ni xblh guna stp keadaan..nti jd org xda etika, kondem org lain)

    p/s: ni 1st comment yg sy bg,,hehe,, new Internet marketer.. blog/web pn xbuat lg,, hehe.. minta ptunjuk.. sekian,, maaf

  12. kalau saya biarkan saja mereka sekiranya ingin mengiklankan produk mereka, sebab dengan adanya iklan mereka dikawasan kita, ia akan selalu memerlukan kita berhati-hati dan mencari cara baru, jadikan ia sebagai pemangkin semangat, cuma kenelah kawal pesaaing dari menguasai kawasan kita, biarkan mereka sedikit untuk kita belajar cara mereka. macam jurulatih bola benarkan sedikit serangan dari phak lawan kemudian atur startegi untuk menyerang balas pada masa ke 2 dengan cara yang mantap setelah memahami lawan,

  13. semuanya terpulang pada cara pengurusan syarikat tersebut.. ada baik dan buruknya kalau syarikat lain boleh iklankan produk diorang kt tempat kita.. kita boleh tgk apa2 kelebihan dan kelemahan pd caara iklan tersebut disiarkan dan ita boleh cuba perbaiki cara kita buat iklan utk tarik lebih banyak pelanggan

  14. bagus jugak cara pengiklanan sebegitu. saya tak pernah terfikir. sekiranya kita jual produk, dan orang datang membeli produk kita, kenapa kita perlu mengiklankan barang kita di situ lagi. bukankah itu merugikan. bukankah baik kita gunakan papan iklan itu dengan sebaiknya dan mengaut keuntungan dari pengiklanan. itu juga kan satu cara perniagaan. kalau papan iklan itu kita buat untuk promosikan barang kita, kan kita sudah kerugian satu perniagaan.

  15. nak bawa satu contoh..zaman kegemilangan islam di andalusia..kat wet market diorg, hasil pemerhatian org barat–peniaga muslim akan tlng promosikan peniagaan org lain yg sepatutnya menjadi pesaing mereka….what to say? =)

  16. Saya setuju. Ini di panggil win-win situation di mana bukan saja produk org lain yg di iklan kan kat tempat kita untung, tp kita pun untung dengan menyewa ruang iklan. Rezeki Allah bg semua org, Allah adil.

Leave a Reply

Your email address will not be published.