Mon 4 Jan 2010
Zaman sekarang terlalu banyak iklan diluar sana. Kebanyakan masanya manusia dah tak lut dengan iklan. Dalam sehari secara average, kita terdedah kepada lebih 500 iklan. Tetapi kita tak pernah perasan kan?
Pernah saya travel dari KL ke KLIA, sepanjang highway nak menghala KLIA tu, saya kira lebih dari 100 papan tanda iklan (billboards). Kalau tak kira, for sure saya tak perasan punya sampai seratus lebih papan tanda… (takde kerja kira billboard)

Contoh iklan yang kurang efektif
Anyway, tip saya hari ini adalah iklan adalah amat penting zaman ini. Tetapi dengan terlalu banyaknya iklan di luar sana, orang ramai pasti sukar untuk perasan iklan yang kita lakukan.
Oleh itu, zaman sekarang, iklan boleh dikatakan sebagai kurang efektif. Zaman ini, adalah zaman informasi. Untuk menarik minat orang ramai, kita berikan informasi.
Ini kerana, manusia masih lagi lut dengan informasi.

Iklan yang lebih efektif berbentuk informasi!
Dalam iklan yang kita lakukan, muatkan informasi-informasi menarik seperti masalah yang produk kita selesaikan, jaminan produk kita, testimonial pelanggan, manfaat produk kita kepada orang ramai.
Zaman ini, informations sells. Oleh itu, bukan ikan semata-mata iklan. Tetapi, iklankan informasi perniagaan kita
Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 5th, 2010 at 1:39 pm
Saya akui CTR untuk iklan berinformasi lebih mendapat perhatian. Saya ada cuba dan iklan berbentuk pertanyaan lebih mantap dan menghasilkan jualan
January 5th, 2010 at 1:59 pm
Ya, strategi bisnes juga banyak sudah beransur sedikit demi sedikit berubah.. Kita perlu peka..
January 5th, 2010 at 2:31 pm
Iklan sekarang memang sangat banyak dan bersepah2.. Sampai orang ramai jadi keliru nak pilih yang mana satu..
Kadang-kadang rasa menyampah pulak, kalau dengar Radio, asyik iklan saja… TV pun same..
January 5th, 2010 at 7:32 pm
Yerk.. saya sangat setuju dengan IK apa yang diterangkan mengenai iklan. Zaman sekarang merupakan zaman mencari maklumat (informasi) kerana bagi mereka ilmu amat penting. Tidak kira iklan secara offline atau online kita hendaklah menerangkan kebaikkan produk dan testimoni pengguna..
Betul tak???
January 5th, 2010 at 11:00 pm
cara membuat iklan berinformasi ni sgt berkesan….saya boleh aplikasikannya di tmpt keja sy supaya dpt menarik perhatian org2 kmpg utk dtg mempelajari ilmu berkaitan teknologi maklumat….hrp2 salah satu promosi sebegini sesuai…
http://kgtanjung.pjk.com.my/
January 5th, 2010 at 11:45 pm
cayalah…
January 6th, 2010 at 3:17 am
Betul tu, setiap hari pun kita boleh tengok iklan kat mana-mana, tv, radio, billboard dan macam2 lagi..Manusia semakin bijak…bukan sekadar membeli tapi juga nak tau manfaat sesuatu produk sebelum membelinya..
January 6th, 2010 at 7:08 am
Iklan. Hmmm…
Macam pakcik-pakcik kat kedai kopi selalu cakap la.
“Can’t live with them, can’t live without them.”
(Dah pakcik tu terer speaking, nak kata apa, ya tak?
)
January 6th, 2010 at 11:56 am
saya setuju dgn pendapat IK,tp bagaimana kita perlu implementasikan produk dalam bentuk informasi yang lebih mantap.
January 6th, 2010 at 12:29 pm
Sememangnya kita selalu didedahkan dengan banyak iklan setiap hari dan kita semakin sussah untuk menentukan yang manakan terbaik untuk dibeli.
Rasanya sekrang ni ramai yang ingin melihat bukti sesuatu produk atau servis itu baru orang ramai percaya.
January 6th, 2010 at 4:36 pm
Dengan persaingan iklan zaman moden ni, kita perlu lebih kreatif..kena cipta iklan yg ada ’spark’ dan rasa ingin tahu orang ramai..baru produk dpt dipasarkan dengan hebat…
Jadikan Al-Quran Sentiasa Di Sisi Anda
January 6th, 2010 at 5:56 pm
bro Irfan, thanks for the info!
Dari apa yang saya lihat kat internet, ada banyak iklan banner yang flashy dan iklan camni le yang orang elakkan.
So saya tukar cara mengiklan, iaitu dengan menggunakan artikel pendek, dalam 3 perenggan gitu. Nampaknya berkesan, seperti yang bro Irfan cakapkan - iklankan informasi.
January 6th, 2010 at 9:39 pm
Saya dapat idea.!.. Tq IK.
:D
January 6th, 2010 at 10:39 pm
Setuju dengan IK, ramai orang melayari internet bukan untuk mencari iklan, tapi untuk mencari informasi. Walaupun tujuan kita untuk meng’iklan’, tp kita harus hiasinya dengan informasi2 yang relevan dan menarik perhatian pengunjung.. Belajar dr buku adsense ni, hehe..
January 6th, 2010 at 10:47 pm
Betul…betul…
Dari pengalaman sendiri pun memang cara guna informasi memang berkesan.
Kadang2 orang dah muak kalau semua dok promote program masing2 dapat jana 5 angka.
Ni kalau kes bisnes internet lah.
Kena guna cara indirect…
January 7th, 2010 at 6:19 am
Ya IK. Informasi & promosi,promosi,promosi….
January 7th, 2010 at 6:01 pm
Hm…Tips berguna untuk beriklan dan mempromosi sesuatu produk. Memang diakui informasi memang diperlukan dan disukai oleh semua orang. Setakat iklan gambar serupa tayang gambar kat surat khabar,majalah,tv dan internet.
January 7th, 2010 at 9:34 pm
Sekarang ni banyak gak iklan kutuk pesaing,macam TELEKOM dengan P1…Mendapat perhatian jugak tu.Iklan bersambung-sambung pun ramai juggak penonton dia.
January 9th, 2010 at 9:07 am
emm thanks ik baru saya sedar iklan perlu berinformasi untuk conversion rate tinggi
January 10th, 2010 at 7:02 pm
tapi bagi saya kerana iklan jugalah kita kenal sesuatu produk.. pendek kata mahu atau tidak iklan itu mesti ada tak blh tak ada.walaupun kadang-kadang iklan itu indah kabar dari rupa hebatnya pengaruh iklan memang tak blh nk cerita.
January 11th, 2010 at 5:28 pm
sokong apa yang dikatakan Irfan…
iklan informasi adalah alat mekanisma yang boleh digunakan untuk menarik orang ramai untuk membaca atau mengiingatkan orang ramai…membosankan kalu just letak gambar macam biasa je …
tambahan untuk itu saya rasa Corporate Sosial responsible (csr) advertising yang meletakkan nilai-nilai murni dalam iklan lebih medapat tempat
Kalau ada yang pernah tenghok iklan TV3 seorang bapa yang sudah berusia bertanya berkali-kali kat anak dia ” Burung apa ‘? lalu dijawap anak dia burung Murai abah…
‘burung apa’? …burung Murai …. “Burung apa”?…
bengang anak dia nak jawap …Si anak marah pun ada bila si bapa ni tanya berkali-kali macam main2 plak ke nyanyok dah ….tapi bila disorotkan coretan diari Si ibu yang bapanye semasa mudah tak pernah jemu melayan anaknye “Burung apa “….dengan sabar Si ayah menerangkan burung Murai nak ..’burung apa … Burung murai nak… tanpa jemu…
Disini kita dapat lihat bertapa mendalamnya iklan ini kepada kita untuk nilai teladan dan murni dan memberi image yang baik semesti kepada tuan punya syarikat yang buatnya
sekadar pendapat …….
January 12th, 2010 at 3:57 pm
Setuju dengan pendapat IK dan lain2…What u give , u get back…
January 12th, 2010 at 9:30 pm
salam,,,betul..tanpa iklan tak kan kemana juga sesuatu perniagaan
January 13th, 2010 at 6:11 am
kadang2 iklan simple tp penuh maksud pun ok gak. mcm iklan benetton.
January 13th, 2010 at 11:47 am
pengalaman saya iklan tu penting sebagai agent pemasaran untuk meningkatkn jualan produk. Iklan adalah agent paling penting dan perlu dibuat secara berterusan..macam syarikat gergasi di malaysia pun walaupun dh dikenali tapi masih beriklan dengn bnyknya..ini sebenarnya adalah bagi selalu memperkenalkan produk dan mempengruhi minda separuh sedar pembeli…sebab itulah banayk company gergasi sanggup keluarkan modal besar untuk iklan dan lain2 untuk mendidik pengguna tentang barangan kelurn mereka. Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama..Panduan membina hubungan dengan duit free untuk pembaca semua http://magnetrezeki.com/ekursus/