Imej apa yang anda tunjukkan?

Imej adalah penting dalam perniagaan oleh kerana bak kata Nizal (www.nizaltalk.com), there’s only one time for you to make the first impression. Imej akan membezakan anda dengan orang lain. Adakah anda menonjolkan imej yang diingini?

Dalam perniagaan/koprat, anda perlu menonjokan imej yang penuh dengan keyakinan. Bayangkan setiap kali anda melihat Donald Trump di kaca TV, seringkali memakai suit bertali leher. Memberi imej kekuatannya dalam perniagaan.

Lihat pula bilionaire Richard Branson, walaupun tycoon perniagaan, tidak seperti Donald Trump, memakai pakaian yang tidak formal, tetapi kemas dan smart. Memberi imej down to earth dan keseronokan. Perniagaan tidak semestinya suit & bertali leher! Imej saya lebih kepada Richard Branson daripada Donald Trump :)

Fikirkan mengenai imej anda tonjolkan melalui perniagaan anda. Jangan fikir perniagaan kecil & perniagaan Internet tidak perlu mempunyai imej!

Apabila anda telah mengetahui imej yang anda ingin tonjokan, gunakannya dalam perniagaan anda. Imej anda akan memberi jenama kepada perniagaan anda.

Siapa tahu imej apa yang saya sering gunakan? :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila tiba masanya untuk merekacipta…
  • Logo perniagaan anda
  • Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…
  • Re-branding Irfan Khairi sempena…