Informasi & Teknologi mengubah perniagaan- AWAS!

change.jpg

Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan. Contohnya:

  • Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain 😉
  • Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.
  • Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar 😉 Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak) 😉 Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!

Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.

Alhamdulillah, saya sendiri menjalankan banyak perniagaan dan mempunyai beberapa Plan B dalam perniagaan. Bila satu perniagaan kurang permintaan, insyaalah ada perniagaan lain yang dapat membantu. Renung-renungkan ya!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “Informasi & Teknologi mengubah perniagaan- AWAS!

  1. Hi IK,

    Ini adalah di antara post-post menarik dari IK. Psot ini memberikan maksud mendalam di dalam perniagaan kita.

    Terima kasih IK 🙂

  2. tiada pendapatan tetap.. nak analogikn tok nenek dulu-kala buka kebun kot, ada duyan, mangga anggur siam dsb etc. Dlm belukar pun ada pucuk paku segala ulam segar + ular sawa wat handbag. Idup aman sejahtera ..

  3. Teknologi memang banyak pro dan kontranya. IM contohnya yang menjana pendapatan melalui ebook atau software, sentiasa perlu peka kepada perubahan yang berlaku supaya produk mereka tidak lapuk.

    Golongan artis juga perlu lebih kreatif supaya album mereka boleh terjual. Irfan kan dalam golongan artis juga, kan.

  4. Assalam..

    Sekrang ini adalah era dinamakan ‘shift age’ iaitu bisnes dan syarikat perlu sentiasa berubah atau ‘change’ utk terus maju dan berjaya. Jadi, berubahlah kepada yg lebih baik supaya tidak ketinggalan..

  5. Pada pandangan saya, memahami keadaan semasa adalah sangat penting. kalau tak peka dengan keadaan sekeliling memang akan ketinggalan. kita mesti sentiasa “menghidupkan” perniagaan kita supaya boleh berkembang seiring keadaan semasa.. 🙂

  6. Good sharing Dr

    Kadang-kadang bila satu2 bisnes kita tengah top, tak boleh leka

    Kalau mampu memang kena ada backup bisnes

    Pastikan backup bisnes pun have good return untuk cover in case main bisnes problem

Leave a Reply

Your email address will not be published.